Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan tentang berita bahawa anak guamnya, Dr Jezamine telah memfailkan cerai terhadap suaminya, pelawak Harith Iskander. Ketika ditemui wartawan di mahkamah (sebutan kes Hafidz Roshdi) hari ini, Akberdin berkata perbicaraan kes perbicaraan pasangan itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 15 Julai akan datang. Bagaimanapun, perbicaraan itu ditunda ke tarikh yang lain dan akan dimaklumkan kemudian. "Ditunda kerana mahkamah ada urusan lain. Kami akan memaklumkan tarikh baru selepas ini." Tambah Akberdin, Dr Jezamine dan Harith masing-masing memberikan kerjasama yang baik dalam perbincangan berkaitan kes perceraian mereka. Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan pergolakan rumah tangga pasangan itu selepas media melaporkan Dr Jezamine memfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Harith bagaimanapun sehingga kini masih belum bersedia untuk memberikan apa-apa komen dan mengulas lanjut tentang hal tersebut. Pasangan itu berkahwin pada 12 Jun 2010 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9. SUMBER : OHBULAN! |
babynina30 replied at 14-7-2024 01:06 PM
Post smlm aman2 si J ni pgg HI . Mcm aman je. Sume komen eh semoga x jd serai. Sian depa
Acik2kepam replied at 15-7-2024 06:26 AM
Knp netizen selalu harapkan org tak jd bercerai?
Jobian ngn ex dia pun nampak ok je hingga ke har ...
3chanceno replied at 15-7-2024 07:22 AM
Maaf sis tertekan report pulak
Meols setuju dengan komen uols. Yang dalam perkahwinan ...
Manusiabesa replied at 12-7-2024 03:11 PM
Akberdeen sibuk urus acc bank, byk duit byk acc kena buka ni. Xdk tmpt nk saving dh rasanya..kena tu ...
bedahmenjuyah replied at 17-7-2024 03:23 PM
Kawan aku ckp bini dia tak tahan sbb laki berskandal. Tp depa dah lama kahwin so aku agak latest ska ...
bedahmenjuyah replied at 17-7-2024 03:23 PM
Kawan aku ckp bini dia tak tahan sbb laki berskandal. Tp depa dah lama kahwin so aku agak latest ska ...
ADVERTISEMENT