CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bilangan bayi dilahirkan di Singapura pada 2023 terendah dalam 50 tahun

15-7-2024 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28966| Komen: 17


Singapura: Bilangan bayi yang dilahirkan di Singapura pada 2023 jatuh ke paras terendah dalam tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun lepas, lapor The Straits Times (ST).

Ia berkata, berdasarkan "Laporan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2023" yang diterbitkan pada 11 Julai, sejumlah 33,541 bayi dilahirkan pada 2023 - penurunan 5.8 peratus daripada 35,605 kelahiran yang dicatatkan pada 2022 dan 13.3 peratus lebih rendah daripada 38,672 kelahiran pada 2021.

ST berkata, angka 2023 adalah yang terendah sejak sekurang-kurangnya 1971 apabila 47,088 bayi dilahirkan, berdasarkan statistik kelahiran dan kematian yang dipaparkan di laman web Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

ICA menguruskan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2021 (RBDA 2021).

Pada Februari, diumumkan bahawa kadar kesuburan keseluruhan (TFR) penduduk jatuh di bawah satu buat kali pertama dalam sejarah Singapura, walaupun bilangan sebenar bayi yang dilahirkan pada 2023 tidak dinyatakan.


TFR, yang merujuk kepada purata bilangan bayi setiap wanita sepanjang tempoh reproduktif mereka, adalah 0.97 pada 2023 – antara yang terendah di dunia.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 15-7-2024 09:15 AM
kos sara hidup terlalu tinggi...rakyat mula mengambil jalan masturbasi sahaja
Quote biozipstar 15-7-2024 10:03 AM
sikit betul,,, patutla ramai orang Malaysia kerja sana... dorang 35k tu ditakdirkan jadi "boss" ... huhuhuhuhu
Quote BungaSuri 15-7-2024 01:02 PM
childless marriage
Quote 8Queen8 15-7-2024 01:22 PM
Anak2 I pun dua orang tak nak anak, 2 lagi nak anak satu saja. Sebab life sekarang tak seindah zaman diorang membesar, cost of living tinggi. Mereka nak pastikan anak derang ada good education dll. Lepas tu nak pastikan kerjaya diorang established sebelum nak ada anak.
Quote damsel_fiji 15-7-2024 01:25 PM
boleh import dari cox bazaar sana apa susah
Quote ninja boy 15-7-2024 10:37 PM
tangkap sekor jantan 10 betina kasi kurung minggu pertama, minggu kedua 10 betina sudah bunting
Quote Ytee 16-7-2024 04:01 PM
kerosakan dan berlaku..camtu la
Quote pokokmeranti 16-7-2024 04:18 PM
xpe...nanti import warga China menghuni singapore.
Quote Momohizan 16-7-2024 04:55 PM
damsel_fiji replied at 15-7-2024 01:25 PM
boleh import dari cox bazaar sana apa susah

Tak yah jejauh.. Selayang pun boleh
Quote pooh~key 16-7-2024 05:48 PM
ifanonline replied at 15-7-2024 09:15 AM
kos sara hidup terlalu tinggi...rakyat mula mengambil jalan masturbasi sahaja

The ugly truth sissy. Itulah hakikatnya sissy.
Quote sharlenetexas 16-7-2024 05:56 PM
Import je lah.


Quote nusaraya 16-7-2024 06:10 PM
pokokmeranti replied at 16-7-2024 04:18 PM
xpe...nanti import warga China menghuni singapore.

Yup... Jika Malaysia boleh import Bangla, Rohingya, Nepal, Pakistan, Yaman etc .. maka pilihan terbaik bagi Singapore adaah import bangsa China dari China ataupun Taiwan ... The most important .. jangan import melayu malaysia ... nanti bisa kacau balau Singapore dibuatnya... Hehehehe
Quote green~tea 16-7-2024 06:36 PM
Mahal nak bela anak kat sana..
Quote pokokmeranti 17-7-2024 07:51 AM
nusaraya replied at 16-7-2024 06:10 PM
Yup... Jika Malaysia boleh import Bangla, Rohingya, Nepal, Pakistan, Yaman etc .. maka pilihan ter ...

bengap ke? kau Singapore tu dah bersepah bangla dan sekutunya, baru ada rusuhan kecil kereta peronda polis dan cabut lari....
Quote dani-rox 17-7-2024 07:53 AM
Import jah indon, bangla dan rohingya - gerenti membiak mcm lipas dan tikus
Quote ifanonline 17-7-2024 09:26 AM
pooh~key replied at 16-7-2024 05:48 PM
The ugly truth sissy. Itulah hakikatnya sissy.

sebenarnya ramai warga singapura gila seks...ada 2-3 org forumer singapura dlm porum ni
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 03:00 PM

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.208513 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top