CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan marah jika rakyat benci orang politik – Dr. Akmal

12-7-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 76160| Komen: 2


PETALING JAYA – Keputusan Dewan Rakyat yang mengekalkan kedudukan Ahli Parlimen Bersatu sebagai wakil rakyat dianggap telah ‘melanggar’ akta anti lompat parti.

Ini kerana kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, tindakan itu menyebabkan akta tersebut menjadi sia-sia sedangkan perkara itu yang diperjuangkan rakyat selama ini.

Malah katanya, keputusan itu juga menyebabkan lebih ramai rakyat akan membenci ahli politik.

“Maka sia-sialah akta anti lompat parti yang diminta oleh rakyat selama ini. Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri.

“Jangan marah rakyat jika rakyat benci pada orang politik. Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik,” katanya di laman Facebook semalam.

Terdahulu, dalam hantaran yang dimuat naik hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut mengingatkan pemimpin poilitik supaya menghormati hak rakyat.


“Sebelum nak hormat keputusan speaker,sebagai pemimpin apa yang lebih penting adalah hormat hak rakyat untuk menolak katak-katak politik dari terus menjahanamkam negara!

“Adakah ia terpakai kepada satu pihak?,” soalnya.

Tambah Dr. Muhamad Akmal sekiranya ada pihak yang turut menyatakan sokongan kepada pihak yang lain adalah perkara itu turut dibenarkan.

“Jika lepas ini ada pihak lain yang nak menyatakan sokongan kepada yang lain adakah kita nak benarkan?

“Akhirnya yang untung katak politik, yang terus jahanam negara dan rakyat yang menanggungnya,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 12-7-2024 11:09 PM
Entah la aku lagi nyampah dgn hang la ni dr MP2 Bersatu.  Hang dgn lapiji.  Lagipun, derang lompat parti ka? Bersatu yg gugurkan kan?
Quote clueless_gamer 16-7-2024 08:03 PM
dia ni kena byk belajar art of diplomatic communication dari KJ.. senior dia jugak dulu dkt pemuda

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.038396 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top