CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish kekal berhijab buat masa sekarang

16-7-2024 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27093| Komen: 29



PETALING JAYA – Kekal berhijab, pelakon Nora Danish mengakui rutin menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu semakin menguatkan keinginannya untuk bertudung.

Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 42, berkata niat mengenakan hijab sudah tercetus sejak usianya mencecah angka 40, namun ketika itu hatinya masih berbolak-balik atas beberapa sebab.

“Semuanya didorong pengisian majlis ilmu yang diadakan rakan baik saya, Betty Rahmad di kediamannya dan boleh dikatakan kebiasaannya sebulan sekali saya akan turut serta.

“Tetapi kemudian apabila pulang saya kadangkala jadi malu sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mengikuti ceramah agama selain sudah ada niat ingin menutup aurat dengan sempurna.

“Sedikit sebanyak perkara itu menjadi antara pendorong untuk saya berubah ke arah yang lebih baik, sebab lain biarlah saya simpan sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama rantaian, Perang Nasi Dagang di sini, hari ini.


Ujar Nora, penghijrahan itu membuatkan ramai gembira terutama ibunya, Salimah Talib, yang menangis kesyukuran selain memintanya untuk terus kekal istiqamah.

“Ramai yang mendoakan saya sebelum ini, cuma waktu itu saya lebih selesa tidak mengulas lebih lanjut kerana masih terlalu awal.

“Saya pun dalam proses belajar dan cuba kerapkan diri untuk hadiri lagi majlis agama bagi mendapatkan ilmu.

“Paling sayu apabila ibu menitiskan air mata gembira melihat perubahan saya ini,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi bekas suaminya, Mohamed Nedim Nazri, Nora berkata, lelaki tersebut turut terkejut dan memuji langkah baik yang dilakukannya.

“Saya memakai tudung pada hari Nedim masuk wad di sebuah hospital baru-baru ini. Sudah tentu dia pun gembira, malah turut memuji saya kelihatan cantik berhijab.

“Pada masa sama, saya ada juga terfikir semua yang berlaku ini adalah dugaan untuk saya terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit.

“Jadi saya ambil hikmah ini dengan nekad untuk terus berubah iaitu kekal menutup aurat dengan sempurna,” katanya.


Sebelum ini, penampilan pelakon drama Puteri di media sosial mencetuskan tanda tanya ramai sama ada itu imej kekal atau hanya ke majlis ilmu.

Bahkan ibu tunggal dua anak itu juga lebih selesa untuk tidak menjelaskan perkara tersebut meskipun sedar ramai mendoakan perubahan baiknya itu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 16-7-2024 11:10 PM
Step by step...and don't talk so much pasal imej lah...nampak gaya mcm nak promote tudung jer lebih.
Quote Nsymhmd 16-7-2024 11:22 PM
Nak bertudung litup lepas terbiasa sexy bukan mudah, sis. Tapi iols doakan ND istiqamah tutup aurat dengan sempurna. Betty tu dulu seksi yakmat, tapi sekarang alhamdulillah sejuk mata memandang
Quote noor2 16-7-2024 11:37 PM
ND kan ramai peminat...bagusla benda baik akan jd ikutan oleh peminat2nya juga ..
Quote Masukkeluar 16-7-2024 11:38 PM
Rogue98 replied at 16-7-2024 11:10 PM
Step by step...and don't talk so much pasal imej lah...nampak gaya mcm nak promote tudung jer lebih.

Mmg byk ckp pn nora sejak bertudung ni. Kt ig kt live pn sama. Diam diam je la nora. Xperlu explain knp dan knp..nk berubah better diam je.. ni tiap hari dk selfie menggoda kt ig dgn tudung tu
Quote Raman 17-7-2024 12:25 AM
Tapi memang nampak lebih cantik dan kemas dia ni bertudung
Quote MisXoXo 17-7-2024 08:34 AM
Rilexlah..dh org tnya dia jwablah..nak diam dh kenapa.dia masih beradab menjawab.kang x jwb dikutuk juga.mula2 biasalah..dah dia artis.lelama org xtnya dahlahhh..aiyooo..benda baik pun ada ja serba xkena dimata netizen ni
Quote JiEunTak 17-7-2024 08:37 AM
benda yang WAJIB buat i sokong.
moga nowwa dan kita semua teruss istiqomah.

Quote sangbara2020 17-7-2024 08:43 AM
pelan2 berubah..xdrastik sgt...nasib dia xcerita dia mimpi sbb tu dia bertudung...
Quote syamzana 17-7-2024 08:48 AM
bagus laa dah tua bangka pun
Quote watachiwa 17-7-2024 08:49 AM
sblm bertuudng pon bkn dia mmg ade bisnes brand burunghantu tu? ade jual tudung2 jugak kan?
oke je btudung as long as x brag n layan reputz asik2 coverage psl bertudung ni. lama2 kang bosan plak nak baca
Quote Suchi 17-7-2024 09:13 AM
MisXoXo replied at 17-7-2024 08:34 AM
Rilexlah..dh org tnya dia jwablah..nak diam dh kenapa.dia masih beradab menjawab.kang x jwb dikutuk  ...

[tiktok]7392188302910098695[/tiktok]

Haah smlm wartawan tanya masa pelancaran drama baru dia.
Dia bukan artis sendu normal la wartawan nak tanya semua menda.
Quote Suchi 17-7-2024 09:23 AM
Edited by Suchi at 17-7-2024 09:25 AM
Nsymhmd replied at 16-7-2024 11:22 PM
Nak bertudung litup lepas terbiasa sexy bukan mudah, sis. Tapi iols doakan ND istiqamah tutup aurat  ...


Betul tu dlm intv ngn wartawan tu dia ada kata mula tu dia fikir mungkin nak slow2 dulu pakai selendang ke apa tp bila dia fikir balik kalau nak buat baik buat sekarang dia dah 40 lebih dah so baik pakai terus la tutup sepenuhnyaa
Yelaa bukan budak baru baligh lagi baru nk belajar2 pakai tudung

Dah tua sampai bila nk seksi, normal la org akan mula lebih mendekatkan diri dgn Allah sbb dh tak byk masa pun lagi.
Kan ada hadis dan doa pasal bila umur mencecah 40 ni IMG_6928.jpeg IMG_6929.jpeg
Quote Geeayden 17-7-2024 09:25 AM
Alhamdullillah ND dah mula berhijab moga sampai bila2..tengok fasha bila, skrg dah kurus bertambh sexy dan belakon pun masih x jaga batas...
Quote Incanto 17-7-2024 11:21 AM
suka tgk ND, tetap stylo wpun tutup aurat

bagus lah dia ada kawan mcm Betty, ex SIL yg bertudung
Quote Incanto 17-7-2024 11:23 AM
watachiwa replied at 17-7-2024 08:49 AM
sblm bertuudng pon bkn dia mmg ade bisnes brand burunghantu tu? ade jual tudung2 jugak kan?
oke je b ...

ya...tudung owl tu dah lama dulu sblm dia kawin Ned rasanya
Quote rospinki 17-7-2024 12:14 PM
retis..bukanke dia ni sebelum tu tak lama sebelum cerai dia pakai legging balik dari gym..skrg dah berhijab
Quote becir 17-7-2024 12:18 PM
sangbara2020 replied at 17-7-2024 08:43 AM
pelan2 berubah..xdrastik sgt...nasib dia xcerita dia mimpi sbb tu dia bertudung...

or dahi melekat kat sejadah or dinding or whatever

Quote razzia 17-7-2024 12:45 PM
lps bertudung trs tak hide likes.maklum la ramai yg dah like post she.sblm ni mesti like tak seberapa,follower juta2
Quote Nsymhmd 17-7-2024 08:26 PM
Incanto replied at 17-7-2024 11:21 AM
suka tgk ND, tetap stylo wpun tutup aurat

bagus lah dia ada kawan mcm Betty, ex SIL yg bertudung

Nak istiqamah ni satu je. Kena jaga circle. Macam Diana Amir tu. Circle dia semua jenis yang bertudung litup kan. Padahal masa MIG dulu sexy sangat. Itulah hidayah Allah mahal sangat kan

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041057 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top