"Bila kita buat benda baik, berniaga dari rumah, mereka (masyarakat) tak support. Bila saya nak cari duit nak buat bisnes kecil-kecil dari rumah seorang pun tak pedulikan. ""Saya jual mee rebus dan mee jawa secara online pun tiada sambutan. Bila macam ini, mereka riuh satu kampung," kata penyanyi Shima Kamarazzaman. Shima yang popular menerusi lagu Teringin mengulas mengenai kekecewaan terhadap peminat yang mengecamnya tanpa usul periksa. Nama penyanyi itu menjadi tular berikutan sebuah portal hiburan memuatkan pengakuannya yang kini tidak lagi bertudung. Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 55, berkata, perbuatan ini bukan dilakukan suka-suka tetapi dibuat atas nasihat doktor. "Ia kerana faktor kesihatan sebab saya selalu kena migrain. Saya tak boleh kena panas, nanti sakit itu menyerang. Bahagian leher pula selalu naik ruam panas. Letak ubat pun lambat nak sembuh.
"Saya sensitif dengan panas dan sangat alergik. Sakit ini akan menyerang. Suami pun tahu perkara ini. Saya pun dah tiga tahun tak bertudung kerana masalah penyakit ini. "Saya biasa sahaja cuma saya tak muncul di media sosial. Itu sahaja," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, sebelum ini dia mengalami kesakitan dan bergelut sendirian untuk ke hospital tanpa wang, namun tiada siapa peduli. "Saya tak ambil peduli pun dengan kecaman. Nak kecam, kecamlah. Saya bukan budak lagi. Saya tak makan dek kecaman, tak berkudis pun." katanya. Ditanya keadaan kesihatan sekarang, Shima berkata, penyakit bronkitis yang dideritainya setahun lalu mula beransur pulih. "Saya berjalan pagi-pagi bersama suami di sekitar kediaman dan alhamdulillah penyakit ini beransur pulih. Cuma kalau nak menyanyi kena perlahan-lahan kerana paru-paru masih lemah," katanya. Sumber : Harian Metro |
NonaNaga replied at 15-7-2024 11:57 PM
kak shima terlalu rindu zaman gemilangnya ....
masa tu persaingan kuat dengan Ella...
kak shima berj ...
HappyGumbira replied at 16-7-2024 02:21 AM
iols pun ada masalah yg sama cam acik shima, masa tu kbtulan jumpa doktor non muslim, iols pun dapat ...
ashilalat replied at 16-7-2024 02:51 AM
Shima ni entah kenapa kurang bernasib baik berbanding Ella, padahal zaman 90an dlu Shima antara penc ...
ADVERTISEMENT