CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Red Umum Idah Bekas Isteri Pertama Selesai - "Tamatlah Perkahwinan 19 Tahun Yang Kami Bina"

15-7-2024 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30378| Komen: 30



Usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red memaklumkan tempoh idah bersama bekas isteri pertama iaitu Sharifah Norshafila Hashim sudah tamat semalam.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red berkata dia memberitahu perkara itu bimbang timbul salah faham serta tidak menyangka tempoh idah  berlalu begitu pantas.

“Hari ini (Sabtu) berakhir tempoh idah, tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Tidak sangka cepat habis tempoh edah. Saya kena umumkan ini kerana takut nanti kalau ada yang nampak dia keluar rumah menimbulkan fitnah pula.

“Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi,” katanya.

Sementara itu, Sharifah Norshafila yang turut ada bersama ketika itu pula menjelaskan dia telah melalui proses tiga kali suci haid seperti mengikut ketetapan hukum Islam.

Meskipun belum cukup tiga bulan bercerai, Sharifah berkata kiraan tempoh idah itu mengikut kitaran haid yang dilalui dua kali sebulan.

Dalam pada itu, Datuk Red juga akan membantu bekas isterinya mencari rezeki memandangkan Sharifah tidak mempunyai pendapatan tetap ketika ini.

“Buat masa sekarang ini, dia tiada kerja tetap dan saya akan cuba usaha mencari peluang pekerjaan seperti berniaga. Apabila sudah pegang status itu (ibu tunggal), masyarakat akan pandang serong.

“Nak cerita lebih pun, bukan perkara yang baik pun. Selepas ini, dia seperti burung yang boleh terbang tinggi dan boleh terbang ke mana sahaja dia mahu,” katanya.

SUMBER: HibGlam/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 15-7-2024 09:45 AM
Edited by Shayang at 15-7-2024 09:47 AM

Kalau sebulan 3 kali haid pun kira abis la dah kan.

Pastu satu lg yg dah lafaz cerai luar mahkamah pun bila mahkamah sahkan penceraian tu sah pun kira iddah dah dikira masa kena lafaz dulu kan?
Mcm kes apiz ngn ex bini dia yg pemes kat forum ni tu.

Aku mcm baca dia dah tak perlu jalani tempoh iddah sbb dah dikira masa kena lafaz dulu.
Quote Thunderclouds 15-7-2024 09:48 AM
Aduiii.. Retis ke ni hanattttttt
Semakkkkkk
Quote cruz2 15-7-2024 09:50 AM
Habis tu dulu bini ke-2 si adira ke yg byk tanggung kedua2 fmly??
Quote Acik2kepam 15-7-2024 09:58 AM
cruz2 replied at 15-7-2024 09:50 AM
Habis tu dulu bini ke-2 si adira ke yg byk tanggung kedua2 fmly??

Bak kta tok red
Adira tu induk dorang
Dorang ni semua dikenali pun sbb adira noksss
Gitulaah artis yg selalu nampak mcm tak de kerjaya tu hakikatnya populariti dorang tu la mendatangkan uwang.
Tak nyanyi/berlakon pun masih ada job duta produk, review produk mcm2 la lagi.
Dijemput ke majlis kenduri kahwin dibayar jota2 hahah nih retis hollywood laa
Quote irvene 15-7-2024 11:26 AM
bagus la, biar dia cari batang buruk lain pulak. asyik ko je bertukau akok kedut
Quote fifie_olin 15-7-2024 11:47 AM
ko pon ke laut ada hati nk tlog
hutang dah settle ke
tya jerr
Quote zuriey 15-7-2024 12:40 PM
Ni scammer  bkn retis la ko letak kat board lain lah hawau
Quote makihamis 15-7-2024 01:46 PM
zuriey replied at 15-7-2024 12:40 PM
Ni scammer  bkn retis la ko letak kat board lain lah hawau


Quote Lolalala 15-7-2024 03:57 PM
cruz2 replied at 15-7-2024 09:50 AM
Habis tu dulu bini ke-2 si adira ke yg byk tanggung kedua2 fmly??

Lebih kurang begitu lah. Red ni buat live dgn Adira, dapat dia income. Buat live dgn ex bini 1st tu, mau sendu sale. Iolls follow ig ex dia Fila tu. Tengah down sebab habis iddah kot. Dia macam tak nak cerai sungguh laaaa dgn Red tu.
Quote timah03 15-7-2024 04:08 PM
Lolalala replied at 15-7-2024 03:57 PM
Lebih kurang begitu lah. Red ni buat live dgn Adira, dapat dia income. Buat live dgn ex bini 1st t ...

Tapi si laki pula bergedik santai dgn ex madu...
Tapi si first ni sebelum bercerai... Ada angkuh gak dalam berkata2... Bila kena cerai, ehhh... Down pula...
Quote talapia 15-7-2024 04:12 PM
Shayang replied at 15-7-2024 09:45 AM
Kalau sebulan 3 kali haid pun kira abis la dah kan.

Pastu satu lg yg dah lafaz cerai luar mahkamah  ...

boleh ke sebulan 3 kali?
tempoh haid minimum 1 hari.. maximum 15 hari. Kalau x silap.. kalau kata on off on off pon selagi dalam tempoh 15 hari dari day 1 tu.. itu masih dikira haid sehinggalah 15 hari.

so sebulan ada 30 hari.. means maximum bole jadi 2 x period kalau maximum 15 hari setiap kali.
pening ah..
Quote Shayang 15-7-2024 04:30 PM
talapia replied at 15-7-2024 04:12 PM
boleh ke sebulan 3 kali?
tempoh haid minimum 1 hari.. maximum 15 hari. Kalau x silap.. kalau kata  ...

Taktau la yg ada masalah period tak teratur tu la kot
Aku penah gak yg kena 2 kali sebulan tu

Yg period tk lawas kadang tu 4 hari je bila period.
Rasanya ni yg dh pra menopos kot.
Quote laksmanabentan 15-7-2024 04:40 PM
Lolalala replied at 15-7-2024 03:57 PM
Lebih kurang begitu lah. Red ni buat live dgn Adira, dapat dia income. Buat live dgn ex bini 1st t ...

2nd tu boleh datangkan hasil uuoolllsss...sekali online berdesup viewers

harus la menempek selagi boleh kannn... silap2 rujuk...

1st tu sekali online.. alamak sendunyaa viewerssss...


nak cari kerja lagi opkoss la susah kannnn...
mau ga mau kena cari jalan menempek ler dengan 2nd tu...
mendatangkan hasil la kannn....
haruslah cari jalan mudah kan uoolllsss..
Quote captainQUE 15-7-2024 04:43 PM
Lolalala replied at 15-7-2024 03:57 PM
Lebih kurang begitu lah. Red ni buat live dgn Adira, dapat dia income. Buat live dgn ex bini 1st t ...

Semalam ternampak live dia kat TikTok, Boleh eh dia kata Lepas cerai ni dia Nampak red tu handsome…

Tak sanggup den nak Belek, Tang mana handsome Tak tau…
Quote Lolalala 15-7-2024 08:28 PM
captainQUE replied at 15-7-2024 04:43 PM
Semalam ternampak live dia kat TikTok, Boleh eh dia kata Lepas cerai ni dia Nampak red tu handsome ...

Sebelum ni ada madu tua. Nak cakap macam tu kang madu tua perli. Aritu tgk anak sulung ex tu pun tolong Ami dia jual tudung. Tu je laa cara nak dapat duit belanja kan.
Quote Itzy 15-7-2024 09:36 PM
Shayang:  Edited by Shayang at 15-7-202 ...


Tu bukan darah haid tapi darah penyakit. Kena pi check doktor.
Quote Kittyjim 15-7-2024 11:22 PM
captainQUE replied at 15-7-2024 04:43 PM
Semalam ternampak live dia kat TikTok, Boleh eh dia kata Lepas cerai ni dia Nampak red tu handsome ...

Bini first drama, tibeh down plak , xleh mkn, xleh tdo pas dah cerai, mmg ptt la bejodoh dgn tokred kaki drama tu, semoga adira jauh de golongan toksik tuh
Quote Olumis 15-7-2024 11:32 PM
Kesian ex bini 1st ni. Muka auto makcik2 lepas dah bercerai. Untuk Adira, please jangan rujuk balik dengan dato red ni.
Quote asfaz 16-7-2024 12:32 AM
Itzy replied at 15-7-2024 09:36 PM
Tu bukan darah haid tapi darah penyakit. Kena pi check doktor.

Ai kena gak cmtu. 2x sebulan. Yg baru ni lagi haru,baru kering 6 hari dtg balik tpi ai period mula tu 3 hari dah hbs. Yg kemudian ni 4 hari. Ai mmg dah agak mesti dtg balik punya. Tempoh dlm 15 hari tu lah.
Ai pernah tanya doktor dia ckp tu normal lagi2 kalau dah masuk 40an . Kecuali kalau lebih 15hari period or period tak dtg berbulan2 tu kena cek.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.113898 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top