CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PU Riz Taruh Impian Besar Mahu Lihat Anak Keduanya Abdullah Abbas Bergelar Hafiz Al-Quran

16-7-2024 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28959| Komen: 42



Pendakwah selebriti, PU Riz atau nama lengkapnya Haris Ismail, 29, menaruh impian besar untuk anak keduanya, Abdullah Abbas. Riz berharap agar Abbas kelak bergelar hafiz al-Quran apabila dewasa nanti.

Menurut Riz, Abbas adalah anugerah yang tidak ternilai buat dirinya dan isteri, Neelofa.

“Sudah genap usiamu setahun, cepatnya masa berlalu. Di saat kau dilahirkan, kegembiraan abah dan umi ditambah tanpa disedari. Senyuman yang pernah adik ukirkan adalah antara hadiah dan kesyukuran kami kepada Sang Pencipta,” tulisnya.


Dalam satu catatan panjang lebar sempena ulang tahun pertama putera keduanya itu, Riz meluahkan doanya agar Allah menjaga Abbas dan menjadikannya seorang hafiz Al-Quran serta faham dalam agama.


Nama Abbas dipilih sebagai penghormatan kepada salah seorang sahabat Nabi yang diredai Allah dan juga ahli keluarga baginda.

Riz menyatakan bahawa dia tidak mengharapkan wang ringgit daripada anak-anaknya. Sebaliknya, dia berharap agar Abbas mampu mendoakannya apabila dia tiada nanti dan terus menjadikan agama sebagai pendamping hidup.

“Abah sayang Abbas. Nanti bila awak sudah mampu membaca atau mungkin juga sudah menghafal beberapa surah dalam al-Quran, ketahuilah itu sahaja abah harapkan agar awak ingat ayat suci Allah. Wang ringgit tidak pernah sekali abah harapkan,” tulisnya dengan penuh harapan.

Riz juga menulis pesanan yang cukup mendalam untuk Abbas.



“Cuma kalaulah jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka. Adik jangan lupa doakan abah dan umi ya. Sekali lagi abah coretkan jauh dari sudut hati abah. Adik akan benar-benar genggam kecelikan dalam agama dan bakal menjadi insan soleh insya-Allah,” ujarnya.

Selain Abbas, PU Riz dan Neelofa yang berkahwin sejak 2021 turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Muhammad Bilal yang kini berusia dua tahun.

Keluarga bahagia ini sering menjadi tumpuan media dan peminat kerana keakraban mereka dan cara Riz mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai agama yang kuat.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 16-7-2024 11:25 PM
Gigih Murai betulkan dan adjust ejaan PU TESL copy assignment ni
Quote Masukkeluar 16-7-2024 11:35 PM
codenamedream replied at 16-7-2024 11:25 PM
Gigih Murai betulkan dan adjust ejaan PU TESL copy assignment ni

Cuba tepek ejaan sebenar yg lintang pukang tu
Quote rosevelvet 16-7-2024 11:43 PM
Tp abah kalau dijemput ke majlis ceramah ke, abah nk tgk brp sumbangan utk ailio abah yg kuar
Quote slyfynx 16-7-2024 11:45 PM
Anakanda Abah, Abdullah Abbas
Sudah genaplah Usiamu Setahun..cepatnya masa Berlalu.
Diwaktu dikau Dilahirkan, kegembiraan Abah Umi ditambah tanpa disedari
Senyuman Yang pernah adik ukirkan adalah Antara
Hadiah dan kesyukuran kami pd Sang pencipta

Abah Doa agar Allah jaga adik
Jadikan Adik Hafiz Al Quran
Fakih dalam Agama selaras dengan nama Adik
Yang dipilih dari antara sahabat Nabi Yang telah diredhai dirinya Oleh Allah dan juga ahli keluarga Baginda.

Abah sayangkan Abbas
Dan nnti bila abbas sudah mampu membaca
Dan mungkin jua sudah pun menghafal Beberapa surah dalam Quran ketahuilah
Itu sahajalah yang abah harapkan
Agar abbas ingt Ayat suci Allah
Wang ringgit tidak pernah sekali abah Harapkan
Cuma kalaulah Jodoh kehidupan kita tidaklah panjang seperti yang dijangka

Adik jangan lupa doakan Abah & Umi ya
Sekali lagi abah coretkan
Jauh dari sudut Hati Abah
Adik akan benar benar genggam kecelikan Dalam agama dan bakal jadi insan yang soleh inn sha Allah


Sumber, IG beliau.
Pening tgk huruf besau merata2.
Quote I.K.A888990 17-7-2024 12:11 AM
kau upah siapa atau copy siapa tulisan tu bebird?
Quote sambaldurian 17-7-2024 12:45 AM
Husnozon dh x jd nk g Arab Saudi kot sejak Arab dh jd kebaratan. Tiberh.
Quote telracs 17-7-2024 01:16 AM
Kenapa Abbas je yang diharap bergelar tahfiz?
Kenapa Bilal tidak? Atau dia pernah berharap juga... kot saya tak perasan... ada ke?
Quote bulanbulat 17-7-2024 02:13 AM
telracs: Kenapa Abbas je yang diharap b ...


Bilal belum sampai 5 tahun mak dia cakap dah hafal surah [em:3:]
Quote BoongaKertas 17-7-2024 08:40 AM
slyfynx replied at 16-7-2024 03:45 PM
Sumber, IG beliau.
Pening tgk huruf besau merata2.

ni kalau staff iols ni, iols highlight dgn marker merah besar2 alam utk tahu mana silap ejaan tu.
Quote princessmiang 17-7-2024 08:52 AM
Tertinggal pesanan tu.. abbie jangan jadi jalang tayang bebed merata2 ya
Quote airmineral 17-7-2024 09:22 AM
Tinggi harapan ibu bapa
Tapi kemenjadian anak2 ni bermula dari ibu bapa..
Quote uori 17-7-2024 09:32 AM
princessmiang replied at 17-7-2024 08:52 AM
Tertinggal pesanan tu.. abbie jangan jadi jalang tayang bebed merata2 ya

ouch tajam menusuk sampai ke tulang hitam
Quote miamiot 17-7-2024 09:34 AM
Diwaktu dikau Dilahirkan ..... brp byk di .... Aiyoooo tulis huruf kecik beso dlm ayat mmg fail !!
Quote blue_blur 17-7-2024 09:47 AM
sian anak ditekan dipergunakan tiket masuk syurga senang2......? amboi..
jangan mimpi, zaman ni semua masuk neraka cuci dosa dulu..
Quote Sendawg 17-7-2024 10:11 AM
airmineral replied at 17-7-2024 09:22 AM
Tinggi harapan ibu bapa
Tapi kemenjadian anak2 ni bermula dari ibu bapa..

Yang confirm akan jadi narcissists. And memandangkan parents ada holier than thou complex kemungkinan ada superiority complex yg sgt extreme.
Quote Tudungpink 17-7-2024 12:25 PM
telracs replied at 17-7-2024 01:16 AM
Kenapa Abbas je yang diharap bergelar tahfiz?
Kenapa Bilal tidak? Atau dia pernah berharap juga... k ...

Bilal mungkin harapan pengganti bapaknya yg tak layak ke hero remaja takpun dijadikan influencer sama mcm mak dia.. baru baru kekal glamor tanpa bakat
Quote kmbg 17-7-2024 12:35 PM
Ayat very the Bangla dgn tulisan kecik besar kecik besar..aku tgk ko pun kecik besar je puritz.. geram bethol tulis elok2 tak boleh kahhh
Quote wandacoffee 17-7-2024 12:42 PM
hurup beso kecik tu ikut mood ke camne...

tolong la BM basic mcm ni pon tk betul...

Quote jihyomelly 17-7-2024 01:30 PM
jgn lupa pesan “anak2 abah yg dirahmati moga anak2 abah menjaga baik & menyimpan rapi burung yg ada..jgn diulangi kesilapan abah di masa silam”

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036451 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top