CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Zarina Zainuddin, Azal Azrai Alami Bell’s Palsy

17-7-2024 10:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34948| Komen: 35



Pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan anaknya yang menghidap autisme, Azal Azrai berdepan masalah saraf pada muka iaitu Bell’s Palsy dan turut disahkan oleh doktor.

Memetik Harian Metro, Zarina berkata ketika anaknya bangun tidur pagi semalam dia mendapati mata Azal berkedip-kedip tapi menyangkakan ianya akibat masuk habuk.

Bagaimanapum ketika menjual produk secara live, ada pengikutnya perasan masalah pada Azal apabila wajah anaknya itu seperti senget.

“Saya tidak fikir apa-apa yang buruk dan beli ubat titis mata. Saya ingat dah okey dan tiada apa-apa. Dalam masa sama saya buat ‘live’ untuk menjual produk. Waktu itu pengikut saya yang perasan masalah pada Azal dan minta saya cuba periksa. Katanya, dia rasa Azal mengalami Bell’s Palsy apabila mukanya seperti senget.

“Lepas habis live saya nak tahu betul atau tak dan urut-urut muka Azal untuk pastikan dia boleh pandang atau tidak. Semua yang disuruh buat dia boleh ikut,” katanya.


Kata Zarina lagi, terkejut ketika mahu memberi Azal makan malam, anaknya tidak boleh membuka mulut dengan besar untuk makan dan bergegas ke hospital.

“Mulutnya senget. Nak makan kena yang lembut-lembut saja. Dia boleh kunyah tapi sebelah mulut saja. Saya terkejut dan terus tutup gerai jualan dan bergegas ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru malam tadi.

“Doktor kata wad penuh dan bagi suntikan steroid kemudian suruh balik dan pagi ini kena datang semula. Hari ini baru doktor sahkan Azal ada Bell’s Palsy,” katanya.

Menurut Zarina lagi, doktor memberitahu saraf di bahagian telinga Azal mengembang disebabkan virus yang disebarkan dari udara namun tidak berjangkit kepada orang lain.

“Katanya ia akan makan masa empat bulan untuk sembuh. Boleh baik tapi kena jaga bagi makan ubat dan buat fisioterapi. Selepas jumpa doktor, kami ke Singapura untuk berniaga. Azal dah makan ubat dan boleh ikut saya tanpa perlu rehat.

“Bagi saya, lagi elok dia bercakap dan bergerak agar dia aktif dan jangan lemah. Kena buat aktiviti macam biasa. Cuma kena berjumpa semula dengan fisioterapi dan bagi makan ubat,” katanya.

SUMBER: Harian Metro/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-7-2024 10:25 AM
budak tak sihat, tak stabil mental fizikal, mak dia hauk bawak pergi merata-rata suh meniaga, berlakon, nak buat content lagi...mcm penyakit la singgah.. pemakanan for sure tak jaga kan.. ubat yang patut bagi pun dia tak bagi..
Quote jalfa 18-7-2024 10:36 AM
Kesian anak..sakit sakit pon heret meniaga..
Quote KamikuP 18-7-2024 10:37 AM
yA Allah kesiannya moga cepat sembuh
Quote zuriey 18-7-2024 11:47 AM
Sadis ya dugaan hidop dia
Bertimba2

Quote naina 18-7-2024 12:23 PM
Yang OKU severe tu dia tinggal lah kat rumah
Yang mild dia bawaklah
Dua2 tinggal kang Naya jugak kat maid dia
Yang ni pun kalau duduk rumah sekali dengan yang server mau tantrum sekali. Tulah kita xduduk kat dia mmg senang berkata2
Quote Incanto 18-7-2024 01:03 PM
Edited by Incanto at 18-7-2024 01:14 PM

dgr cakap doc ye acik

bagi azal makan ubat dan buat fisio ikut jadual

jgn buat pandai
Quote Incanto 18-7-2024 01:04 PM
semoga cepat sembuh Azal
Quote m2506 18-7-2024 02:06 PM
semoga cpt sembuh Azal.. dan dipermudahkan segala urusan mak dan anak
Quote caprisonne 18-7-2024 02:14 PM
Bell's palsy boleh dirawat.. tp kena rajin follow procedure/ rehab schedule.. kkdg stress and emotional problem pun boleh trigger Bell's palsy ni..
Quote noor2 18-7-2024 02:20 PM
Kesian dgn anak dia ni...moga dipermudahkan Allah semuanya
Quote DottieDot 18-7-2024 03:25 PM
Semoga mak dia usaha rajin bawak buat acupuncture.. Dan sendiri rajin buat urutan Gua Sha tuk percepatkan proses penyembuhan..
Quote brown_pupil 18-7-2024 04:06 PM
DottieDot replied at 18-7-2024 03:25 PM
Semoga mak dia usaha rajin bawak buat acupuncture.. Dan sendiri rajin buat urutan Gua Sha tuk percep ...

yup .. kena rajin buat acupuncture dgn gua sha.

Hopefully mak dia rajin la nak bawa ke TCM nun.
Quote Bungatulip1171 18-7-2024 09:48 PM
Kesiannya..semoga cepat sembuh..kalau kena macam ni..boleh mengurut tak
Quote Nenasketum 18-7-2024 09:54 PM
Ini bos aku pun pernah kena, bagi ubat saraf, hilanglah dia. Semua si diani nak mengemis perhatian.
Quote cha-cha 18-7-2024 09:56 PM
naina replied at 18-7-2024 04:23 AM
Yang OKU severe tu dia tinggal lah kat rumah
Yang mild dia bawaklah
Dua2 tinggal kang Naya jugak ka ...

Dia ni memang tak suka duduk rumah, suka keluar even dari rumah lama lagi kan? Sampai kena marah sebab balik lambat. Dia stress kena hadap yg sorang lagi tu.
Quote adeqbun 18-7-2024 11:00 PM
prince_marhaen replied at 18-7-2024 10:25 AM
budak tak sihat, tak stabil mental fizikal, mak dia hauk bawak pergi merata-rata suh meniaga, berlak ...

Xbg ubat sbb katanya sian anak jd lemah asik nak tdo je....ape pnye pemikiranlaaa
Quote Neno90 18-7-2024 11:22 PM
Doa yg baik² utk keluarga ini
Quote vanillaninja 19-7-2024 02:35 PM
Semoga cepat sembuh, Azal.
Quote Minami2013 19-7-2024 03:44 PM
Kesian azal. Moga cepat sembuh

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.041165 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top