CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Brian Pakai Kiub Ais Untuk Kekal Cantik, – ‘Kalau Saya Tak Jadi Artis Mungkin Saya…’

16-7-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27638| Komen: 30



Nadia Brian, seorang pelakon terkenal tanah air, sering mendapat pujian ramai kerana kecantikan dan keanggunannya. Menurutnya, rahsia di sebalik kecantikannya hasil daripada penjagaan rapi sejak usia remaja. Nadia akui sudah mula menjaga kecantikan pada awal usia 16 tahun, terutamanya kerana ibunya sendiri merupakan seorang pakar kecantikan yang berpengalaman.



“Ibu saya telah mengajar saya dari kecil bagaimana memilih produk yang sesuai untuk kulit saya. Ini sangat membantu dalam memastikan kulit saya sentiasa dalam keadaan terbaik,” kata Nadia.

Salah satu rahsia kecantikan Nadia yang sering dipraktikkannya ialah menggunakan kiub ais pada wajah. Nadia menjelaskan bahawa menggunakan kiub ais pada wajah sebelum menjalani penggambaran serta memberikan kesegaran pada kulit.


Nadia juga menekankan kepentingan menjaga rutin kecantikan yang baik dari awal. Bagi Nadia, penjagaan kulit yang konsisten dan pemilihan produk yang sesuai adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.


Melihat kepada pengetahuan dan pengalaman Nadia dalam bidang kecantikan, tidak hairanlah jika dia mengakui bahawa jika dia tidak menjadi artis, dia mungkin akan menjadi seorang pakar kecantikan.

“Kalau saya tak jadi artis, mungkin saya akan jadi seorang pakar kecantikan.” kata Nadia sambil tersenyum.

Nadia Brian bukan sahaja menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana, tetapi juga membuktikan bahawa kecantikan bukan sahaja tentang apa yang kita lihat di luar, tetapi juga tentang bagaimana kita menjaga diri kita dari dalam.

Nadia ditemui ketika  pre-pelancaran Kireina Wellness hari ini, sebuah pusat kecantikan dengan membawa produk terkenal Exilis by BTL dari Amerika Syarikat.

Pengasas Kireina Wellness, Puan Azizah Salleh berkata, beliau ingin wanita di luar sana mempunyai tempat selamat untuk berkongsi apa sahaja, dari perkara rutin hinggalah intim. Menurutnya, dengan pembukaan Kireina Welness, wanita dapat bersosial tanpa segan silu sambil mendapatkan rawatan kecantikan termoden, terkini dan selamat di dunia.

Bukan itu sahaja, Exilis turut menawarkan rawatan Femme 360, yang mampu mengetatkan bahagian vagina dan juga membentuk semula libia wanita. Kireina Wellness menawarkan rawatan-rawatan yang merangkumi bahagian rambut, muka dan badan antaranya, Vagina Tightening dan Vulva Remodelling.

Turut disediakan adalah rawatan PRX Face Lifting, Fat Loss & Body Contouring, Brightening Facial, Oxy Hydra Facial, Stemcell Booster dan AGF Hair Growth.
Kesemua rawatan yang ditawarkan adalah tidak invasif dan menggunakan bahan serta mesin medical grade, gred paling tinggi dalam industri kecantikan.

Kireina Wellness beroperasi di 209, Blok 2, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Ia dibuka Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-7-2024 11:22 PM
Takde ke cite yg dia jadi kakak dt? Sesuai sangat.

Quote slyfynx 16-7-2024 11:46 PM
Cantik ke pun
Quote I.K.A888990 17-7-2024 12:16 AM
kita pun suka tepek ais kalau nak hilangkan eyebag pagi2

tapi kan kaka awat muka hang mcm muka ladyboy pulak
Quote kaedahnya 17-7-2024 12:21 AM
dressap seksi dia ni. sepupu dia yang kawin dengan orang palestin, nama apa tak tau, seksi jugekk dulu.
Quote pocongkiutss 17-7-2024 01:20 AM
kaedahnya replied at 17-7-2024 12:21 AM
dressap seksi dia ni. sepupu dia yang kawin dengan orang palestin, nama apa tak tau, seksi jugekk du ...

Ramona zam zam tu sepupu dia ke
Quote anony-mous 17-7-2024 01:51 AM
Dlm gmbar nmpk lawa tp awat kalau berlakon kt tv mcm horror jah?? Best ke jd lawa mcm ni tp xde sapa yg nak? Yg nk pon stok rempits
Quote telracs 17-7-2024 02:01 AM
anony-mous replied at 16-7-2024 05:51 PM
Dlm gmbar nmpk lawa tp awat kalau berlakon kt tv mcm horror jah?? Best ke jd lawa mcm ni tp xde sapa ...

Ok la lawa...
Janda² ni ramai yang cantik dan ada rupa....
semoga perangai pun akan jadi cantik juga...

(melainkan yang sorang tu... dah la rupa tak berapa... perangai pun tak cantik... sorry... )


Quote kaedahnya 17-7-2024 08:37 AM
pocongkiutss replied at 17-7-2024 01:20 AM
Ramona zam zam tu sepupu dia ke

pernah terbaca la ramona tu cuzzy dia
Quote Ciktiekus 17-7-2024 09:25 AM
anony-mous: Dlm gmbar nmpk lawa tp awat ka ...


Bagi i cantik je die ni..dlu tgk kat tv nampak la kawah2 kat muka tu..tak tahu sekarang dh hilang ke blom kawahnye..kne mekap light2 je baru cantik..pastu perangai dan penampilan kne matang la sikit seiring usia..tak pakai seksi pon masih nampak cantik je..
Quote pia250110 17-7-2024 09:47 AM
mungkin j drebar lori ais,,,,
Quote hokeypokey 17-7-2024 01:38 PM
Cantik la jugak.. body mantap orang kata
Quote Olumis 17-7-2024 09:08 PM
Maaf tapi di mata iolss sheols berwajah pondan.
Quote rosevelvet 17-7-2024 09:13 PM
telracs replied at 17-7-2024 02:01 AM
Ok la lawa...
Janda² ni ramai yang cantik dan ada rupa....
semoga perangai pun akan jadi cantik ...


Ada pepatah mengatakan " be beautiful is something but feeling beautiful is everything". Agaknya itu pepatah yg janda kurang rupa tu pgg. Yg penting aku rasa aku cantekkk nokk
Quote rosevelvet 17-7-2024 09:15 PM
Ya, kalau among marhein mmg nmpk ko cantik. Tp ko nmpk murah ok
Quote Bungatulip1171 17-7-2024 09:20 PM
Nk try lah letak ais jgk..mana tahu jadi cantik
Quote lilacomot 17-7-2024 09:23 PM
Muka pun cucuk.. X asli
Quote nena9042 17-7-2024 09:27 PM
Pernah ternampak dia
Bagi I dia tak cantik sebab makeup tebal habis
Quote Fly_over 17-7-2024 09:57 PM
bukan kulit dia berjerawat ke?
Quote Fly_over 17-7-2024 09:58 PM
mekap pn berkati kalau noni tered bawah ni bg tips kulit cantik sesuai ler

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049984 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top