CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Cuma Nak Hidup Bahagia” – Ruhainies Minta Pihak Menuduhnya Ada ‘Sugar Daddy’ Tunjuk Bukti

16-7-2024 11:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35313| Komen: 114



“Kenapa tak keluarkan kalau ada?” begitulah respon pelakon Ruhainies terhadap pihak yang menuduhnya hidup mewah kerana ‘dibela’ seseorang ataupun dikenali sebagai ‘sugar daddy’.

Ujar Ruhainies, segala kemewahan yang dinikmatinya kini adalah hasil titik peluh dan kerja keras selama bergelar  anak seni.

"Saya cuma nak hidup bahagia. Orang boleh cakap apa yang mereka mahu tapi saya bayar bil saya sendiri. Media sosial boleh tipu sana sini. Saya ada ‘sugar daddy’, ada video tak senonoh, voice recording tak senonoh apa semua."

"Persoalannya, mana bukti? Kenapa tak keluarkan kalau ada. Benda yang lain-lain boleh pula keluarkan tentang saya."

Tambah aktres itu lagi, dia kini hanya berlapang dada dan percaya suatu hari nanti kebenaran akan terungkai dengan sendirinya.

"Buat masa sekarang saya akur apa sahaja keluar dari mulut saya, memang orang takkan percaya."


"Saya pun tak nak keluar kenyataan bukan-bukan sebab saya tak nak suap netizen benda yang negatif Zaman sekarang zaman fitnah."

Terdahulu, muncul dakwaan mengatakan Ruhainies ditaja individu tertentu gara-gara kehidupan mewahnya.

Selain sering dilihat membeli belah barangan mewah, Ruhainies juga memiliki hartanah di kawasan kondominium elit, Pavillion Suites di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

SUMBER : HibGlam/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-7-2024 11:44 PM
Berapa guni tepung tu?


Quote kaedahnya 17-7-2024 12:22 AM
buruk gila baju biru nampak perut gituh. nora danish pun tak tergamak nak pakai dekk.
Quote kaedahnya 17-7-2024 12:24 AM
lagi satu, duk minta bukti bagai buat apa, penyimpan bukti pun dah kena gag order katanyeah khenn
Quote Whodunit 17-7-2024 12:36 AM
Semoga LHDN menyiasat. Takde sugar daddy. Pimp ada?
Quote AWEKSAMURAI 17-7-2024 03:55 AM
Hahahaha tu lah bukti xde rupanya katanya 8 kali pegi umah ruru yg bella dpt dlm kete suara perempuan segala rupanya suara Sarah bedak nyonya ... Bella pun main pakai hentam je menuduh .. hopefully Ruhaines amik tindakan saman fitnah ke atas bella n sarah .
Quote kakacantikkan 17-7-2024 04:50 AM
katanya tauke beauty product..n i bet bukan malay..set2 daiyan punya sugar jugak..

umah pavi sheols tu sheols dpt dr ex bf sheols yg dia kikis dulu..ex bf sheols anak shareholder malindo air..org borneo..family ex bf sheols sujud sukor dia clash dgn ex bf tu..pengikis gila betina ni..agaknya mak bapak dia buka tusyen kat umah ajar anak2 cemana nk kikis laki..
Quote ohsoyaya 17-7-2024 06:01 AM
Kau blakon pun xde 1 drama yg trending & memorable
Quote Hoola 17-7-2024 06:07 AM
ahli2 kelab sugar daddy tersenyum manjah
Quote Tiggybiru 17-7-2024 07:12 AM
Dia ni fighter and survivor betul ya..tak reti duduk diam..lawan habis-habisan..in a way okay..tapiii hang menyondoi tu tak okay minah
Quote dedek12 17-7-2024 07:12 AM
Yeke anis ni takda sd hehe
Quote hyie 17-7-2024 07:18 AM
kang tetiba bedak nyonya tunjuk resit...gitohhhhh
Quote Frangapini 17-7-2024 07:59 AM
Ada juga pom pom girl utk dia ye.
Quote lasagna 17-7-2024 08:01 AM
kakacantikkan replied at 17-7-2024 04:50 AM
katanya tauke beauty product..n i bet bukan malay..set2 daiyan punya sugar jugak..

umah pavi sheols ...

ohhhh kannn... begitu ceritanya..
Quote scarflicious 17-7-2024 08:01 AM
K9njgn ruhainies... nnti netizen keluarkan semua. Terduduk kau.
Quote Rogue98 17-7-2024 08:14 AM
Yang aku perasan R ni selalu hangout dgn sorg pompuan ni yg pakai sportscar colour kuning. Ada dia tunjuk bagi rantai kat R..R siap suruh pakaikan. n so cringe dengar convo diaorang. Even kalau bff pun still rasa cringe tgk aksi bagi rantai tu.
R n A dah tutup IG ke tak nampak dah.
Quote aica187 17-7-2024 08:14 AM
Gambar tgh makan dah mcm amoi bedak nyonya pulak
Quote princessmiang 17-7-2024 08:21 AM
Peh ade penjilat rupanya si kemut ni
Quote kepingbewok 17-7-2024 08:31 AM
kakacantikkan replied at 17-7-2024 04:50 AM
katanya tauke beauty product..n i bet bukan malay..set2 daiyan punya sugar jugak..

umah pavi sheols ...

wowww lain mcm level kikis dia sampai dpt condo sebijik
Quote mizruncing 17-7-2024 08:33 AM
kakacantikkan replied at 17-7-2024 04:50 AM
katanya tauke beauty product..n i bet bukan malay..set2 daiyan punya sugar jugak..

umah pavi sheols ...

gitu kesahnyaa. ptt laa org tu tak ambik port kes dia ngan AA ari tu. patut la dia berani cabar org suruh tnjuk bukti.. berani sbb benda dah clash. tp klu aku jadi dia ni baik aku dok diam je. dari org korek itu ini habis aib ko keluar lg kang.. buatnya sugar ko tu muncul terkedu ko kang. yela ex bf dia sblm ni pn ramai dah tgk kan rupa sipi2 yg dia selalu tnjuk. selalu pi london.. mengikis rupanyaa

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.053340 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top