CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen Beli Mercedes Benz Kedua Berharga Rm600,000 - “Saya Dapat Buah Hati Saya, Akhirnya

15-7-2024 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37249| Komen: 155



Murah rezeki Meerqeen apabila pelakon itu akhirnya berjaya membeli sebuah lagi kereta jenama Mercedes Benz model C63 yang dianggarkan bernilai RM600,000.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Irenne Deanna, Meerqeen berkata penantian selama sebulan berbaloi apabila akhirnya dapat memiliki ‘buah hatinya’ itu.


“Saya dapat buah hati saya, akhirnya. Saya berurusan untuk dapatkan kereta ini tak sampai sebulan, memang puas hati!” katanya.

Dalam video dikongsikan itu, terpancar kegembiraan Meerqeen apabila bergambar dengan kereta berkenaan sambil ditemani ahli keluarganya.

Tahun lalu, Meerqeen berjaya membeli kereta idamannya iaitu Mercedes Benz model G Wagon bernilai RM1.5 juta.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supersudoku 15-7-2024 09:39 AM
Harap beringat la
Quote cicicumel 15-7-2024 09:43 AM
Brp la YSL bayar dia as duta pertama Malaysia..
Quote SalenaGomez 15-7-2024 10:18 AM
Tahun lepas keta 1.5mill tahun ni rm600k. Penah baca dia ni xlah have2 mana pon. Harap uruskan wang sebaik nya. Byk tu duit tabur2 mcm tu … beli keta rm200k pon dah dpt yg ok. Lebih tu invest or simpan dalam asb pon byk juga dpt. apa2 pon duit dia. Cuma harap dia lakukan terbaik sementara masih ada job
Quote AKAZ85 15-7-2024 10:31 AM
Beringat mudo2 ni dekk.. Jangan tua nanti berakhir kat rumah ppr mintak ehsan orang ramai untuk kesinambungan hidup pulak..
Quote kotakbaju 15-7-2024 10:44 AM
Peminat mercedes benz kot adik ni. Kira mampu jugak nak bela 2 bijik keter ni. Kalau mampu menten ok la tu, nanti ke depan tambah lagi keter buat koleksi.
Quote sukacactus 15-7-2024 10:47 AM
Org muda br merasa pegang duit byk, gitu le
Quote aemon 15-7-2024 10:49 AM
budak felda baru nmpk senang gitu la..

terperanjat duduk bandar dpt duit byk.
Quote hyie 15-7-2024 11:00 AM
chop2..kalau kereta jenama mewah kan, harga dia akan mengalami susut nilai sama macam kereta lain, atau makin lama makin mahal ye? sama macam kereta2 antik yang orang sanggup bayar 2-3 kali ganda harga asal sebab rare.

pastu, iols lebih suka suggest beli rumah atau invest kat tempat yang berbaloi macam asb atau bank rakyat misalnya.
Quote naina 15-7-2024 11:04 AM
Gelinya dik. Ko ingat ko retis Korea ke atau pun Hollywood? Baru setahun 1 retis dah sambar 2 biji merc rega mahal gituuuuu. Beringat la wei..ko bukan hensem mana. Vibe poyo ko kuat sangat.
Quote jelitayu 15-7-2024 11:10 AM
semoga ada yg tolong nasihatkan dia ni soal simpanan pelaburan dan sebagainya.
ye, tak salah nak reward diri sendiri, cuma harap tak terlampau enjoy sampai terlupa menyimpan dan manage duit dng baik....all the best!
Quote bungarose 15-7-2024 11:15 AM
Dia confident beli kereta almost 2m
Mesti duet heols ader at least more than 10m
Quote kepingbewok 15-7-2024 11:20 AM
hyie replied at 15-7-2024 11:00 AM
chop2..kalau kereta jenama mewah kan, harga dia akan mengalami susut nilai sama macam kereta lain, a ...

kereta continental(european made) akn susut nilai..bmw 3series RM 260K first hand,,tp kalau cari yg secondhand,bawah 100K pn blh dpt.merc yg lama2 mmg jatuh harga unless yg special edition.
Quote sranua 15-7-2024 11:22 AM
Ada duit, umur muda lagi, muka pun laku lagi. Tapi nanti dah berumur, job dah kurang..rumah pun masih menyewa..menung jugak tu.
Tapi kalau kereta juta, rumah mestilah juta2 jugak.
Quote fazila17 15-7-2024 11:23 AM
Bukan g wagon tu dia tak beli ke
Quote makihamis 15-7-2024 11:27 AM
wowzersss beribu ribu taniaaaaaaa dapat beli gerpreng idamann
Quote qistiena 15-7-2024 11:33 AM
Lhdn memerhati????????????
Quote emera 15-7-2024 11:36 AM
Bakalan jatuh miskin budak ni.
Quote cikus 15-7-2024 11:37 AM
Budak bodo kewangan terpaling
Quote pocongkiutss 15-7-2024 11:55 AM
Acik2 porem..bookmark thread ni..40 taun lagi kita up kan

Teringat pokcik Adik Manjah tu

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035398 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top