Majlis Pelancaran & Anugerah Malam Pesona Klasik 2024 dari jenama supplement minda kanak-kanak nombor 1, Mommyhana yang berlangsung 6 Julai lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam menyaksikan dua ejen Mommyhana diberikan hadiah berupa outlet MommyHana yang bernilai RM1,000,000 setiap satu! Kedua-dua ejen Mommyhana, Norhafizal Kamil dan Siti Aisyah Syukor diberikan hadiah yang cukup bernilai ini kerana komitmen mereka berdua yang sentiasa konsisten mendapat jualan tertinggi setiap bulan. Dua outlet Mommyhana ini terletak di pusat membeli belah yang cukup terkenal iaitu di AEON Bandaraya Melaka dan KL East Mall. Hana Shahadan berkata, pihaknya memberi pengiktirafan kepada individu yang banyak membantu meningkatkan taraf MommyHana menerusi beberapa kategori anugerah. Malah, penerima anugerah dipilih berdasarkan jualan serta bagaimana cara mereka bergerak dalam satu kumpulan.
“Penerima anugerah dipilih berdasarkan ‘sales’ dan ‘grouping’. Kita juga bukan hanya menilai melalui wang ringgit, tapi bagaimana individu itu dapat membantu pasukan dan membantu lebih ramai orang. Kita juga ada memberikan Anugerah Khas kepada individu yang membantu daripada segi pemasaran dan penjenamaan. “Sebahagian anugerah diberikan kepada mereka yang bekerja di belakang tabir. Mereka sentiasa menyokong MommyHana sejak di awal penubuhan. Tidak dilupakan kepada ejen-ejen yang kekal konsisten, jadi kita beri mereka penghargaan walaupun jualan tidak tinggi. Kita beri anugerah khusus disebabkan mereka konsisten supaya dapat memberi lebih semangat,” katanya. Kejutan demi kejutan! Tidak habis dengan itu, dua selebriti terkenal iaitu Puteri Sarah dan Nad Zainal turut diberikan Anugerah Khas dari Mommyhana ini. Anugerah itu diberikan kerana impak positif yang diterima oleh syarikat MommyHanna mengenai produknya melalui akaun media masing-masing. Kalau anda nak tahu kandungan yang dihasilkan dua selebriti ini mendapat jutaan tontonan dan juga menjadi tular dalam masa yang sama dapat membantu perkembangan minda dan Pendidikan kepada kanak-kanak. Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta. Fuh banyak tu gais! Kandungan yang dihasilkan bersama suami, Ungku Ismail sangat memberi impak positif kepada masyarakat yang mana kita sentiasa perlu bermaafan dan mudah memaafkan. Puteri Sarah pun sama juga seperti Nad Zainal, tetapi dia adalah ikon ibu tunggal yang sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana. Kecekalan Puteri Sarah, seorang ibu yang harus menjadi kuat untuk anak-anaknya ini menjadi ‘viral’ dengan mendapat jutaan tontonan! Bukan tu jer gais, banyak benda positif dan baik dari kekeluargaan ditunjukkan Puteri Sarah. Kata Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan, Puteri Sarah mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya. “Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran. “Kandungan yang dihasilkan oleh dua selebriti wanita popular itu berjaya menyumbang kepada impak positif terhadap penjenamaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Khas ini,” jelasnya. Kami akui ramai netizen kurang senang dan berpuas hati dan menyatakan Rita Rudaini lebih layak menerima anugerah ini tapi janganlah kita suka untuk banding-bandingkan seperti ini. Setiap dari mereka mempunyai kisah hidup yang tersendiri yang boleh kita jadikan teladan. Paling penting kedua-dua selebriti ini sangat cekal menghadapi kehidupan sebagai seorang ibu tunggal! Malam Pesona Klasik menjadi bukti bahawa dengan brand Mommyhana ini, menyaksikan ramai wanita-wanita berjaya mencapai impian untuk bergelar usahawan. Diharapkan produk berkualiti dan dapat pengiktirafan Superbrand dan sekarang berkolaborasi bersama Durio+ ini terus menempa nama di persada dunia! Sumber : Rotikaya |
BungaSuri replied at 16-7-2024 09:24 AM
Anugerah Khas Mommyhana. Marketing purpose. Baiklah, faham.. faham..
ADVERTISEMENT