Perkongsian pelakon Elfira Loy menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama suaminya, Faris Khairol Anuar yang tampil memakai pakaian sedondon putih. Apa yang mencuri tumpuan, Elfira berkata gambar tersebut adalah hantaran perama sebagai suami isteri dimuat naik di TikTok miliknya. “Inilah suami saya. Saja beritahu, takut ada orang lain lupa dia suami orang. Selepas lima tahun kahwin, okaylah kan nak post gambar bersama di TikTok ni,” tulisnya. Sementara itu, Elfira turut memohon doa agar dia dan suami diberikan kesabaran dan dikurniakan syurga kelak. Diruangan komen rata-rata netizen mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan itu serta terhibur dengan kapsyen ditulis Elfira. Sumber : Rotikaya |
chekacheku replied at 14-7-2024 09:40 AM
Ada yg nk msk jarum ke ape ni..
Ahgerbitch replied at 14-7-2024 10:00 AM
tetiba.... tkde angin tkde ribut.... ke mmg ada ribut dlm rmh?? ahhahaha
Thunderclouds replied at 14-7-2024 01:07 PM
Hahahaha... Takut org masuk jarum ke tuhh..
Laki herlok + kaaya kengkadang lawo & sempurna we feel b ...
ADVERTISEMENT