JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Kudus, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian pengguna media sosial kerana melangsungkan pernikahan pada pukul 4 pagi (waktu tempatan), lapor portal berita Wolipop semalam. Berdasarkan hantaran di platform TikTok yang dimuat naik oleh jurusolek dikenali sebagai Yulia, ini kali pertama dia berkhidmat kepada pelanggan yang bernikah ketika orang ramai sedang nyenyak tidur. Menurut Yulia, semua pihak yang bertugas bersiap sedia dengan tanggungjawab masing-masing menjelang detik akad nikah pada 14 Jun lalu dan memberikan sepenuh komitmen mereka. “Suasana majlis akad nikah pukul 4 pagi (waktu tempatan). MUA (jurusolek) datang pukul 1 pagi (waktu tempatan), jurugambar dan juruvideo datang pukul 3 pagi (waktu tempatan). Wakil penghulu datang tepat pukul 4 pagi (waktu tempatan),” tulis keterangan pada hantaran tersebut.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca pasangan pengantin mengadakan majlis pernikahan pada waktu seperti itu. Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen. “Siapalah yang menetapkan waktu pernikahan itu,” kata seorang netizen. “Saya bernikah pukul 9 pagi (waktu tempatan) pun mekap dari pukul 3 pagi (waktu tempatan). Apatah lagi pukul 4 pagi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI Sumber : Kosmo |
afie_m replied at 10-7-2024 04:17 PM
ada member yg kawin dgn orang seberang, kadang ada yang nak nikah ni pergi tengok masa yang sesuai, ...
encikWawad replied at 10-7-2024 08:18 PM
Yer setuju. Kejawen ikut kitab primbon gamaknya
KamikuP replied at 10-7-2024 09:36 AM
Lepas solat subuh, baru berjimak
afie_m replied at 10-7-2024 04:17 PM
ada member yg kawin dgn orang seberang, kadang ada yang nak nikah ni pergi tengok masa yang sesuai, ...
nw111 replied at 11-7-2024 11:03 AM
Tgk indon kawin pukul 4 am ni terpikir pulak...kalau buat majlis kawin pagi, lagi elok rasanya.. sta ...
Decaffeinated replied at 11-7-2024 12:53 PM
Normal sekarang orang buat majlis start pukul 11, habis pukul 4.
Aku pernah pergi kenduri dorang ...
Lolalala replied at 11-7-2024 01:54 PM
Buat malam best cuma bila dah malam tu, jangan laaaa berkaraoke sampai lewat malam pakej balar mer ...
ADVERTISEMENT