CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemenangan PRK Sungai Bakap beri imej baik kerjasama PH-BN - Zahid Hamidi

4-7-2024 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12013| Komen: 6


Nibong Tebal: Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini amat penting kepada Kerajaan Perpaduan kerana akan memberi imej yang baik terhadap kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya komited untuk mengekalkan kerjasama yang baik kerana PH sebelum ini telah membantu mereka dalam beberapa PRK dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Kemenangan di Sungai Bakap ini sungguh penting untuk Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang dan juga imej untuk Kerajaan Perpaduan (di peringkat nasional).

"(Jadi) saya memohon kepada pengundi-pengundi supaya berikanlah sokongan kepada calon kami dan insya-Allah jika beliau terpilih, tentunya rakyat Sungai Bakap akan lebih berkeuntungan kerana beliau akan bersama-sama kerajaan negeri dan kerajaan negeri juga di bawah Kerajaan Perpaduan," katanya pada Malam Kasih Bersama Pemimpin di Dewan Khairat Sungai Kechil, di sini malam tadi.


Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution.


Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata sekiranya kemenangan berpihak kepada PH, beliau berjanji akan membantu calon Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin untuk membawa pelbagai keperluan termasuk kemudahan asas kepada penduduk di Sungai Bakap.

"Sangat rugi kalau pengundi memilih calon lain kerana calon itu tidak sama dengan kerajaan negeri dan Persekutuan, sebab itulah kesungguhan kami (BN) bekerja jelas.

"Kami yakin bila berlaku PRK di DUN Nenggiri nanti, mereka (PH) juga boleh membantu kami sebagai tanda jalinan kasih kami untuk mengerakkan jentera daripada parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi memenangkan calon kami (BN) pula," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata kemenangan PH pada PRK berkenaan juga akan menjadi 'hadiah' kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lahir di Sungai Bakap.

Sementara itu, beliau berharap Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dapat diwujudkan segera di kawasan Seberang Perai Selatan selain terdapat keperluan untuk meneruskan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terbelangkai di Sungai Bakap.

"Saya sudah berbisik perkara ini kepada Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dan insya-Allah, permintaan masyarakat India akan dapat ditunaikan jika Cikgu Joo (Joohari) menang," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 4-7-2024 08:44 AM
belum lagi bertanding da boleh istihar menang sbnarnya hehehehe
Quote Bungatulip1171 4-7-2024 10:53 AM
Hanya org pulau pinang sg bakap boleh beri jawapan ini..harap dpt buat pilihan yg tepat
Quote otai_g 4-7-2024 10:55 AM
Penting pd kerajaan perpaduan blm tentu penting pd rakyat. Yg penting rakyat bkn kerajaan.
Quote ctaz 4-7-2024 03:51 PM
semoga org sungai bakap tak kena kencing.....
Quote KamikuP 4-7-2024 04:06 PM
dIAM LAH WAK JAHID MENYAMPAH MEOLSS TENGOK MUKA DIA KAT bULETIN uTAMA HARI2.. MUJUR BINI MEOLLS tak menagndung kalau tak dah kenan muka wak tua ni
Quote pu3_rania 4-7-2024 08:19 PM
KamikuP replied at 4-7-2024 04:06 PM
dIAM LAH WAK JAHID MENYAMPAH MEOLSS TENGOK MUKA DIA KAT bULETIN uTAMA HARI2.. MUJUR BINI MEOLLS tak  ...


Wak Jahit ni suka hidup mimpi dalam mimpi

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.034777 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top