CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya tidak tahu tahu berapa lama masa yang ada' - Tun M

11-7-2024 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14423| Komen: 60

 



Kuala Lumpur: "Saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan yang bermakna pada hari lahir saya pada usia 99 tahun.

"Saya pun tidak tahu berapa lama lagi masa yang saya ada. Saya dedikasikan selama hidup saya untuk negara.

"Saya ucapkan terima kasih di atas sokongan sebelum ini yang anda berikan dan ucapan sempena hari lahir saya".

Demikian mesej ringkas melalui audio kepada media daripada bekas Perdana Menteri yang juga individu tunggal di negara ini menjawat jawatan itu sebanyak dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini genap berusia 99 tahun.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925, namun tarikh kelahiran rasmi beliau direkodkan pada 20 Disember 1925 bertempat di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau adalah anak bongsu daripada sembilan beradik kepada pasangan suami isteri, Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi.


Dr Mahathir memegang rekod tempoh paling lama berkhidmat sebagai Perdana Menteri dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Ketika dipilih semula buat kali kedua pada Mei 2018 sebagai Perdana Menteri ketujuh, beliau turut memegang rekod sebagai Perdana Menteri paling tua di dunia.

Tarikh lahir isteri Dr Mahathir yang sangat setia di sampingnya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula adalah 12 Julai 1926, jatuh dua hari lagi dengan usia mencecah 98 tahun.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos 1956 mempunyai tujuh cahaya mata.

Semua tujuh anaknya diberi nama yang bermula dari huruf 'M' iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Berkongsi petuanya sebelum ini di media, Dr Mahathir pernah memberitahu bagi memastikan tahap kesihatan diri sentiasa berada pada paras maksimum dengan bersederhana dalam pengambilan makanan serta melakukan senaman.

Pada ulang tahun kelahirannya ke-99, Dr Mahathir masih sibuk memenuhi undangan dan bertemu dengan pelbagai pihak di seluruh dunia.

Sumber ; Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 11-7-2024 08:33 AM
Rasanya ni last year heols boleh buat hapa heols nak.

Bila dia pergi, Tun Hasmah pun akan menyusul. Gitulah.
Quote noor2 11-7-2024 08:35 AM
Bukan Tun je, saya pun merasakan yg sama Tun...x tahu brp lama masa yg ada...maknakata semua org pun x tahu brp lama masa yg ada ...
Quote supernaturalee 11-7-2024 08:35 AM
love tun
Quote 3480 11-7-2024 08:55 AM
Happy birthday Tun M n Tun Hasmah. Semoga mudah urusan. Semoga sihat2 saja
Quote rbmy 11-7-2024 09:24 AM
happy birthday tun dan tun hasmah. semoga sentiasa sehat sejahtera, dipermudahkan kehidupan sehingga usia 100 tahun.
Quote rbmy 11-7-2024 09:24 AM
happy birthday tun dan tun hasmah. semoga sentiasa sehat sejahtera, dipermudahkan kehidupan sehingga usia 100 tahun.
Quote MissYouSayang 11-7-2024 09:29 AM
Edited by MissYouSayang at 11-7-2024 09:34 AM

Bapok tua dgn jibby dah wish ke belom dkt tun 2 ekoq tu la paling byk buat taek dekat tun
Quote rrgal 11-7-2024 10:48 AM
Happy bday tun dan isteri
Quote nw111 11-7-2024 10:53 AM
Happy birthday Tun..
Sayang Tun..
Quote lostnfaun 11-7-2024 11:00 AM
MissYouSayang:  Edited by MissYouSayang at 11 ...


Tp kan ms.sayang, walanon paling anti dekat atok. Tak boleh dgr cerita pasal atok, serba serbi salah & tak betul. Tapi walanon lupa atok jgk yg lantik pm dia smp jd tpm.
Quote Kitty_catz 11-7-2024 11:05 AM
hepi besday atok 99

moga panjang lagi umurrrrrr
Quote kucingitam 11-7-2024 11:37 AM
selamat ulang tahun tun. rehatlah, tak perlu fikir sgt pasal negara dah.. pandai2 lah kami yang muda2 ni nak hadap.. kami2 ni pun tak tau berapa lama hidup.. kita layankan je..
Quote Momohizan 11-7-2024 11:46 AM
MissYouSayang replied at 11-7-2024 09:29 AM
Bapok tua dgn jibby dah wish ke belom dkt tun 2 ekoq tu la paling byk buat taek dekat tun

They all buat taek to each other...ulang2 sampai Abang Jamil mampos.
Quote prettyuglybabe 11-7-2024 11:51 AM
Edited by prettyuglybabe at 11-7-2024 05:26 PM

untuk kami yang membesar di era tun memerintah, memang nampak pembangunan dan kemajuan yang tun bawa pada malaysia..
terima kasih dan selamat hari lahir tun..
pada yang mengutuk tu, sama ada mereka lahir hujung 90an semua infrastruktur dah ada mall dah banyak ataupun lebih tua tapi lupa diri and berlagak macam lahir memang dok bandar..
Quote Momohizan 11-7-2024 11:59 AM
Takpe Tun, you ada sampai 2030 atau lebih. Unlike Zaman Khan and Daim, you tak langar pantang. Tapi Tun, tolong la stop entertaining your anak saudara yang datin gedempol tu. She brings with her greedy peeps and headache to you.
Quote Ai_kiu 11-7-2024 12:06 PM
Happy birthday to you Tun....
Tqvm for your contribution to this country..

Nk kecam benda2 lepas pun tak guna sbb iols pun xtentu lg masih hidup atau tidak dihari esok (mod insof today)
Quote Momohizan 11-7-2024 12:11 PM
Edited by Momohizan at 11-7-2024 12:13 PM
prettyuglybabe replied at 11-7-2024 11:51 AM
untuk kami yang membesar di era tun memerintah, memang nampak pembangunan dan kemajuan yang tun bawa ...


Ye betul. Dulu rumah nenek I jalan tanah merah leterite. Kalau hujan bungkus kasut. Ni bukan kat Kelantan nun, kat N9 je. 1990s I rasa banyak gila perubahan kat kampung I, from jalan leterite gelap gelita time malam to jalan berturap, ada lampu jalan.

Then Tun lobi Nestle bukak kilang kat Taman Perundustrian Chembong. Masa perasmian tu, Tun datang, nenek I excited gila pergi. I tak pergi sebab I tak behave dalam crowded places.

I think policies before 1997 were great... until kantoi gamble duit treasury on Forex.
Quote Decaffeinated 11-7-2024 12:25 PM
Teringin nak tengok gambar dia bangun tidur. Share please! Thx in advance
Quote lo_la 11-7-2024 12:41 PM
Huwaaa Tun!
Happy belated birthday, Great health!

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062644 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top