CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek Stadium Shah Alam Bermula, Kerja Meroboh Bermula

2-7-2024 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23714| Komen: 5

Description: SHAH ALAM – Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam telah bermula semalam selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


SHAH ALAM – Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam telah bermula semalam selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia menandakan bermulanya kerja-kerja membangunkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang bakal memiliki pelbagai kemudahan termasuk sebuah hotel.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Saipolyazan M. Yusop berkata, beliau sempat singgah ke Stadium Shah Alam bagi melihat kerja perobohan.

“Saya mengarahkan pasukan projek dan kontraktor memastikan parameter pemantauan seperti bunyi, habuk, air, trafik dan lain-lain sentiasa dipantau.

“Ini bagi memastikan seminimun gangguan kepada penduduk sekitar,” katanya dalam perkongsian menerusi facebook rasminya, hari ini.

Kosmo! pada 6 Jun lalu melaporkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd. Yatim memaklumkan perobohan stadium tersebut belum dapat susulan belum menerima pelan pembangunan daripada pemaju.


Ia merupakan syarat penyediaan pelan tersebut perlu dipatuhi meskipun pelan Kebenaran Merancang telah diluluskan hujung tahun lalu.

Saipolyazan turut menjelaskan, MBI sentiasa memantau proses tersebut dan laporan dihantar setiap bulan bagi memastikan pelaksanaannya mengikut jadual ditetapkan 

Sumber -KOSMO!ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 3-7-2024 09:12 AM
projek siapa yang dapat nih???
hihihi...
Quote afie_m 3-7-2024 10:14 AM
baru tahu kena roboh
Quote Decaffeinated 3-7-2024 10:36 AM
Tak ada ka orang nak demo selamatkan stadium shah alam?
Quote Bungatulip1171 3-7-2024 03:35 PM
Suatu masa dulu berdiri teguh dan disanjungi rakyat..antara stadium yg paling cantik  
Quote lightheaded67 3-7-2024 03:58 PM
pasar tani ahad tu onz lagi kah kt situ

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040773 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top