|
BIARPUN teruk dikecam rakyat Malaysia kerana dikatakan pro-Israel, tiket konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur sudah habis terjual (sold out) dalam tempoh yang singkat. Perkara tersebut diumumkan penganjur, Live Nation Malaysia menerusi sebuah hantaran dalam media sosial. "Tiket kami secara rasminya sudah terjual sepenuhnya." “Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi anda semua untuk konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur,” tulis penganjur. Pelantun lagu Just The Way You Are itu akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti sehingga 85,000 pengunjung pada 17 September ini. Terdahulu, konsert Bruno Mars berdepan kontroversi apabila pemenang 15 trofi Grammy itu dikatakan penyokong Zionis. Dakwaan itu timbul setelah tular sebuah keratan akhbar memetik kenyataan dikeluarkan penyanyi itu menyatakan rasa cintanya terhadap Israel semasa persembahannya di Tel Aviv, tahun lalu.
Sejak minggu lalu, terdapat gerakan dalam media sosial menyeru orang ramai untuk memboikot konsert artis itu di Malaysia dengan tanda pagar ‘Say No to Bruno’. Sumber – HIBGLAM |
Orix replied at 2-7-2024 03:31 PM
Hahahahaha. Nak boikot cemana piyem nya pun jual pegangan saham pd penyokong kuat yehudi… bruno ni ...
Orix replied at 2-7-2024 11:31 PM
Hahahahaha. Nak boikot cemana piyem nya pun jual pegangan saham pd penyokong kuat yehudi… bruno ni ...
BoongaKertas replied at 3-7-2024 08:24 AM
iols bitter lg psl sweetheart msia tu ya. sampai ke sudah diam membisu. ke dah ada statement?
byk jer yg pungpang Palestine, gaza, rafah bagai tu tp tetaplah beli brand is real. apalah sgt setakat konsert bruno ni.ahahahahaha... ada yg sampai sanggup menunggang di TT demi gift dr followers. 
Orix replied at 3-7-2024 05:10 AM
Khuenst chuols. Netizen zaman skrg mcm bodoh sgat main pick2 mn yg deyols nk boikot. Pdahal ada yg ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.243191 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.