CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz, Ruhainies Hadir Bersama Ke Mahkamah. "Seronok Je Muka, Tak Malu Ek" - Netizen

3-7-2024 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23111| Komen: 181



Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, jam 9 pagi bagi pertuduhan kes khalwat.

Aliff dan Ruhanies hadir bersama mengharapkan kelancaran prosiding yang dijangka bermula jam 9.30 pagi.

Aliff mengenakan pakaian serba hitam sedondon dengan Ruhainies turut berharap prosiding itu berjalan lancar.


"Masih pagi untuk semua orang. Kita hargai rakan-rakan media yang hadir. Minta doa baik-baik untuk hari ini, insya-Allah," kata Aliff sebelum berlalu ke dewan bicara.

Sementara itu, Ruhainies berterima kasih atas sokongan diberikan.

"Terima kasih sudi datang meluangkan masa hari ini. Doakan yang terbaik untuk kami," katanya.

Aliff dan Ruhainies diwakili oleh peguam, Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Hadi berkata, hari ini akan direkodkan pengakuan daripada Aliff dan Ruhainis.

"Untuk hari ini sebutan di hadapan Mahkamah Tinggi untuk mahkamah baca pertuduhan khalwat yang sudah dibaca sebelum ini dan rekod pengakuan bersalah atau tidak," katanya.


Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat mereka yang dilapor berlaku di sebuah kondominium mewah, di sini, pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.

Dapat dilihat, Ruhainies dan Aliff kelihatan tenang serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Disebabkan itu, ramai netizen berpendapat aktor dan aktres terbabit sama sekali tidak rasa bersalah atas perbuatan mereka dan mendakwa tiada rasa malu biarpun perbicaraan itu berkaitan dengan kes khalwat.


Sekadar info, Ruhainies dan Aliff Aziz tidak mengaku bersalah dan berkata semua yang berlaku hanyalah salah faham.


Sumber : Berita Harian/Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irvene 3-7-2024 10:49 AM
mesti jalang datang pickup bojan naik merc
Quote hokeypokey 3-7-2024 10:51 AM
muka bangga datang bersama
Quote Leonclay 3-7-2024 10:52 AM
Iols dtg sini nak baca hencapan yg lain..awal pulak..nnt dtg balik
Quote cik_ingeniare 3-7-2024 10:54 AM
kihkihkih nampak bangga ya berjalan seiringan.. moga berjodohan la hendaknya
Quote acikbajuhijau 3-7-2024 10:57 AM
sesuai.. sorg tu manipulator dan sorg tu narcissist.
Quote Kebabomb 3-7-2024 10:57 AM
"Terima kasih sudi datang meluangkan masa hari ini.

This is their job. Cari berita… Kalau Bukan Sebab kerja, Ko rasa dorang nak bertangga kat situ Tunggu ko?
Quote bbalik 3-7-2024 10:58 AM
depa dapat konpiden dari B@B2
klua2 sengeh cm baru lepas nikoh
walhal bunuh anak sdn
Quote jejaka_hensem 3-7-2024 11:02 AM
Retis berkelubung 7 lapis,pro palestin,wife berstatus ustad diragui pun tak malu buat iklan lucah,apalah sgt dgn kes dorang ni nyah
Quote msdummy.2018 3-7-2024 11:02 AM
Meh aku nk kasi cnth..at the end penyondol mcm nilah hidup aman2..cnth dh bnyk..korang udah2lah...aku rasa hati korang yg tenteram...yg menyondol elok  jer senyum meneruskan kehidupan
Quote Nur_happy 3-7-2024 11:05 AM
Meluattttttnya semak insta dgn diorg hari ni
Quote becir 3-7-2024 11:06 AM
mak alif takde ke..sokong bakal menantu sama..moga berjodohan la cepat
Quote Lulu_717 3-7-2024 11:08 AM
Kemain bangga muka dua2 sbb wartawan blumba2 serbu kt court. Muka bangga mcm baru lepas nikah tu.
Quote jihyomelly 3-7-2024 11:13 AM
amboi amboi amboi..amboi amboi amboi….bukan main memasing happy seiring dah sejalan..
Quote mawarkhayalan99 3-7-2024 11:16 AM
wowzer memang bangga bethol ye takpe lah moga berjodohan uolsss
Quote eslimau 3-7-2024 11:18 AM
harap berjodohan la ye. moga kemut dapat la control si alep ni, nak sangat kan kat laki orang
Quote kembangbunga 3-7-2024 11:18 AM
theyols ni lupa ke kena dtg mahkamah sbb kes apa? mmg dah tak ada kemaluan eh masing-masing. Bukan main lagi siap ada bodyguard.
Quote Moyangkucing 3-7-2024 11:21 AM
Dulu2 Normiang dan Sememeh pun sedondon datang bersama hadir kes khalwat. Now live happily ever after gitu.
Quote edoraixora 3-7-2024 11:24 AM
Ya ampun...tersengih2 bangga betul ye
Yang si alif nk jalan togeder2 dgn nunis asik pandang belakang carik nunis
Tak malu betul memasing....aib ni weh

Sebijik norman memey kt mahkamah, menyengih3
Quote awex^returns 3-7-2024 11:35 AM
memang spesies muak tembok dedua
mesti terlepas dakwaan kan
maklumlah betina kabel besar

si jantan pon hari² post agama kat IG
acah² tak terkesan dan bertaubat

sila gi meninggal , dedua jangan nak keluar kat tv lagi

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053223 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top