Baru-baru ini, pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura dilanda kontroversi kerana sudah lama tak berkongsi momen bersama di media sosial. Haih macam-macamlah netizen ni. Menerusi temu bual Pa&Ma, Fattah Amin dilihat menafikan spekulasi yang timbul dengan menyatakan dia masih mendapat layanan istimewa dari isterinya. Bukan tu jer, dia juga kagum dengan semua pengorbanan Fazura sebagai seorang ibu dan juga isteri. "Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai." "Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya sendukkan nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buat saya rasa dia ‘one in a million‘." "Sudah tujuh tahun dengan dia. Saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka menghargai suami… Bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya."
Tambahnya, dia sangat terharu dengan sikap pemurah isterinya sampai dia sendiri pun terinspirasi dengan perkara itu. "Sebagai suami, saya nampak pengorbanan dia sebagai isteri dalam keluarga. Kalau ikutkan dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja." "Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan." Wah comel je mereka ni, bahagia dengan cara sendiri. Sebagai peminat, kita kene faham mungkin Fattah dan Fazura lebih selesa untuk tak kongsikan momen bersama. Sumber : OhMedia |
cikmouse replied at 11-7-2024 06:40 PM
Calling for cosmos ...
Calling for jenie...
plz proceed to da counter....
gideoncross replied at 11-7-2024 06:47 PM
Hari tu kluar issue ada hal antra laki bini pstu skrg ni gigih kluar news yg tiap2 hri bhgia lol
I.K.A888990 replied at 11-7-2024 06:38 PM
dr isu tak like each other, haters fitnah cerai, ke wallpaper pic bini anak, pastu pasal senduk nasi ...
Masukkeluar replied at 11-7-2024 06:49 PM
Aku dh agk akn ada thread senduk nasi tuang air ni.
Apa pun sbg pemerhati fattzura mmg respect ...
AbdulSmokeyy replied at 11-7-2024 06:56 PM
Tambah lagi sebab dia seorang fazura kan..karier women, nmpak urban aku pun tk expect benda ni dia ...
Geeayden replied at 11-7-2024 06:55 PM
X ada ke yg nak buka thread idolat benak jennie, kaka saja2 tengok ig idolat jennie sediakan makan ...
Masukkeluar replied at 11-7-2024 07:02 PM
Tp utk yg bkn follow diorg or “benak” akn komen yg isu ni knon fattah nk cover isu rmh tangga be ...
Geeayden replied at 11-7-2024 06:50 PM
Benak jennie tengok idolat sediakan capati utk suami...
ADVERTISEMENT