CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Anak saya menggelupur seperti ayam disembelih' - Ayah mangsa biskut beracun

15-7-2024 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28640| Komen: 43



Chukai: "Mujur anak tak telan biskut itu, kalau tidak saya tak tahu apa nasib dia," kata kata Alias Saras, 57, menceritakan detik cemas selepas anaknya, Mohd Daynail Haikal Alias, 13, termakan biskut beracun di kawasan sebuah kebun di Kampung Dadong Air Puteh, Jumaat lalu.

Alias berkata, anaknya Mohd Daynail Haikal, 13, yang menerima rawatan di Hospital Kemaman sejak kini semakin pulih dan akan dibenarkan keluar dari wad pada bila-bila masa.

Katanya, sebelum kejadian, dia menghantar anak keempat daripada lima beradik itu ke sekolah kerana ada latihan memanah.

"Lepas latihan itu, Mohd Daynial mengikut seorang kawannya dan mereka berdua memancing di parit kecil di tepi kebun terbabit.

"Banyak biskut yang dicampur racun di letakkan di sepanjang pagar dan dalam kebun pisang.

"Mungkin itu kaedah pekebun untuk menghalau kera dan monyet menceroboh masuk ke kebun itu, " katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanah Lot, Air Puteh, hari ini.


Katanya, dia dimaklumkan Mohd Daynial mengambil satu daripada biskut yang tergantung dan menggigitnya walaupun rakan sempat memarahinya kerana berbuat demikian.

"Anak beritahu dia sudah mengunyah biskut tetapi meludahkan semula kerana merasa masam.

"Bagaimanapun, lima minit selepas itu Mohd Daynail tiba-tiba rebah dan menggelupur sebelum rakannya bergegas pulang meminta bantuan daripada ayahnya," katanya.

Alias berkata, anaknya dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran oleh bapa rakan anaknya itu sebelum dia dimaklumkan kejadian itu.

"Saya yang ketika itu berada di rumah bergegas ke klinik kesihatan terbabit dan ketika itu anak sudah tidak sedarkan diri dan terkena sawan beberapa kali ketika diberi rawatan.

"Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sehari sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya," katanya.

Katanya, dia tidak putus berdoa supaya anaknya itu dapat diselamatkan dan bersyukur selepas dimaklumkan anaknya itu semakin pulih.

"Mohd Daynail beritahu dia mengambil dan menggigit biskut itu kerana tertarik memandangkan biskut jenis itu memang digemari kanak-kanak dan orang dewasa.

"Saya tak sangka kejadian yang meragut nyawa dua beradik yang makan keropok beracun di Kulim Kedah minggu lalu turut berlaku kepada anak saya," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 15-7-2024 11:33 PM
Masa muda rasa ingin tahu tu memang menebal setebal lemak Benon.
I was curious jugak when I was young.
Byk nak cuba itu dan ini.

Tapi bab makan minum ni I ols selective lerr.
Tak la sampai makan makanan/minuman yang bukan I punya atau yg diletakkan di unfamiliar places.
Some of my friends did.
Contoh: kengkawan I ada je yg pi makan buah-buahan kat tokong cina, makan buah yg tumbuh kat semak, I ols tak berani lah.
[Bila dah besar sikit curiousity diaorg tu makin menebal so diaorg mula la rasa nak makan pork, nak minum arak, nak amik ganja dan sebagainya ]

I tak berani ler nak mencobaaa.

Sampai tua, I ol cuma tengok je.
Quote Akalditipumata 15-7-2024 11:41 PM
Mmg diajar utk makan sesuka hati ke? Xphm la aku.. dh 13 thn kot..
Quote sharlenetexas 15-7-2024 11:42 PM
Edited by sharlenetexas at 15-7-2024 11:44 PM

Sebelum masuk kebun orang, anak pakcik dah makan kat rumah ke? Sebelum tu afa aktiviti di sekolah. Umur 13 tengah membesar perlu makanan mencukupi.



Quote dua_chzy 15-7-2024 11:44 PM
Budak2 IQ 2 digit.

Tapi kalau OKU lembam, dimaafkan.
Quote exclusive_vvip 15-7-2024 11:44 PM
dah besar umo 13 tu..ni spesis yg nampak lori ikan terbalik, pakat gi kutip ikan tu bwk balik umah kot..
Quote Carcosa 15-7-2024 11:51 PM
"memandangkan biskut jenis itu memang digemari kanak-kanak dan orang dewasa"

Yg batak Ulu banat tu anak ko. Bunyik ckp tu dah mcm nak shift the blame Pada owner kebun tu.
Ko letaklah hatta durian blackthorn sekalipun kat atas pagor tu, kalau bkn kau punya, jgn cekik, paham tak?
Dan2 biskut favourite, kata ko. Yihhhhhh.
Kawan anak ko tu tak cekik pun?? Pandai lagi siap marah anak bongok kau tu. Lepas keluar spital nnti, ajar anak ko adab. Jgn mencuri. Jgn ambik hak org. Bebal.
Quote babyLON. 15-7-2024 11:59 PM
Carcosa replied at 15-7-2024 11:51 PM
"memandangkan biskut jenis itu memang digemari kanak-kanak dan orang dewasa"

Yg batak Ulu banat tu  ...

hahaha harap² bapak tu baca.
Quote mamajawie 16-7-2024 12:00 AM
Edited by mamajawie at 15-7-2024 04:03 PM

13 tahun Anu da kena kerat pun suka makan benda terdedah ke?kebulur sangat pergi sekolah belanja x bawak duit ke bekal?yang bapak pun bodoh papa kedana siap bagi statement anak makan sebab tu biskut kegemaran rakyat..dasar mesikin membiak cam tikus x reti ajar anak² common sense langsung..Mohon owner kebun lastik bapak dia pkai peluru terung pipit
Quote matamata 16-7-2024 12:18 AM
Nama bukan main lagi
Quote KakRumiMenari 16-7-2024 12:36 AM
dua_chzy replied at 15-7-2024 11:44 PM
Budak2 IQ 2 digit.

Tapi kalau OKU lembam, dimaafkan.

Family atau sesapa tolong la bgtau budak ni oku lembam.. kesian kl dia lembam tapi ramai kecam..

Tapi kl tak lembam, mmg kena persoalkan mcm mana anak dia main sebat je makanan..
Quote Perwira2022 16-7-2024 02:08 AM
Spesis keturunan Noor2 anak beranak la ni... Pantang nampak harta benda orang, selamba jer ambik tanpa fikir halal haram, selamat/bahaya.... Bila jadi masalah, play victim & salahkan orang lain.
Quote anony-mous 16-7-2024 02:21 AM
Akalditipumata replied at 15-7-2024 11:41 PM
Mmg diajar utk makan sesuka hati ke? Xphm la aku.. dh 13 thn kot..

Sama mcm komen iols dkt benang sblm ni. Bawa2 la ajak ank tu tgk berita kul 8pm. 2-3 hari berturut masuk tajuk utama psal kematian 2 beradik tu. lps tu bawa2 la ajar ank manners jgn suka2 mkn hak org.
Quote anony-mous 16-7-2024 02:23 AM
mamajawie replied at 16-7-2024 12:00 AM
13 tahun Anu da kena kerat pun suka makan benda terdedah ke?kebulur sangat pergi sekolah belanja x b ...

Puas hati baca komen2 kt benang ni. Bapak bodoh. Ank tu dah besar panjang bkn 3 thn nk kutip2 biskut tgh jalan. Dasar suka ambil hak org. Gamaknya kalau bapak tu jln skli dgn ank ptg tu, mesti dedua keracunan sbb hamak mkanan free
Quote sekngucing 16-7-2024 06:18 AM
Akalditipumata replied at 15-7-2024 11:41 PM
Mmg diajar utk makan sesuka hati ke? Xphm la aku.. dh 13 thn kot..

Anak orang susah memang selalu.lapar
Mcm aku dan adik2 dlu susah..tak makan..sentiasa lapar
Kami pernah main di kilang terbiar ..kebetulan ada coklat yg maybe cina letak sbg sembahan..tp dia terbiar jantak buka
Kami makan ja..tp hati2 takut dah rosak
Akhirnya habis coklat cadbury besar tu..tak expired lagi rupanya
Quote jazaa100 16-7-2024 07:43 AM
sekngucing replied at 16-7-2024 06:18 AM
Anak orang susah memang selalu.lapar
Mcm aku dan adik2 dlu susah..tak makan..sentiasa lapar
Kami p ...

Klu cina tu dtg tgok dah tak de, mesti dia suka ingat tuhan dia dah terima.....
Quote balakkampung 16-7-2024 07:50 AM
Akalditipumata replied at 15-7-2024 03:41 PM
Mmg diajar utk makan sesuka hati ke? Xphm la aku.. dh 13 thn kot..

itu yg aku pon pelik..kat kebun orang pulak tu. anak2 aku, aku ajar dari kecik kalau nak pinjam barang abang atau adik dia pon kena mintak izin. ini boleh plak rembat makanan dlm kebun orang.
Quote ultra78 16-7-2024 08:05 AM
Dah namanya budak. Entah belum baligh lagi. Belum ambil kira jenis lembam dan oku lagi. Kalau letak racun,pastikan kawasan tanah tu berpagar tinggi dan tiada orang lain boleh menceroboh masuk. Pemilik tu expect orang faham-faham sendiri itu racun. Tak semua orang tahu.
Quote lightheaded67 16-7-2024 08:07 AM
Carcosa replied at 15-7-2024 11:51 PM
"memandangkan biskut jenis itu memang digemari kanak-kanak dan orang dewasa"

Yg batak Ulu banat tu  ...

tu lah pasal, kwn nya reti je marah dia makan. bangsa degil
Quote asudau 16-7-2024 08:09 AM
yang ni tak kesian, sebab dah besar, 13 tahun tu boleh main PUBG, takkan tak boleh pk benda-benda yang boleh membawa bahaya.

lain la, kalau budak ni autism, acik minta maaf sebab mengutuk, tapi kalau sihat sejahtera, nasib la ko dik, kesian plak ngan tuan kebun tak pasal-pasal kena reman

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041414 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top