CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu cetak rompak perlu ditangani segera - Altimet

11-7-2024 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23732| Komen: 8



Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet yang lantang bersuara mengenai isu cetak rompak digital menyambut baik usaha kempen kesedaran penggunaan kotak android TV secara haram yang semakin berleluasa dijual di platform e-dagang dan media sosial.

Menurut Altimet, setiap individu yang sudah membeli kotak android TV secara haram juga perlu sedar mengenai dosa yang perlu ditanggung apabila mencuri hasil titik peluh orang lain termasuk meningkatkan kesedaran mengenai menyokong produk tempatan.

"Kita perlu buat orang rasa bangga kalau tonton atau strim muzik secara sah. Ini suatu perbuatan yang boleh dibanggakan.

"Di negara jiran kita, mereka bangga dengan karya lokal. Malah, ada antara golongan T20 di sana bayar lebih untuk artis tempatan sebagai penghargaan.

"Kalau orang kita tidak 'layan' benda-benda haram seperti ini, sebenarnya, tidak perlu undang-undang pun. Apa yang penting, ubah cara kita berfikir.


"Satu cara lagi untuk membangkitkan kesedaran adalah majoriti kita orang Islam. Ada disebut dalam khutbah, cetak rompak ini sama seperti mencuri di mana perbuatan itu berdosa. Kita boleh berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menjelaskan perkara ini," katanya.

Menurut Altimet, isu cetak rompak perlu ditangani dengan segera supaya pihak yang menjual secara haram berdepan tindakan undang-undang di atas perbuatan mencuri dan mengambil hak orang lain.

"Sejak saya membangkitkan isu cetak rompak ini, Alhamdulillah perkara ini mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Cuma apabila bercakap fasal isu ini ia ibarat satu perlumbaan di antara orang cetak rompak dan penggubalan undang-undang.

"Mereka begitu pantas menukar modus jualan mereka dan sentiasa ada cara baharu untuk menjualnya secara haram. Jadi kalau boleh kita perlu cuba tangani isu cetak rompak ini dengan segera.

"Soal berjaya atau tidak, itu bukan tugas kita sebaliknya di tangan Allah. Tapi tidak bermakna kita tidak berusaha untuk membanteras cetak rompak digital yang semakin berleluasa ini," katanya.

Terdahulu Altimet hadir pada mesyuarat membincangkan isu cetak rompak digital yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diwakili Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan di Kompleks Finas, Hulu Klang, baru-baru ini.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 12-7-2024 06:28 PM
eh lama tak dengar pasal YB, hujung2 muncul petik pasal cetak rompak..
Quote Zezo 12-7-2024 06:29 PM
Baru bangun dari tidur ke?
Quote Weller 12-7-2024 06:33 PM
nak pirate citer /mucic local pun tak lalu....apatah beli ori.



boleh gitu?


Quote batmana 12-7-2024 06:43 PM
kotak android TV secara haram


payah nk banned kotak ni
skrg ada file boot iso, burn dlm usb disc, otomatik lptp lembab mcm celeron 10 tahun lepas jadi android box, yg beli kotak android ni set2 pprt je, org pakai android box dlm lptp dh skrg, belum lagi pakai SBC board, cm raspberry pi, orange pi, semua size kredit kad bagai.

klu nk banned android box ni, kene banned skali semua laptop/pc bagai..


Quote Purestteam1 12-7-2024 06:58 PM
lama x dengar crite altimet
Quote ninja boy 12-7-2024 10:22 PM
Lagu/film tempatan tah hapa2 bg free pun x mau tgk taw
Quote dua_chzy 12-7-2024 10:23 PM
Dah lupa dia ni dah Adun.
Quote Samerosie 12-7-2024 11:21 PM
Kalau dia berambut mesti rupa cam willem dafoe ni kan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052761 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top