CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek 'River of Life' siap 81 peratus - Dr Zaliha

11-7-2024 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12040| Komen: 23



Kuala Lumpur: Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) berjaya disiapkan 81 peratus berdasarkan status terkini, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata walaupun belum mencapai tahap 100 peratus, Sungai Klang dan Sungai Gombak iaitu dua sungai utama yang melalui proses transformasi melalui projek berkenaan sudah berjaya mencapai status sebagai ikon waterfront yang dinamik dan berdaya huni dengan nilai ekonomi tinggi.

"Ini sebagaimana yang diidamkan ketika projek ini diilhamkan dahulu. Perkara ini boleh dilihat melalui pelbagai pengiktirafan yang diterima," katanya ketika menggulung perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 hari ini.

Sebelum ini, LKAN mendedahkan projek pemuliharaan sungai dalam kawasan bandar yang paling kompleks dengan kos tertinggi pernah dilaksanakan di Malaysia iaitu RM4.363 bilion itu, dijangka tidak berjaya disiapkan mengikut tempoh ditetapkan tahun ini walaupun RM3.915 bilion telah dibelanjakan.


Menurut laporan itu, hingga Julai tahun lalu lapan projek di bawah RoL masih dalam pelaksanaan dengan kemajuan di tapak antara 21 hingga 97.3 peratus, manakala kontraktor penyiap bagi dua projek yang ditamatkan kontrak sebelum ini belum dilantik sementara 12 projek lagi masih belum dimulakan.

Analisis audit turut mendapati hanya 79.4 peratus kerja-kerja pengindahan sungai telah disiapkan dan hanya 50 (16.9 peratus) daripada 296 loji rawatan kumbahan berjaya dirasionalisasi atau dinaik taraf.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 11-7-2024 09:30 AM
waah brp byk subpakej projek ni?
total pelaksanaan brp tahunnn?
Quote lipans 11-7-2024 10:19 AM


1% je progress?
Quote grouper 11-7-2024 10:36 AM
Lama gila projek ni...berbillion plak tu..klau smpai berbillion patut sungai Klang n sungai gombak tu boleh buat smpai jadi jernih baru berbaloi..buat projek mcm kat Seoul tu smpai jernih sungai yg diorg pulihkan tu siap boleh mandi lagi
Quote BeskotCekelat 11-7-2024 10:44 AM
River of Life ni idea dia bagus.
Tapi tula, dah banyak bertukar tangan.
Menteri Wilayah dah berapa kali bertukar, takde iltizam nak teruskan legasi terdahulu.
Belum kira bab sakau-penyakauan lagi.
Quote lipans 11-7-2024 11:17 AM
At least ada progress 1% sejak 2018-2024. Wonder apa yg progress 1% tu ye. Potong rumput kot.
Quote Decaffeinated 11-7-2024 12:11 PM

baru nak kata.

Baki 20% tu dah selamat masuk poket, merangkak lah nak tengok progress...

Quote Abahmung 11-7-2024 12:48 PM
Edited by Abahmung at 11-7-2024 01:30 PM
grouper replied at 11-7-2024 10:36 AM
Lama gila projek ni...berbillion plak tu..klau smpai berbillion patut sungai Klang n sungai gombak t ...

selagi rakyat buat sungai mcm tong sampah ,belanja lah berapa billion pun tetap tak kan jadi bersih mcm Seoul
Quote aryyan 11-7-2024 04:19 PM
apa menda yg dibuat kt sungai tu?
aku prasan byk grafiti ja.
improvement ke refurbish ke tak prasan plak.
or sbb menda tak significant tu aku x ambik port???1
Quote supernaturalee 11-7-2024 04:38 PM
Abahmung replied at 11-7-2024 12:48 PM
selagi rakyat buat sungai mcm tong sampah ,belanja lah berapa billion pun tetap tak kan jadi bersih ...

ye chuols
pnh je sound aci buang sampah ke sungai
pagi2 lg ye
dh lh guna ank die

nmpk tak cycle life die tu mcmn
moga dak tu x ikut dh mak die buat benda x senonoh ni


Quote Abahmung 11-7-2024 04:48 PM
supernaturalee replied at 11-7-2024 04:38 PM
ye chuols
pnh je sound aci buang sampah ke sungai
pagi2 lg ye

Tu lah..projek roi ni gagal bukan sbb duit kena songlap ke apa..tapi sbb sikap rakyat sendiri yg x tahu jaga kebersihan sungai..sikap warga asing yg pengotor juga memburukkan lagi keadaan..
Quote AceHand 11-7-2024 04:51 PM
[AceHand SPECTaceLAR]

Tambah satu perseng jer dari dulu...? Ko buat hapa jer...?


Jizzz... Klong! Klong!

Quote AceHand 11-7-2024 04:53 PM
lipans replied at 11-7-2024 11:17 AM
At least ada progress 1% sejak 2018-2024. Wonder apa yg progress 1% tu ye. Potong rumput kot.

[AceHand SPECTaceLAR]

Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Quote figurae 12-7-2024 09:00 AM
hehehe 1% je...
Quote PejuangBerani 12-7-2024 04:00 PM
grouper: Lama gila projek ni...berbillion plak tu..klau smpai berbillion patut sungai Klang n sungai gombak tu boleh buat smpai jadi jernih baru berbaloi..buat ...


admire betul dengan sungai kat seol tu..sejenih2nya air dia..

Quote PejuangBerani 12-7-2024 04:00 PM
grouper: Lama gila projek ni...berbillion plak tu..klau smpai berbillion patut sungai Klang n sungai gombak tu boleh buat smpai jadi jernih baru berbaloi..buat ...


admire betul dengan sungai kat seol tu..sejenih2nya air dia..

Quote PejuangBerani 12-7-2024 04:00 PM
grouper: Lama gila projek ni...berbillion plak tu..klau smpai berbillion patut sungai Klang n sungai gombak tu boleh buat smpai jadi jernih baru berbaloi..buat ...


admire betul dengan sungai kat seol tu..sejenih2nya air dia..

Quote Samerosie 12-7-2024 05:55 PM
Homeless people sampai beranak pinak siap buat bungalow bawah jambatan kat sungai ni dah tak de ke?
Quote Samerosie 12-7-2024 05:55 PM
Homeless people sampai beranak pinak siap buat bungalow bawah jambatan kat sungai ni dah tak de ke?
Quote gigahertz 13-7-2024 07:03 PM
PejuangBerani replied at 12-7-2024 08:00 AM
admire betul dengan sungai kat seol tu..sejenih2nya air dia..

ada netizen kata :
orang seoul ni kitab injil di campaknya
gereja pun buat bakar dah biasa..
tapi kalau melibatkan bende awam mmg champion.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.138983 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top