Diuji dengan pelbagai dugaan dan kontroversi, nama pendakwah selebriti, Dai Syed melalui pelbagai fasa dan transisi. Namun, itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berkarya, sekali gus dikurniakan dengan pelbagai rezeki. Kini, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menanti kehadiran cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan pengacara, Hana Ismail. "Hubungan dengan keluarga semua okay dan baik-baik saja. Saya dan isteri tinggal bersama ibu. Saya juga selalu ke Mesir berjumpa ayah saya. "Beberapa minggu lagi isteri saya akan bersalin. Persediaan menjadi seorang ayah, mungkin rezeki makin banyak. "Alhamdulillah. Dapat tawaran berlakon filem, dapat juga kerja-kerja sebagai agensi pelancongan dan isteri saya menjual batu kristal. Memang gemuruh juga menantikan anak pertama. "Jantina bayi masih dirahsiakan, tapi kami akan jemput ke majlis akikah. Hana tak ada apa-apa alahan. Saya yang banyak mengidam berbanding dia," katanya.
|
immaryjane replied at 15-7-2024 11:26 PM
Janggut dia same mcm janggut si larva scammer derma tu. Pak setad bini lofake pn same gak tanam, tp ...
ADVERTISEMENT