CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Rambut Panjang Tak Masuk Neraka, Tahu Tak?’ - Bapa Mengamuk Ustaz Potong Rambut Anak Tanpa Keizinan

2-7-2024 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27574| Komen: 130

Description: PETALING JAYA – Seorang bapa mengamuk di hadapan sekolah agama gara-gara rambut anaknya digunting ustaz tanpa keizinan.


PETALING JAYA – Seorang bapa mengamuk di hadapan sekolah agama gara-gara rambut anaknya digunting ustaz tanpa keizinan.

Guru itu berbuat demikian kerana pelajar terbabit melanggar peraturan dengan menyimpan rambut panjang.

“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak? Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau,” tengking bapa pelajar itu sebagai tanda protes dengan tindakan guru terbabit.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular sejak semalam, lelaki tersebut datang ke sekolah dan memarahi guru di hadapan anaknya dan beberapa individu lain.

“Yang kau (guru) usik ini bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?,”soalnya.

Video tersebut turut mendapat perhatian ramai pihak.


Rata-ratanya mengecam tindakan lelaki itu kerana tidak peka dengan peraturan sekolah yang melarang pelajar berambut panjang dan cara pemotongan juga mengikut arahan Kementerian Pendidikan.

“Bapa budak itu tak tahu peraturan sekolah? Anak dia baru pertama kali sekolahkah? Berzaman sekolah larang rambut pelajar panjang. Datang serang macam ini seperti buka aib sendiri,” tegur Ruhaizat.

“Mak bapa macam ini yang membuatkan anak jadi teruk, jadi pembuli, kurang ajar dengan guru. Sebab mak bapa ajar anak, dan anak tengok apa yang mak bapa buat dan dia belajar dari pengalaman. Memang kurang ajar cara bapanya,” kata Norshahida. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 2-7-2024 11:45 PM
dia sendiri pon pakai seluar pendek..podahh
Quote dua_chzy 2-7-2024 11:49 PM
Ah gitu orang gila punya argument.
Quote dua_chzy 2-7-2024 11:49 PM
Contoh bapak bakal menghasilkan anak 'monster'.
Quote Kurex 3-7-2024 12:08 AM
perangai celaka mcm ni la perosak pemikiran anak muda
Quote B40tastePosh 3-7-2024 12:12 AM
Rasulullah rambut panjang juga
Quote ctaz 3-7-2024 12:41 AM
rasanya bapak nya ni dulu tak gi sekolah....sebab tu tak tahu peraturan sekolah....
Quote CoffeeOverdose 3-7-2024 01:09 AM
semoga anaknya selamay tercirit dan terlembam di sekolah. bila bapa dh begini, cikgu2 akan jd malas nak tegur atau didik anak dia. semoga bapa dab anak jd sampah masyarakat selamanya  
Quote Momohizan 3-7-2024 01:09 AM
Panjang mana rambut anaknya ni? Gigih la menjerit2. Cakap berbaik pun orang paham
Quote matbad 3-7-2024 04:29 AM
Momohizan: Panjang mana rambut anaknya ni ...

Nak tunjuk kuasa veto ibubapak..nak bagitau kat skolah dia la bapak terpalinggg jgn brani usik ank dia..ehhh ajar sendirik la kan
Quote Dovahkiin 3-7-2024 05:19 AM
Betul mmg salah berambut panjang atau x ikut spec kementerian. Tp kalau ikut SOP, cikgu kena bagi surat amaran dulu. Kalau masih berdegil baru caras rambut tu. Itu pun potong dgn elok, bukan bertakuk2.

Anak bujang aku dlu, pegi barber, potong ikut pesen tah hape2. Aku suruh pegi adjust balik, dia kata bagi can la. 2-3 hari lps tu dpt surat amaran. Aku call cikgu dia, kasi shave no3 satu kepala. Smp sekarang da keje pun, rambut masih ikut spec KPM.
Quote noor2 3-7-2024 05:45 AM
Ya Allah malunya tgk bapak yg mcm ni...mesti anak ko turut malu punya bapak mcm beruk mengamuk...
Quote noor2 3-7-2024 05:46 AM
Ko x nak ikut peraturan org, ko jgn hantar anak ko masuk ke tempat orglah...ko wujud sekolah untuk anak ko sendiri la bangang...
Quote divalaura 3-7-2024 06:42 AM
alahaiiii bapak nya pun
Quote meteorspeed 3-7-2024 06:55 AM
Kalu rasa nak peraturan sendiri pergi la bukak skolh sendiri
Quote shida81 3-7-2024 07:00 AM
Ni ler bpk2 gen z yg menghasilkan ank2 lembik
Quote Dwdrum 3-7-2024 07:21 AM
Edited by Dwdrum at 2-7-2024 03:24 PM

Memang school boleh potong rambut student tanpa permission kah apa?.... Parents pula jenis baran... Sama sama senget..
Quote otai_g 3-7-2024 07:36 AM
Sapa bapak bodoh tu? Pailang mana? Org asal mana? Kerja apa?
Quote zehra2 3-7-2024 07:49 AM
bapak pun dtg pakai seluar pendek.
kalau tak boleh ikut peraturan sekolah tu, pindahkan je anak ke sekolah lain.
Quote Mimo.mimo 3-7-2024 07:55 AM
Taksuka bapak jenis over gini. Benda boleh cakap elok2 kot.

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.200756 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top