CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Main Bola Keranjang Di Kolej

4-7-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12854| Komen: 16


Kuala Lumpur: Lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola keranjang di sebuah kolej swasta di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, mangsa dikejarkan ke hospital di Cheras pada 10.12 malam.

"Jabatan kecemasan hospital berkenaan menerima mangsa berusia 41 tahun berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan dia kemudian disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menyalurkannya kepada Ketua Polis Balai Cheras, Inspektor Toh Chee Haur di talian 0392050301 sambungan 302.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 4-7-2024 08:26 AM
seram skrg ramai yg muda2 kan. salam takziah.
Quote CoffeeOverdose 4-7-2024 08:28 AM
Bila tak sihat atau rasa tk normal pada badan, cpt2 la check up. fit dan aktif bersukan tk semestinya tkda heart attack. tgk ajer pemain china 17thn yg meninggal masa tournaments.
Quote myhairisbad 4-7-2024 09:09 AM
Oo malam2 ke si mati ni bersukan? Hrp bukan sbb overdo la.. kot2 dah biasa bersukan malam sblm ni
Quote Enola 4-7-2024 11:26 AM
Banyak kematian mengejut kan sekarang ni
Quote grouper 4-7-2024 11:33 AM
Xde statistik ke kita boleh tengok data2 ni.. meninggal sebab bersukan ni. Accident jalan raya ada je lengkap datanya
Quote Supersirap 4-7-2024 11:36 AM
Salam takziah kepada keluarga
Quote pokokmeranti 4-7-2024 12:24 PM
itu takdirnya
Quote AbukRokok 4-7-2024 12:26 PM
Enola replied at 4-7-2024 11:26 AM
Banyak kematian mengejut kan sekarang ni

sebab x sarapan isap okok dan pencemaran budaya kurang rehat byk makan viral serta produk yahudi spt mcd
tgk org dulu2.. umur 30-40 masih cargas berlatih siang malam
Quote prettyuglybabe 4-7-2024 12:27 PM
ni mesti sebab vaksin.. ehh..
Quote pengecatbintang 4-7-2024 12:55 PM
Mintak antuvaks komen
Quote lightheaded67 4-7-2024 01:05 PM
Edited by lightheaded67 at 4-7-2024 01:07 PM

“Extreme, long-term endurance exercise puts equally extreme demands on the cardiovascular system,” says Dr. Singh.

A study done on marathon runners found that even after finishing extreme running events, athletes’ blood samples contain biomarkers associated with heart damage.

These damage indicators usually go away by themselves, but when the heart endures extreme physical stress over and over, the temporary damage may lead to remodeling of the heart or physical changes such as thicker heart walls and scarring of the heart.

https://health.clevelandclinic.org/can-too-much-extreme-exercise-damage-your-heart

Quote imransulaiman 4-7-2024 08:45 PM
Kalau tak fit untuk bersukan, baik tak payah join sebarang apa sukan pun. Janganlah paksa diri bersukan atau ikut trend "gaya hidup sihat". Hakikatnya semput, nafas tak panjang, penyakit tak sedar dihidapi.

Kenali kemampuan diri. Kalau naik tangga ofis pun mengah, cepat letih, bersenamlah ikut tahap kesihatan sendiri.
Quote Radzor 4-7-2024 09:01 PM
imransulaiman replied at 4-7-2024 08:45 PM
Kalau tak fit untuk bersukan, baik tak payah join sebarang apa sukan pun. Janganlah paksa diri bersu ...

Kawan iols fit and aktif sukan. Medical check up setiap taon. Tp meninggal masa main badminton. Yang sorng lagi kena masa tgh futsal, nasib baik sempat g hospital.. pastu one g ijn.
Quote imransulaiman 5-7-2024 11:19 AM
Radzor replied at 4-7-2024 09:01 PM
Kawan iols fit and aktif sukan. Medical check up setiap taon. Tp meninggal masa main badminton. Ya ...

Tu lah.. Semuanya tergantung kepada takdir dan asbab
Quote Ytee 5-7-2024 05:24 PM
ramai dah meninggal mengejut ye..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051471 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top