CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Bas Persiaran Terbabit Nahas Di Genting Highlands Didakwa Di Mahkamah Esok!

2-7-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22537| Komen: 3

Description: BENTONG – Pemandu bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands pada Sabtu lalu akan didakwa di mahkamah esok.


BENTONG – Pemandu bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands pada Sabtu lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang ditahan reman selama empat hari akan didakwa atas dua pertuduhan.

“Suspek yang berumur 32 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 26 (1) kerana tiada lesen memandu,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kemalangan Sabtu lalu, dua pelancong China iaitu Zhang Ping, 58, dan Wan Shuhong, 49, maut selepas bas dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok tengah pembahagi jalan di Kilometer 16.5 Jalan turun Genting Highlands.

Seramai 21 mangsa terlibat dalam kemalangan itu melibatkan 18 penumpang warga asing dan tiga warga tempatan yang terdiri daripada pemandu bas, pembantu dan seorang pemandu pelancong,.


Berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut itu tidak mempunyai lesen memandu.

Selain itu, pemandu itu juga didapati mempunyai 27 saman lampau yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monsterwife 3-7-2024 02:18 AM
Driver bangsa apa ni?
Quote None68 3-7-2024 04:06 AM
Abes syarikat bas tu tak nak saman ke ambik driver xde lesen?
Quote BoongaKertas 3-7-2024 08:28 AM
mohon statement dr syarikat pelancongan tu plak. iols curious.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.035274 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top