CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tutup Akaun Instagram Jalan Terbaik – Janna Nick

16-7-2024 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28807| Komen: 39


DEMI mengelakkan diri terus dibuli sehingga menjejaskan kondisi mentalnya, pelakon dan penyanyi Janna Nick memilih menutup sementara akaun media sosialnya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Janna berkata, segelintir warganet menganggap kecaman, kritikan negatif dan hamburan kata-kata hinaan sebagai satu gurauan malah ada yang berbangga melakukan perkara tersebut dalam media sosial.

Saya tidak mahu tertekan dan terlalu memikirkan kecaman yang dilemparkan segelintir pihak. Saya juga sudah beberapa kali berdepan isu buli siber ini dan cara paling sihat adalah tutup akaun.

“Paling penting adalah menjaga ke­sihatan mental ke­rana bila kita berdepan situasi tersebut, kita akan dipengaruhi oleh pemikiran hasil daripada pembacaan kecaman, kritikan dan hinaan segelintir netizen.


Kita manusia biasa, tak akan boleh lari daripada perasaan berkecil hati dan kecewa. Apa yang boleh saya buat adalah larikan diri sebentar daripada media sosial. Alhamdulillah, saya dikelilingi mereka yang positif dan mengambil berat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Janna yang sebelum ini pernah mendedahkan menghidap bipolar berharap semua pihak tidak ambil mudah isu buli siber dan bertanggungjawab untuk melestarikan kehidupan positif.

Ada yang anggap gurauan, jenaka bukan sesuatu yang mengaibkan. Tetapi penerimaan setiap orang itu berbeza. Ada yang mengambil serius sehingga mula terfikir untuk mencederakan diri.

“Media sosial seharusnya dilihat dari sudut pandang po­sitif dan tidak digunakan sebagai medan mengaibkan apatah lagi mengecam individu tertentu. Sebagai selebriti, saya juga berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu,” katanya. mempunyai akaun media sosial. 

Sumber – HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 16-7-2024 11:17 PM
Ada jer IG dia...tutup apanye...
Sejak kahwin dgn Dini  dia ni makin manja ...semua orang nak kena jaga hati dia jer....terpaling bipolar..
Quote goldcarrot 16-7-2024 11:44 PM
Ikut hg la janna oi
Quote slyfynx 16-7-2024 11:47 PM
Tutu sementara tu 5 minit je ke sementara gi toilet?
Quote doubleA 16-7-2024 11:49 PM
Nak upload, upload jela cuma tutup je komen
Quote Thunderclouds 17-7-2024 08:26 AM
Betul tu.
Xtahan cercaan tutop komen.
Biar nerakazen suma ketap² bibir xleh komen.
Peace of mind dek janaa
Quote Mimo.mimo 17-7-2024 08:33 AM
Nak tutup for good, kang taktahu pulak update. Socmed ni like a profile kan for artis. Being ignorant je la JN
Quote pavlovachoc 17-7-2024 08:42 AM
Biasa je nyahhhh
Quote pinkzara 17-7-2024 09:33 AM
Rogue98 replied at 16-7-2024 11:17 PM
Ada jer IG dia...tutup apanye...
Sejak kahwin dgn Dini  dia ni makin manja ...semua orang nak kena j ...

Kalau aku jadi Dini aku rimas dgn dia.
Tapi tak tahu la kan, sbb kdg org potray life di media social mcm mengada nau, padahal in real life normal je.
Quote KamikuP 17-7-2024 09:56 AM
tak teringin nak folo ig mek ni..

Dia ni tak tau ke butang BLOCK berfungsi mcmmana?
Quote songket_merah 17-7-2024 10:25 AM
aku seriously tak faham nape ramai ek orang duk ambil dia berlakon, dah la kasar, berlakon pun tak best
Quote fifie_olin 17-7-2024 10:34 AM
tutup semua socmed je sis
tenang hidop mu
Quote ainie_1008 17-7-2024 11:47 AM
songket_merah replied at 17-7-2024 10:25 AM
aku seriously tak faham nape ramai ek orang duk ambil dia berlakon, dah la kasar, berlakon pun tak b ...

tp dlm cter leftenan zana best dia berlakon. yg lain mmg outlah..

Quote msdummy.2018 17-7-2024 12:22 PM
Rogue98 replied at 16-7-2024 11:17 PM
Ada jer IG dia...tutup apanye...
Sejak kahwin dgn Dini  dia ni makin manja ...semua orang nak kena j ...

Ya ker...sesuai menambah2 cerca..konon nk tuhtup tp xkatup...ek eleh
Quote Mary_jane 17-7-2024 12:41 PM
I doakan yang baik2 jela untuk rumahtangga janna & dini.
Quote kisahkeaku 17-7-2024 12:43 PM
tp content dia dgn laki dia klakar jgk.sama2 masuk air.
Quote hokeypokey 17-7-2024 01:39 PM
Yela kitaorg tunggu ko beranak
Quote NyiRoroKidul 17-7-2024 06:21 PM
Abaikan je la mulut2 jahat nie janna..klu ko rasa x ok,rest kejap dr socmed nie..dah ok aktif balik.kesihatan mental sendiri lg penting dr segalanya
Quote gideoncross 17-7-2024 07:54 PM
Rogue98 replied at 16-7-2024 11:17 PM
Ada jer IG dia...tutup apanye...
Sejak kahwin dgn Dini  dia ni makin manja ...semua orang nak kena j ...

Sbb tu some tomboys lgi bgus stay as tomboys, lgi stay true to themselves sbb bila dorg balik jdi prmpuan, kdg kla lgi over dri yg mmg sdia feminine
Quote gideoncross 17-7-2024 07:56 PM
Thunderclouds replied at 17-7-2024 08:26 AM
Betul tu.
Xtahan cercaan tutop komen.
Biar nerakazen suma ketap² bibir xleh komen.

Disabled comment section or limitkn komen, sng crita, xyah heboh2

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038273 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top