"Saya rasa semua orang ada silap kita terutama silap dalam menyampaikan. Ini adalah satu kesilapan yang baik untuk dibaiki. "Janganlah lemah dan lepas itu orang pun janganlah hentam sangat. Ini bukan orang-orang jahat. Ustaz-ustaz kita di Malaysia (kalau boleh disebut nama, Ustaz Don mengajar Al-quran pun bagus). "Dulu saya ingat satu program dia masa saya kecil, tengok bagusnya dia ajar baca quran. Makhraj dia bagus jadi jangan matikan asatizah yang baik di Malaysia. Saya nasihatkan kita sayang mereka." Demikian kata Pencetus Ummah (PU) Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail mengulas kontroversi membabitkan pendakwah yang dikatakan menyampaikan fakta salah dalam penyampaian mereka. Suami kepada artis dan usahawan Neelofa ini bagaimanapun tidak mahu komennya menjurus kepada sesiapa dan bersetuju memberikan pendapatnya secara umum.
"Memang kita disuruh untuk baca hadis ataupun benda yang sah. Tapi kalau pun kata benda itu untuk pendidikan dan pengajaran, saya pun ada baca dalam kelas saya di satu universiti. "Tapi itu untuk pengajian kita bersama untuk mengetahui status sahaja, tapi apa-apapun itu tidak menghilangkan kebaikan dia. Sesiapa saja, kalau dia tersilap sikit janganlah (cemuh). "Kalau satu orang buat semua orang tegur pun tak molek juga. Maksudnya kita tegur bagi nasihat dan dia 'move on' oklah," katanya ditemui pada majlis pembukaan butik Nunha Store yang dikongsi bersama Neelofa di sini, semalam. Riz memaklumkan dia juga pernah melakukan kesalahan tetapi ditegur oleh orang lain serta asatizah yang lain. "Saya menerimanya dan saya insaf. Tak nak buat dah sebab benda itu kredibiliti dan berkait dengan banyak pihak. Macam saya pemegang tauliah Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri yang lain, jadi saya rasa kena jagalah sebab ini karier kita juga kan. "Setakat mana kita boleh buat dakwah itulah. Kalau tiada tauliah susah untuk masuk mana-mana negeri. Saya rasa netizen dan orang ramai adalah lebih 'straight' (terus terang) dalam menerima sesuatu hukum sebab ramai sangat orang bercakap. "Macam kadang-kadang orang yang tak belajar agama pun cakap agama juga. Jadi itu benda yang tak betul," katanya. Menurutnya, semua negeri ada laman sesawang fatwa masing-masing yang bagus untuk kita baca oleh semua pihak. "Contohnya macam orang tertanya-tanya kenapa kat sana lain, sini lain. Kita jangan pertikai, kita ikut negeri kita. Saya paling puji Dr Zul (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri) bekas mufti yang bagus. "Kalau nak rujuk nak tanya, tanyalah dia. Penulisan dia sangat baik dan banyak ustaz-ustaz ambil manfaat dari tulisan dia. Kadang kita nak jawab takut tersalah, kita tengok tulisan dia. Ia penuh dengan pandangan yang baik," katanya. Sumber : Harian Metro |
Masukkeluar replied at 16-7-2024 05:37 PM
sendu betul opening store laki bini ni. sampai sggup panggil influenza/bbnu yg level2 cikai je.. ret ...
I.K.A888990 replied at 16-7-2024 06:56 PM
mmg betul ke dia ni ada tauliah??????
"Macam saya pemegang tauliah Wilayah Persekutuan dan beberapa ...
I.K.A888990 replied at 16-7-2024 06:56 PM
mmg betul ke dia ni ada tauliah??????
"Macam saya pemegang tauliah Wilayah Persekutuan dan beberapa ...
scarflicious replied at 16-7-2024 07:45 PM
Kamu tu bukan dgr pun nasihat org
codenamedream replied at 16-7-2024 07:49 PM
Kenapa tak pakai gambar masa opening store tu??
scarflicious replied at 16-7-2024 07:36 PM
Suruh dia tunjuk.
noell replied at 16-7-2024 08:14 PM
rasanya dia tauliah general takbole sentuh agama mcm pelawak shamsul ghaughau pasai depa mmg takda ...
ADVERTISEMENT