CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk gempar jumpa deretan seluar dalam wanita di ladang

3-7-2024 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15629| Komen: 28


BANGKOK – Seorang lelaki Thai memberi amaran kepada penduduk tempatan khususnya wanita supaya berwaspada susulan penemuan sejumlah besar pakaian dalam wanita di sebuah ladang pokok kayu putih di wilayah Nakhon Ratchasima.

Lelaki berusia 49 tahun bernama Banlaeng Sukkratoke berkongsi klip video menunjukkan dua ampaian kayu dipenuhi bra dan seluar dalam wanita di tengah ladang berkenaan.

Dia menyiarkan rakaman video itu dalam akaun Facebook dan TikTok miliknya pada Ahad lepas.

“Amaran kepada wanita di luar sana, berhati-hati apabila menjemur pakaian dalam,” katanya.

Banlaeng berkata, salah seorang pekerjanya menemui semua pakaian itu dan melaporkan kepadanya.

Dalam satu wawancara bersama Saluran 8, Banlaeng bertegas bahawa semua pakaian dalam itu tidak diusik dan ditemui dalam keadaan sedemikian.

Banlaeng juga membawa sekumpulan wartawan ke lokasi di mana dia dan pekerjanya menemui pakaian itu.


Saluran 8 mewawancara penduduk sekitar mengenai pencuri seluar dalam itu tetapi tiada seorang pun mengaku ada kehilangan pakaian dalam baru-baru ini.

Balai Polis Khonburi kemudian menyiasat kes tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pencuri itu supaya tampil membantu siasatan. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 3-7-2024 10:25 PM
Bahan sembahan seseorang la ni. Elok je disusun.
Quote Mary_jane 3-7-2024 10:48 PM
Yang helmet biru punya kerja ke? Elok kat malaysia dah sampai siam nun dia sidai pakaian dalam orang.
Quote sharlenetexas 3-7-2024 10:51 PM
Pencuri seluar dalam?

Quote sharlenetexas 3-7-2024 10:51 PM
Acik yg jemur seluar dalam berderet kat pagar tak gerun ke baca berita ni?

Quote ninja boy 3-7-2024 11:47 PM
Spender bau wanita x basuh boleh buat duit jual taw
Quote nutcrack8 4-7-2024 12:48 AM
Ritual selua dalam
Quote hokeypokey 4-7-2024 12:55 AM
santau guna seluar dalam
Quote Samerosie 4-7-2024 09:16 AM
Entah hobbits yg duduk dalam ladang getah tu seminggu sekali basuh spenda bra tu mesti menyumpah, tak senang aku nak keringkan baju semua nak viralkan.
Quote ifanonline 4-7-2024 09:31 AM
pompuan nak sidai bra dan panties pun susah...padan muka org pompuan dok bogel2 dlm tiktok lagi
Quote myhairisbad 4-7-2024 09:43 AM
Dah jumpa ni.. pastu nak kena buat apa? Bakar ke?
Quote any42 4-7-2024 09:49 AM
Pervert mane la tu
Quote supernaturalee 4-7-2024 10:01 AM
sape pny tu baik pi angkat cepat
Quote Dysania@72 4-7-2024 10:01 AM
baca komen jer dah gembira, hahahhaha
Quote takutlipas 4-7-2024 11:10 AM
Sidai lupa nak angkat
Quote Supersirap 4-7-2024 11:38 AM
Situasi ini perlu disiasat dengan berhemah
Quote krustykrab 4-7-2024 11:43 AM
Priskis punya tu..tak sempat nk angkat dah kena lari dari imigresen siam
Quote lightheaded67 4-7-2024 12:34 PM
gitu menurun kah. tiber tringt yg citer acik sandra bullock tu. scene dia chant dgn nenek bakal suami tipu tipu tu apelah tajuk muvi lupe dah
Quote AbukRokok 4-7-2024 01:56 PM
perkampungan puak amazon
Quote Jitu 4-7-2024 02:54 PM
nampak kepam je
kot yg org buang dia pergi kutip pervert tu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039499 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top