Pelakon popular Malaysia, Fattah Amin, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangganya dengan Fazura sedang retak menanti belah. Dalam sebuah temu bual eksklusif bersama media, Fattah berkongsi tentang betapa bermaknanya kehadiran Fazura dalam hidupnya serta pengorbanan yang telah dilakukan oleh isterinya itu. Menurut Fattah, segala sikap positif yang dimiliki Fazura menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus melakukan kebaikan. “Sudah tujuh tahun dengan dia (Fazura), saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka menghargai suami, bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya,” kata Fattah. “Sikap pemurah dan keikhlasan Fazura dalam melakukan segala perkara tanpa mengharapkan balasan juga membuatkan Fattah sangat terharu dan terinspirasi”. Fattah turut menekankan bahawa Fazura, walaupun layak untuk berada di rumah menjaga keluarga, sanggup berkorban dan membanting tulang demi kelangsungan hidup mereka.
“Sebagai suami, saya nampak banyak pengorbanan dia sebagai isteri dalam keluarga. Kalau ikutkan, dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja. “Namun, dia sama-sama bangunkan perniagaan sekali gus membesarkan anak kami Fatimah. Itu pengorbanan seorang isteri yang buat saya lagi cintakannya sampai sekarang,” ujar Fattah dengan penuh rasa cinta. Pelakon drama “Playboy Itu Suami Aku” itu juga menyifatkan Fazura sebagai perempuan satu dalam sejuta, selain berasa sangat bertuah memiliki wanita itu sebagai isteri. Fattah menceritakan bagaimana Fazura tidak pernah membiarkannya sendukkan nasi atau tuang air sendiri ketika makan, menambahkan bahawa itu adalah salah satu sebab mengapa Fazura adalah ‘one in a million’ bagi dirinya. Kisah mengenai dakwaan masalah rumah tangga Fattah dan Fazura mula menjadi bualan hangat di media sosial setelah mereka dikatakan tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka (likes) di media sosial masing-masing. Namun, Fazura minggu lalu tampil menangkis dakwaan tersebut, menyatakan bahawa mereka sengaja berbuat demikian demi menjalani hidup yang lebih privasi. Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017, dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. Kehidupan mereka yang penuh kasih sayang dan pengorbanan terus menjadi inspirasi kepada ramai pasangan di luar sana. Sumber : Murai.my |
gideoncross replied at 13-7-2024 01:57 PM
Klau btul bhgia, xpayh kot balik2 bgi statement yg lbih kurg sma je mknanya, bru btul org anggap bhg ...
gideoncross replied at 13-7-2024 01:57 PM
Klau btul bhgia, xpayh kot balik2 bgi statement yg lbih kurg sma je mknanya, bru btul org anggap bhg ...
cm_vungtau replied at 12-7-2024 11:25 PM
Kalau makan kedai siapa sendukkan?
Diamondmoney replied at 13-7-2024 04:06 PM
Podcast2 ni sial kan. Ko jgn ambik podcast lg fattah . Sb setiap ayat ko ckp reput buduh ni buat hea ...
ADVERTISEMENT