Isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini. Menurutnya, dia memfailkannya pada sekitar bulan lalu dan tidak menafikan berita terbabit. "Betul, saya sudah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat, tetapi lebih kurang sebulan lalu," katanya. Namun begitu, Dr Jezamine belum bersedia berkongsi mengenai butiran mengenai masalah melanda rumah tangga mereka. Tiba masa, dia akan kongsi juga. "Saya tiada komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan," katanya. Mengikut sumber kes perceraian Dr Jezamine dan Harith bakal disebut di mahkamah, bulan ini. Sementara itu, Harith, 58, ketika dihubungi Harian Metro untuk mendapatkan pengesahan bagaimanapun memilih tidak mengulas lanjut.
"Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini," katanya. Untuk rekod Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9. Sumber : Harian Metro |
jlo replied at 9-7-2024 12:24 PM
nampak happy je..siapa sangka ya..
moga yg baik2 untuk dorang
Manusiabesa replied at 9-7-2024 12:27 PM
Halahh marriage ni klu dh berusia belasan tahun, mmg fragile jugak lagi. Xkisah la dh brpa years pon ...
prettyuglybabe replied at 9-7-2024 01:06 PM
dua-dua urban pun cerai juga ye..
nhao replied at 9-7-2024 01:07 PM
tu la kalo ikutkan masing2 faham la sbb urban kan. tapi tu la
nia_salina replied at 9-7-2024 05:41 AM
sbb dh tk sekufu ke. apa job harith ni skang ek. i never find him funny
ADVERTISEMENT