CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengadu tarik balik kes, Papagomo ditangkap di luar mahkamah

12-7-2024 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 75659| Komen: 2




KUALA LUMPUR – Seorang peniaga yang juga pengadu dalam kes Wan Muhammad Azri Wan Deris, menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap penulis blog itu berkaitan kenyataan menghasut bahawa kerajaan memihak kepada Israel dan barat.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Hisham Sharudin menarik balik laporan itu kira-kira dua jam selepas memberi keterangan, semalam.

Menurut beliau, Hisham, 42, yang juga saksi pendakwaan pertama, selesai memberi keterangan pukul 12 tengah hari dan membuat laporan polis untuk menarik balik aduannya kira-kira pukul 2 petang.

Dalam perkembangan berlainan, Muhammad Rafique memaklumkan kepada pihak media bahawa Wan Muhammad Azri atau Papagomo ditahan polis sejurus mahkamah selesai bersidang hari kedua perbicaraan kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Kata peguam itu, anak guamnya ditangkap di luar mahkamah oleh dua pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


“Arahan tangkapan daripada pihak atasan berkaitan satu lagi laporan polis yang dibuat di bawah Akta Hasutan 1948,” ujarnya.

Terdahulu, Muhammad Rafique berkata, oleh kerana laporan tersebut menjadi pencetus kepada siasatan kes, pihaknya memohon untuk memanggil semula saksi pendakwaan itu (yang telah selesai memberi keterangan) pada prosiding hari ini.

“Kami memohon mahkamah mengguna pakai Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) untuk memanggil semula saksi itu pada perbicaraan hari ini,” ujar peguam berkenaan.

Bagaimanapun, Hakim Siti Aminah Ghazali mengarahkan perbicaraan diteruskan dengan mendengar keterangan saksi lain selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memaklumkan, Hisham tidak hadir. Perbicaraan bersambung 29 Julai ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rbmy 13-7-2024 03:22 PM
ermm.. tabahlah papagomo.
btw, sis rimas jambang tu.
Quote juboqhang 18-7-2024 01:08 AM
adan uke...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.025554 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top