Semalam hangat diperkatakan mengenai pasangan pempengaruh terkenal, Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang ditahan reman selepas terpalit dakwaan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara betul. Perkara itu turut mendapat perhatian pelawak Shuib yang memuat naik laporan berita itu di Insta Story meminta orang ramai menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. “Semoga dipermudahkan urusan. Biar pihak berwajib yang jalan kerja. Kita doa yang baik-baik saja,” kataya. Rabu lalu, pasangan tersebut ditahan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah (SPRM) susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.
Pada Khamis, Mahkamah Mesjistret Putrajaya membenarkan permohonan reman terhadap pasangan itu dan akan direman selama empat hari. Sumber : Rotikaya |
ADVERTISEMENT