Pelakon terkenal, Nora Danish, semakin mendekatkan diri dengan majlis ilmu apabila mengesahkan kehadirannya di sebuah program agama di Kedah pada bulan Oktober depan. Berita ini disambut dengan gembira oleh rakan seperjuangannya, Datin Seri Umie Aida. Umie Aida, atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, menyatakan rasa terujanya kerana sudah lama menunggu detik bermakna ini dan bersyukur kerana doanya akhirnya dimakbulkan. “Alhamdulillah bertahun-tahun ku menanti kehadiranmu untuk program Festival Sunnah. Akhirnya Nora Danish sudah ‘lock date’ pada 5 Oktober nanti untuk hadir ke Festival Sunnah di Kedah, insya-Allah,” katanya dalam perkongsian di Instagram. Mereka berdua turut mempromosikan Festival Sunnah 2022 yang bakal diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim menerusi laman sosial milik Umie Aida. “Jangan lupa saksikan saya dan Datin Seri Umie Aida di Festival Sunnah, insya-Allah,” ujar Nora pula. Difahamkan, Umie dan aktres berusia 42 tahun itu akan memeriahkan acara tahunan tersebut bersama beberapa selebriti lain. Festival Sunnah yang bertujuan untuk memperkaya ilmu agama dan mengeratkan silaturahim ini dijangka menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen turut teruja serta bersyukur melihat transisi Nora Danish yang semakin mendekatkan diri dengan agama. Komen-komen di media sosial dipenuhi dengan kata-kata semangat dan doa agar Nora terus istiqamah dalam perjalanannya ke arah menjadi seorang muslimah yang lebih baik. “Alhamdulillah, sejuk mata memandang. 1,000 kali lebih cantik dengan berhijab,” kata seorang pengikut. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, kebelakangan ini kerap memuat naik foto bertudung di media sosial, yang membuatkan ramai mendoakan agar imej tersebut dikekalkan. Perubahan positif dalam hidupnya ini bukan sahaja menggembirakan para peminat, malah menjadi inspirasi kepada ramai wanita untuk terus memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Sumber : Murai.my |
dua_chzy replied at 13-7-2024 04:18 PM
Tunggu ja jumpa boipren.
Masa tu nak tengok kekal istikomah cara Nora (i.e. bermekap tebal, menayan ...
noor2 replied at 13-7-2024 08:25 AM
Kecuali bf dia ustaz...atau mcm fatah amin tu dari family yg nampak semua baik2 pakai tudung. Fazu ...
dua_chzy replied at 13-7-2024 05:22 PM
Iya betol. Fazura tu betul2 huntong menikoh Fattah.
noor2 replied at 13-7-2024 06:07 PM
Tp fazura tu berubah, dia x warwar cerita nk pakai tudung semua...dia buat senyap2 kan....sekali p ...
Manusiabesa replied at 13-7-2024 09:11 PM
Ot.
Hihi tuhari kt live tt betty, mk nya bcor rhsia dlu2 ermapateema kuat clubbing dgn zzainudin . ...
sharlenetexas replied at 13-7-2024 09:46 PM
Tak silap kak habsah hasan yg nasihat ke jalan yg benar.
ADVERTISEMENT