CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malton beli empat lot tanah Genting bernilai RM65 juta

2-7-2024 11:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23435| Komen: 11

Description: KUALA LUMPUR: Anak syarikat Malton Bhd, Pembinaan Gapadu Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Sering Manis Sdn Bhd (SMSB), anak syarikat 51 peratus milik Global Oriental Bh ...

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Malton Bhd, Pembinaan Gapadu Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Sering Manis Sdn Bhd (SMSB), anak syarikat 51 peratus milik Global Oriental Bhd untuk membeli empat lot tanah pegangan kekal Genting pada harga RM65 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Malton berkata cadangan pembangunan untuk tanah Genting itu dijangka merangkumi pangsapuri berperkhidmatan dan vila mewah.

Syarikat itu berkata, tanah seluas 12.2 hektar itu terletak di timur Jalan Meranti, yang menghubungkan jalan utama menuju ke Resorts World Genting, selatan Genting View Resort di Genting Highlands, Pahang.

"Berdasarkan kelulusan perancangan yang diperoleh daripada SMSB dan penilaian dalaman kami, tanah Genting dijangka menjana nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.29 bilion daripada cadangan pembangunan itu.

"Memandangkan cadangan pembangunan masih dalam peringkat awal, jumlah kos pembangunan, jangkaan keuntungan dan tarikh permulaan masih belum ditentukan," katanya.


Dalam satu kenyataan berasingan, Global Oriental berkata, kumpulan itu dijangka memperoleh keuntungan bersih RM7.5 juta daripada penjualan tanah berkenaan.

"Hasil penjualan itu akan mengurangkan pinjaman dan menjamin modal kerja untuk projek dan peluang masa depan," katanya.

Penjualan itu dijangka diselesaikan dalam tempoh empat bulan dari tarikh tanpa syarat atau 10 bulan dari tarikh cadangan penjualan.

-BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 3-7-2024 08:08 AM
Tarah lagi bukit tunggu le bala mendatang.. huhhuuh
Quote prince_marhaen 3-7-2024 08:43 AM
Nama company semua nak melayu-melayu sikit...walhal tokey cina bukit..
Macam company yang beli tanah arwah Tok Pah Aini kat KL tu... Al-Anbia.. sekali keluar paper nama wakil pemaju CT Tang ... heheheeheh
Quote suri33 3-7-2024 12:59 PM
prince_marhaen: Nama company semua nak melayu- ...


Company2 yg dipayungi. Gituu.
Quote Mulotkoyak 3-7-2024 01:39 PM
So lepas ni xsejuk la genting highland ni?

Pastu makan kat situ kena sama la dgn yg bawah. Apsal boleh mahal makan kat atas tu. Bukan Langkawi seberang laut. Dekat je dgn KL.
Quote Decaffeinated 3-7-2024 02:42 PM
Mahalnya tanah hutan tempat jin bertendang.

Quote lucky_peace 3-7-2024 02:49 PM
Pegangan kekal ye. Wow.
Quote shark_eow7 4-7-2024 09:35 AM
malton tu developer kan..rasanya pernah interview beberapa org dr malton utk minta keje dengan company sis...
Quote SedihPedih 4-7-2024 09:44 AM
aih..diorang nk ramai2 naik atas tu kenapa dh?


Cukup dh kot... kang mcm sardin apa pun tak best dah..
Quote Enola 4-7-2024 10:27 AM
Makin panas la Genting. Crowded sangat pun sekarang ni rasanya. Tambah ni pulak. Fuhh
Quote tripleid 4-7-2024 10:43 AM
makin botak dah Genting dek developer2 kapitalis babi nih
Quote tompie 4-7-2024 10:44 AM
Genting View Resort tu dulu tak silap under Sime Darby.. tapi takleh nak develop pun..
market mcm tak de..
Tengok ahh mcm amber view ke apa tu kat sana.. last2 jadik port orang buat konten aje ahahah...
Aku rasa diorang nak tarik market geng2 yang suka melazimi kasino kot.. so boleh ah ada istana hinggap kat situ.. takyah nak ulang alik KL..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046535 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top