Pempengaruh media sosial, Alif Teega meminta orang ramai mendoakan dirinya dan isteri, Aisyah Hijanah yang dibawa ke Mahkamah Mejistret Putrajaya pagi tadi untuk proses permohonan reman. Memetik mStar Online, Alif yang terpalit dengan isu seleweng derma orang ramai dilihat tenang ketika berada di luar mahkamah serta memberitahu keadaannya sihat. “Alhamdulillah sihat, doakan yang baik-baik ya,” katanya. Difahamkan, Alif sempat menyapa petugas media ketika keluar sebentar dari dewan mahkamah untuk ke tandas sambil diiringi pegawai SPRM. Rabu lalu, pasangan tersebut ditahan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah (SPRM) susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma. Pasangan itu ditahan bagi membantu siasaran susulan dakwaan kutipan derma tidak disalurkan secara betul. SUMBER: mStar Online/Rotikaya |
goldcarrot replied at 12-7-2024 09:42 AM
Cah.. mona fendy dulu pon suka senyum2 mcm ko cah. Just sayin
likilu replied at 12-7-2024 03:04 PM
Si cah ni ada family history twrlibat dengan violence and mass murder, mohon tingkatkan security a ...
ADVERTISEMENT