Ibu kepada pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza memuat naik ucapan istimewa buat cucunya sempena sambutan hari ulang tahun kelahiran kanak-kanak itu. Menerusi perkongsian itu, Hafiza turut mengakui sangat rindukan kedua-dua cucunya serta mendoakan kedua cucunya, Ayden dan Ara menjadi anak yang soleh dan solehah.
“Sanah Helwa buat cucu2 Umi Wan dan Tok Ayah Ayden dan Ara yang sangat kami rindui. Masyaallah Alhamdulillah Ayden you turn 7 years old today. “Umi Wan Tok Ayah Daddy, Aunty Aisyah dan Aunty Ain du’akan Ayden panjang umur menjadi anak yang soleh dan khalifah yang berjaya di dunia dan akhirat aamiin allahumma aamiin,” tulisnya. Dalam pada itu, Hafiza berkata dia tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ayden dan Ara sehingga ke hari ini. “Walau pun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ayden & Ara sehingga hari ini we will not stop trying to be in ur lives in shaa allah. “Enjoy your day sayang.. we have left your presents & we hope that both of you received it. Till we meet again in shaa allah we love you both till infinity aamiin allahumma aamiin,” tulisnya. Sumber : Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|