Bukit Mertajam: Dua mayat wanita ditemukan dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 5.30 petang itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan meminta bantuan membuka pintu kereta terkunci. "Sebaik tiba pasukan penyelamat yang lengkap dengan pemakaian PPE (pakaian perlindungan diri) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas. "Terdapat dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan yang kemudian pihak kita menyerahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
Difahamkan, dua wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari susulan mayat mereka sudah kembung dan berbau busuk. Seorang daripada mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan namun identiti kedua-duanya belum dapat disahkan buat masa ini. Mayat kedua-dua wanita terbabit dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat. Sumber : Harian Metro |
Barebow77 replied at 11-7-2024 08:46 AM
Sama2 umur 20an..adakat lesbo ???..cinta terhalangkah ???..begitu hati hitam ku buat tohmahan..:shut ...
afie_m replied at 11-7-2024 09:01 AM
tengok gambar mcm kawasan perumahan, 5 hari dalam keadaan sama, tiada yg perasan ke..
hokeypokey replied at 11-7-2024 12:40 PM
keracunan karbon dioksida ke???
otai_g replied at 11-7-2024 12:44 PM
Who knows? Tp mungkin jgk diserang oleh makhkuk asing yg mendarat ke bumi.
Who knows kan?
hokeypokey replied at 11-7-2024 12:48 PM
kemungkinan diserang alien sgt muhasabah di zaman serba digital ni.. hati2 semua..
hokeypokey replied at 11-7-2024 12:48 PM
kemungkinan diserang alien sgt muhasabah di zaman serba digital ni.. hati2 semua..
ADVERTISEMENT