Walaupun dilanda kontroversi hangat, pelakon Ruhainies dilihat tenang malah tersenyum ketika berdepan dengan wartawan di mahkamah. Sikap tenang Ruhainies itu membuatkan ada netizen tertanya-tanya bagaimana dia mengawal emosi dan kecaman yang dilemparkan. Di Instagram, Ruhainies memuat naik nota ringkas mengambil petikan bermaksud tidak perlu membalas perbuatan orang lain kerana mereka akan terduduk dengan sendirinya. Ruhainies juga mengambil pendekatan untuk berdiam diri biarpun menerima sindiran daripada pelbagai pihak. Pelakon ini juga enggan mengeluh dengan ujian yang diberikan Allah SWT. Bagi Ruhainies, selama 31 tahun hidup Allah SWT telah menganugerahkan rezeki yang banyak, disayangi ramai orang dan sihat. Jadi, dia redha dan bersyukur Allah SWT memberi sedikit ujian kerana pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Kredit: Instagram Ruhainies7/OhMedia |
noor2 replied at 9-7-2024 03:52 PM
Kuat betul dia menganjing....bella x de pun mcm ni
SalenaGomez replied at 9-7-2024 04:02 PM
Tah tah tgh goyang. Slalu org goyang je mcm ni
pocongkiutss replied at 9-7-2024 04:27 PM
Golongan retis.. korang bygkan eh..ni yg kantoi busuk..terang2 kantoi pun..dia punya muka tebal play ...
kakakpositifker replied at 9-7-2024 04:30 PM
sarah nyonya siapa nok?
ADVERTISEMENT