CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show, Bawa Pulang RM150,000

15-7-2024 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35860| Komen: 86


Penyanyi Aepul Roza menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai juara musim pertama The Hardest Singing Show (THSS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB sebentar tadi.

Aepul yang mendendangkan lagu It’ My Life dan Melompat Lebih Tinggi duet bersama Putera Muhammad meraih markah tertinggi sekaligus menewaskan lima peserta lain yang turut bertanding.

Aepul membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi sumbangan Astro.

“Ini rezeki Allah SWT dan saya sendiri tak pernah menang apa pun walau cabutan bertuah. Terima kasih kepada juri dan pasukan saya, Alhamdulillah,” katanya.

Ayda Jebat meraih naib juara yang membawa pulang RM20,000, pakej pelayaran dan trofi. Tempat ketiga pula menjadi milik Stacy yang menerima RM10,000, trofi dan pakej pelayaran.

Aisha Retno menduduki tempat keempat, Putera Muhammad tempat kelima dan Zizi Kirana pula di tempat keenam.


Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Durianlover10 15-7-2024 09:33 AM
i tak pernah tengok show nie sbb tak pernah berkesempatan duduk depan tv time hari minggu ni. tapi tengokmacam menarik.
Quote princessmiang 15-7-2024 09:56 AM
Nantikan rentanan senah jebat sebab kalah
Quote hayrin86 15-7-2024 10:07 AM
Elok la tu rancangan realiti nyanyian yang memudaratkan peserta itu sendiri dah habis.
Quote hayrin86 15-7-2024 10:09 AM
Durianlover10 replied at 15-7-2024 09:33 AM
i tak pernah tengok show nie sbb tak pernah berkesempatan duduk depan tv time hari minggu ni. tapi t ...

Sama la.. Taknah berminat tgk rancangan sampah ini. Layan laptop gaming lagi padu..

Quote alesandra 15-7-2024 10:11 AM
Aku sakit hati tgk aisha retno bawah dari stacy,aida jebat . mmg la berdasarkan  performance mlm tadi tp still rasa aisha ni kena rompak
Quote alesandra 15-7-2024 10:12 AM
Btw ...rossa kenapa xde smln?
Quote galleria23 15-7-2024 10:12 AM
princessmiang replied at 15-7-2024 09:56 AM
Nantikan rentanan senah jebat sebab kalah

rosnah mat jebat pernah merentan sebab kalah ke sebelum ni? tak follow pulak dia.
tapi tak boleh blah tengok reaksi muka dia time nak umum juara, confident menang, siap pakej memek muka nak menangis lagi. sekali kalah. terus nak cover buat2 tergedik-gedik menari.
Quote intan_smsb 15-7-2024 10:12 AM
alhamdullilah rezeki aepul
Quote supernaturalee 15-7-2024 10:37 AM
jauhnya beza hadiah juara dgn naib juara (130k)


Quote edoraixora 15-7-2024 10:37 AM
tergedik2 nya 2 pompuan tu mase lepas umum pemenang tu
si ayda dgn aishah, macam beruk matyeh
ayda arituh bukan dah serik ke nak join competition, lepas kalah dapat no. 2
ni nanti apa pulak dia nak merentan
Quote drivethru 15-7-2024 10:38 AM
Puas hati AJ tak menang.
Quote drivethru 15-7-2024 10:40 AM
supernaturalee replied at 15-7-2024 10:37 AM
jauhnya beza hadiah juara dgn naib juara (130k)

Ikut kan hanya juara sahaja dapat duit. Minggu lepas baru umum semua dapat duit saguhati. Tu yg beza jauh duit dgn pemenang lain.
Quote supernaturalee 15-7-2024 10:42 AM
drivethru replied at 15-7-2024 10:40 AM
Ikut kan hanya juara sahaja dapat duit. Minggu lepas baru umum semua dapat duit saguhati. Tu yg be ...

ooooo

faham2

Quote prince_marhaen 15-7-2024 10:47 AM
Rosnah Jebat tak menang ehhh?? Astro takut lettuwwwww sebab haritu page astro drpd minggu pertama dok promo persembahan rosnah je... kat tiktok pun sama.. hahahahahaha nampak sangat dah plan... tetiba Aepul menang... hihihi.. tetap tak nak bagi Aisha & Stacy ye..takooott betholll anak emas dia (rosnah) merentan lagi kalau bagi pompuan lain menang...

btw meols 2-3 kali tengok live kat dewan sedihhhh CIDB Cheras ni... laki si senah ni memang jenis hyper eh macam anak istimewa je meols tengok...tak duk diam.. pastu feeling dia peserta hahahahaha..

Quote kaseh80 15-7-2024 11:16 AM
Peserta perempuan dah rupa sarkas terkangkang kangkang
Tak malu lansgsung
Quote fifie_olin 15-7-2024 11:19 AM
dari awal lagi aku dh perasan AJ nak jadi juara
besgguh2 betoi buat show
puas kena angkat dgn jntan
laki ank2 tgk je la mak depa kena lambong2
Quote makihamis 15-7-2024 11:21 AM
tahniah Aepul & takziah kepada rosnah Jebat kalah jua walaupun stunt ibarat circus setiap minggu
Quote fazila17 15-7-2024 11:27 AM
Tahniah aepul

Lega anak Jebat tak juara.. semak tengok tiap2 minggu dia buat aksi sarkas dgn suara so so dia tu
Quote irvene 15-7-2024 11:30 AM
rosnah mat aris mmg tak pandai control memek muka. semak lah kau dari industri seni ni. sorang lagi yg bersuara jantan tu, smlm aku tertengok cite ni kejap part stacy bersuara jantan. teruk nau suara kau, aku terus tukar channel ye sbb takot tambah dosa, asyik mulut ni mengutuk ko

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044463 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top