CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Abby Abadi Dipuji Makin Slim, Berazam Nak Buang 10 Kg Lagi

15-7-2024 11:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38659| Komen: 108


Baru-baru ini, perkongsian pelakon Abby Abadi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersenam bersama anaknya, Mohamed Danish Hakim.

Menerusi entri itu, Abby berkata dia mahu menurunkan berat badan demi menjaga kesihatannya selain mahu kelihatan cantik.


“Jaga diri tau sahabat, kita ada target. Nak kurangkan berat badan untuk jaga kesihatan. Nak sihat, cantik, nak sekecil burung kedidi. Kena bersenam, kena jaga makan, kena buang toksin dalam badan,” tulisnya.

Menurut Abby lagi, dia juga dalam usaha untuk mengurangkan 10 kilogram lagi berat badannya bagi mencapai sasaran sebelum ini.

“Yang berdekatan Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Taman Melawati, Ampang dan sewaktu dengannya, jom zumba jom. Tak jumpa kawan nak ajak berzumba lagi ni, nak buang 10 kilogram lagi,” tulisnya.


Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji perubahan berat badan Abby serta ada yang mengatakan pelakon itu kini iras anak perempuannya, Marissa Dania.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 15-7-2024 11:59 PM
Bila dia ckp buang toksin dlm badan je, aku dah speku yg dia akan keluarkan product sampah tak lama lagi.
And yes, aku speku dia potong perut.
And juga yes, hati aku itam
Quote Goodluckdontcry 16-7-2024 12:24 AM
Hilang sudah ye imej budget muslimah cik yebby..tu la jgn over sgt bila acah konon berubah.. rileks rileks sudah... apa2 je la ko cik yebby..cuma jgn over sgt sbb den menyampah...
Quote pocongkiutss 16-7-2024 12:26 AM
Carcosa replied at 15-7-2024 11:59 PM
Bila dia ckp buang toksin dlm badan je, aku dah speku yg dia akan keluarkan product sampah tak lama  ...

Anda tidak keseorangan
Quote kaedahnya 16-7-2024 09:16 AM
so artis yg kurus betul sebab diet bersenam tak potong perut & makan produk timbang kati siapa je?
Quote Aneem 16-7-2024 09:51 AM
Lps ni confirm pakai legging ikut kaki, baju saiz tetek.
Quote marchikobonzo 16-7-2024 09:51 AM
Lah..dulu kan potong perut..boleh la..cuba buat diet & exercise betul2..tak payah ikut short cut..
Quote helicornia 16-7-2024 10:18 AM
Carcosa replied at 15-7-2024 11:59 PM
Bila dia ckp buang toksin dlm badan je, aku dah speku yg dia akan keluarkan product sampah tak lama  ...

Mmg dia potong perut kan 2,3 tahun lepas.tp maybe sbb tk jaga makan so tak berkesan
Quote arffa 16-7-2024 10:18 AM
Carcosa replied at 15-7-2024 11:59 PM
Bila dia ckp buang toksin dlm badan je, aku dah speku yg dia akan keluarkan product sampah tak lama  ...

dia tengah promo berryfull. dah slim terbang jubah acik abby. sebab tu la aku tak judge artis yang pakai tudung step by step. biar la tak sempurna tapi year by year dia istiqamah. bila drastik ramai yang cenggini.
Quote cikatilia 16-7-2024 10:21 AM
kelakar nya mekap dia yg pakai baju kuning tuh
Quote ketambangkang 16-7-2024 10:30 AM
woww..x senang duduk si memehhh
Quote Mary_jane 16-7-2024 11:00 AM
Ni potong perut dulu baru exercise ke? Gigil tak orang sinun cari resepi baru jamu suami?
Quote songket_merah 16-7-2024 11:10 AM
rata rata aku dengar duk potong perut, masalahnya cubalah dulu exercise ke, diet ke
bukan ke potong perut ni bahaya kan
Quote makihamis 16-7-2024 11:14 AM
cantik dah sheolls, memang ada la sama iras anak nya marissa
Quote edoraixora 16-7-2024 11:15 AM
kasut purple tu mesti kasut baru kan, untuk content ke tu
pakai dalam rumah exercise dgn anak, pastu bawak jogging pulak

gitu aku membizibodi, xde mende nak komen
Quote goldcarrot 16-7-2024 11:19 AM
Kira laju gak kan sheols mengecik? Mmg sebegitu pantas kah?
Quote wadiunong 16-7-2024 11:45 AM
goldcarrot replied at 16-7-2024 11:19 AM
Kira laju gak kan sheols mengecik? Mmg sebegitu pantas kah?

pnh baca kt forum gak dia ckp lps potong usus takde apa effect sbb dia tak jaga makan. lps bbp lama, baru datang seru nak jaga makan, exercise bagai katanya.
Quote christmaseve 16-7-2024 12:05 PM
Dia sendiri pun jaga makan, exercise tapi last2 promote berryfull
Baiklah promote personal training dgn anak dia je. Dpt gak anak tu lg byk exposure
Quote Incanto 16-7-2024 01:43 PM
yebby memang cantik…iras errapajira

kali ni harap kekal slim

sbb dah tak boleh potong perut lagi dah
Quote Tiggybiru 16-7-2024 03:14 PM
Wakaka iols pun ati itam.. mcm2 la artis Malaysia nih…pape je la

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.074636 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top