CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buli siber: Anwar tidak puas hati, mahu tindakan tegas diambil

12-7-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 67556| Komen: 3



PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kejadian-kejadian buli siber yang berlaku akhir-akhir ini sehingga mengakibatkan kematian.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut disuarakan oleh Anwar menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

“Beliau telah meminta supaya MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengambil tindakan yang sangat tegas dan kita perlu berusaha untuk menghentikan buli siber daripada berterusan,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Ketika ditanya berhubung mewujudkan akta spesifik berkaitan gejala buli siber, Fahmi berkata, pihaknya akan meneliti keperluan sama ada untuk meminda akta sedia ada seperti Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, atau menggubal akta khusus mengenai buli siber.


“Saya baru maklumkan kepada Kabinet bahawa kita mempunyai beberapa kajian (sebelum ini), tetapi kita belum berada di peringkat yang kita akan mengesyorkan atau akan membawa rang undang-undang (RUU) itu ke Parlimen. Namun, kita masih boleh mengambil tindakan sekarang berdasarkan undang-undang sedia ada dan semasa,” ujarnya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 12-7-2024 10:46 PM
Ye akak kasihan tengok dek syamimia tu kena buli siber saban hari sissy.
Quote pooh~key 12-7-2024 10:46 PM
Padahal budak tu tak kacau periuk nasi siapa2 pun dek. Kau nampak tak dek, betapa ramainya iblis menetap kat muka bumi ni dek?
Quote najib888 14-7-2024 12:12 AM
Rapiji hari2 kena buli kat TokTi, u-tiup..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.067835 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top