CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gagal Bayar Pinjaman (Fiendly Loan), Jovian Diarah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

12-7-2024 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18157| Komen: 104



Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diperintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar RM10 juta kepada dua pengarah syarikat selepas gagal membayar dua pinjaman persahabatan (friendly loan).

Memetik Kosmo, Hakim, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin memutuskan demikian dalam penghakiman terus beliau bertarikh 2 dan 4 April lalu memerintahkan Jovian membayar RM5 juta masing-masing kepada syarikat Cekap Air Sdn. Bhd. dan Bina Pragmatik Sdn. Bhd.

Difahamkan, Jovian telah memfailkan rayuan terhadap penghakiman terus itu pada 30 April lalu.

Mengikut penyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, Jovian merupakan kenalan kepada pengarah syarikat Cekap Air, Yong Zhen Wei dan pengarah Bina Pragmatik, Azirul Salihin.

Pada 25 Februari 2022, Cekap Air telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian yang dinamakan sebagai defendan tunggal atas permintaan lisan pereka fesyen itu dan atas dasar pinjaman persahabatan.


Bina Pragmatik pula telah meminjamkan wang RM5 juta kepada Jovian pada 25 Mac 2022 dan turut memindahkan wang tersebut ke akaun pelanggan firma guaman yang sama mewakili pereka fesyen itu.

Kedua-dua plaintif menyatakan bahawa pinjaman persahabatan itu perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Pinjaman tersebut diberikan dan dilakukan secara lisan dan kasual memandangkan kesemua plaintif dan defendan merupakan kenalan dan tiada sebab untuk meragui Jovian kerana mempunyai beberapa perniagaan lain serta menantu kepada Ismail.

Bagaimanapun, kedua-dua plaintif mendakwa sehingga kini, defendan memungkiri perjanjian pinjaman dan gagal membayar semula atau memulangkan kembaliwang berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerugian.

SUMBER: Kosmo/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenekjiwang 12-7-2024 02:08 PM
Terawal lak saya ????
Quote qistiena 12-7-2024 02:16 PM
Bukan kecik anak loannya[em:11:][em:11:]
Quote chandrahusin 12-7-2024 02:34 PM
pinjaman ms jd menantu PM?
bestnya ada kabel vip
mintak pinjam RM5juta
kawan pun bagi
fuhh!!
Quote BellaThePrinces 12-7-2024 02:41 PM
ingat akan berlama2 jadi menantu pm...so kira boleh le settle...mana le tau kan....setahun lebih je pak mertua jadi PM....lepas tu bercerai plk....habis rosak bisnes..

kesian awak............
Quote kucing_gebu 12-7-2024 02:52 PM
Si kawan2 yg bg hutang pulak mungkin besar harapan dpt projek2 mega bila bantu menantu vvip kann...sekali sekejap ja....hilang terang timbul gelap????????????
Quote annabellaruz2 12-7-2024 02:53 PM
tak, dia buat pinjaman utk apa ye?
Face mask dia jual mahal siut.
Baju2 dia jual collab dgn org lain pun agak mahal gak.
Anak kawan meols pernah intern dgn si Jovian ni.
Quote marchikobonzo 12-7-2024 03:24 PM
Hari tu gulung business sb nak bayar hutang ke sb lain?
Quote doubleA 12-7-2024 03:27 PM
Reason dia tutup bisnes dia kenapa? Sebab hutang2 ni ke
Quote Whitney72 12-7-2024 03:29 PM
Nmpk mewah hidupnya..siap naik helikopter dulu kununnya jln x leh lalu banjir ...rupa rupanya mewah sbb hutang ..x byar pulak tu ..patut lar bini mintak cerai

Jgn2 RR byar juta2 pd Naomi Campbell & Lady
Gaga pun hutang...ujung2 melingkup
Quote songket_merah 12-7-2024 03:30 PM
annabellaruz2 replied at 12-7-2024 02:53 PM
tak, dia buat pinjaman utk apa ye?
Face mask dia jual mahal siut.
Baju2 dia jual collab dgn org lain ...

so spill tea pasal dia please...
Quote annabellaruz2 12-7-2024 03:38 PM
songket_merah replied at 12-7-2024 04:30 PM
so spill tea pasal dia please...

iols bertanya tu.
Dia buat pinjaman utk apa ye?
anak kawan iols tu intern utk 3 bln.
Lepas tanam serai ni, tak tahu hala tuju.
Adakah bakalan tutup business nya?


Quote annabellaruz2 12-7-2024 03:39 PM
doubleA replied at 12-7-2024 04:27 PM
Reason dia tutup bisnes dia kenapa? Sebab hutang2 ni ke

oo...dah tutup eik business dia?


Quote bulanbulat 12-7-2024 03:41 PM
So baloi x berskandal?
Quote honeybee1802 12-7-2024 03:49 PM
Tu la...ko buat nakal sgt... dah kena serai... hilang dana persahabatan...
Quote SedihPedih 12-7-2024 03:50 PM
realiti geng2 vip ni kadang buka bisnes minta org laburkan, selalu lebur mcm tu aja. Tp maybe sebab Jobian kena pecat jd menantu, ex pak mertua pun kejap aja in power...ha..apa lg semua pun minta balik hutang la.Nk pow dr project gomen lain dah x dapek.

Makin comot la budak J lepas ni..
Quote prettyuglybabe 12-7-2024 03:53 PM
dapat lombong emas gatal cari lombong taik..
Quote Carcosa 12-7-2024 03:54 PM
Eh haaa? Mana heli yg kau naik dulu time orglain merana time banjir tu? Sah2 ko kata tu bkn harta kerajaan kennnn? Ha padannnn muka engko. Aku langsung tak kesian dgn muka engko
Quote makcun14 12-7-2024 04:03 PM
Nina ninot makan popcorn
Quote anilanil 12-7-2024 04:07 PM
Pengarah syarikat tu lelaki kan. Try la gesel2 ckit, cium2 dlm lif manatau niat loan jadi niat sedekah.

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.272987 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top