CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komen dalam aplikasi sembang akan turut diambil tindakan - Fahmi

15-7-2024 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27875| Komen: 20



PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melontarkan komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem menerusi platform media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini, beliau turut mendedahkan terdapat penyebaran kenyataan tidak bermoral dan bersifat jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam sehari dua ini.. di Amerika Syarikat ada percubaan pembunuhan terhadap mantan presiden Donald Trump… saya kesal kerana tersebar dalam WhatsApp kenyataan yang sangat tidak bermoral dan bersifat jenayah

"Ada kata yang patut ditembak bukan hanya di sana, (mereka) beri bayangan threat of violence. Ugutan jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap perdana menteri. Berbeza pandangan tidak apa, tetapi jangan terlalu ekstrem, ini keterlaluan," katanya.


Sementara itu Fahmi berkata, beliau akan bertemu ketua-ketua editor dalam masa terdekat susulan komen bersifat ekstrem ditulis dalam berita yang dimuat naik di platform media sosial masing-masing.

"Saya bawa beberapa pandangan tegas dan keras kerana saya junjung titah (Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim) dan Kabinet juga diarah ambil tindakan tegas untuk jaga ketenteraman awam termasuk di media sosial," katanya.

Sebelum ini Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.

Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama.

Selain itu Fahmi berkata, kewujudan akaun palsu di pelbagai platform media sosial ketika ini amat membimbangkan, kerana ia akan memberi kesan kepada ketenteraman dalam masyarakat.

"...yang paling menakutkan, ada rakyat Malaysia beranggapan mereka boleh berkelakuan ikut suka hati dan berselindung di sebalik akaun palsu ini. Ia berbahaya dan bahana yang boleh merosakkan ketenteraman dalam masyarakat," katanya.

Beliau berkata, penelitian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam TikTok Live Sinar Harian dan Astro Awani membawa kepada penemuan 18 akaun yang didapati memuat naik komen melanggar undang-undang, dan 12 daripadanya dikenal pasti bersifat 'fake account'.

"Saya minta MCMC ambil tindakan tegas dan segera - berhubung dengan Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk teliti perkara ini. Saya rasa telah tiba masanya masalah fake account diurus dengan lebih tertib," katanya.

Fahmi turut meminta pengendali platform media sosial mengambil tanggungjawab lebih besar dalam membendung buli siber, iklan judi dalam talian dan komen jelik.

"Kita mahu platform media sosial ambil tanggungjawab lebih besar termasuk sekiranya kejadian itu libatkan buli siber menjurus ke arah kematian bunuh diri, kecederaan, kerosakan dan sebagainya. Platform ini tidak bolehleh cuci tangan. (Ini termasuk) masalah iklan judi dalam talian yang bertebaran dalam platform seperti Facebook," katanya.

Beliau turut meminta ibu bapa untuk memastikan anak di bawah usia 13 tahun tidak membuka akaun media sosial sendiri kerana ada kandungan yang tidak sesuai ditonton oleh golongan itu.

"Tidak jadi masalah sekiranya anak tonton content media social daripada akaun kita (ibu bapa) tetapi pastikan content yang mereka tonton bersesuaian dengan umur mereka," katanya. – BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 16-7-2024 07:18 AM
Tak gentleman langsung!
Quote Purestteam1 16-7-2024 07:22 AM
lemah
Quote grouper 16-7-2024 07:25 AM
Forum cari x kena pantau ke .. takut plak nak kutuk pmx lepas ni... Kitanya nak maki sikit je bagi ilang stress
Quote ultra78 16-7-2024 07:46 AM
Jaga-jaga group yg hina B40.

Quote shamsadis 16-7-2024 07:50 AM
so, komen-komen lama time kutuk Najib dan Rosmah tahun-tahun lalu kena dakwa juga, atau kes rujuk tarikh Akta berkuat kuasa? mohon pencerahan, nak cari komen-komen lama delete ni...
Quote lostnfaun 16-7-2024 08:14 AM
shamsadis replied at 16-7-2024 07:50 AM
so, komen-komen lama time kutuk Najib dan Rosmah tahun-tahun lalu kena dakwa juga, atau kes rujuk ta ...

Fahmi nie punya sembang padahal masa jd pembangkang macam² cerita & persepsi ditabur. Kalau dekat twitter siang malam dok meratib nama najib, zahid.
Quote ina_na 16-7-2024 08:17 AM
Ms berkuasa ni bt je semua peraturan,undang2 baru x leh tu x leh ni..nanti dah x de kuasa...pihak lain jd krjn senang, x yah nak dgr korang memekak mcm sblm ni...
Quote Thunderclouds 16-7-2024 08:51 AM
Edited by Thunderclouds at 16-7-2024 08:53 AM

Hati tisuuuuu...
Dh level president xi & kim jong un
Sejak bila dh tukaq jd negara komunis.....

Agak² komen gini akan kena tindakan dak??
Quote honam 16-7-2024 09:01 AM
tahan mereka yg tak mau dengar
Quote BungaKencana 16-7-2024 09:21 AM
lowat aaa dia ni....
Quote prizadane 16-7-2024 09:26 AM
Alah, benda ni terpakai pada rakyat marhaen je kan? Kalau VVIP, semua boleh lepas kan? Tu KK pun boleh lepas… harey
Quote cm_vungtau 16-7-2024 01:15 PM
Eleh. Masa Najib dengan Kak Ros dulu merata ko bawak sepanduk kutuk dia laki bini. Poyo. Masa tu budak kecik pun tahu kutuk PM.
Quote syamzana 16-7-2024 01:18 PM
arghhh runsing kot tersilap taip, iols dah la tak kerja duit yg ada pun nak menabung utk check in rumah org tua2.
kene saman jenuh nak perabes ratus ribu byr loyer saje
Quote nw111 16-7-2024 01:33 PM
Abis la acik2 porem kena hangkut...dh mcm komunis gayanya
Quote clueless_gamer 16-7-2024 06:09 PM
Edited by clueless_gamer at 16-7-2024 07:57 PM

kebebasan bersuara adalah tiang seri demokrasi, kata sang pejuang hak rakyat pada ketika dahulu..
Quote ninja boy 16-7-2024 06:09 PM
Edited by ninja boy at 16-7-2024 06:10 PM

Zaman jib ros kemain forumer dfghjggf aman2 aja, zaman pmx n jamaica tarak bole
Quote green~tea 16-7-2024 06:18 PM
Fahmi hati tisu.. ko patut belajar dari kj cemane heols bolayan makian bertubi2 para antivaxxers bagai di angin lalu
Quote Solokkk 16-7-2024 06:55 PM
Pondan
Quote krustykrab 16-7-2024 07:15 PM
Kalau ajak guling2 depan sogo kena jgk ke weiii???

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035854 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top