CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya” – Norman Hakim

2-7-2024 11:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12091| Komen: 92



Pelakon Norman Hakim dilihat ada memuat naik perkongsian ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anaknya, pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim yang ke-19 tahun.

Menerusi entri itu, Norman mengenang kembali memori ketika dia menerima ‘surat cinta’ daripada anaknya itu ketika berusia 10 tahun. Malah, Norman mengatakan dia tidak akan lupa momen dia menyambut kelahiran anaknya itu di dalam kereta.


“Hari ni… sembilan tahun yang lepas, papa dapat ‘surat cinta’ daripada adik. Surat yang comel sangat-sangat. Bukan setakat comel, tapi sangat mendalam segala maksud yang tersirat walau dicoret oleh anak yang berusia 10 tahun.

“Mama dan mummy pun dapat surat sorang satu daripada adik. Hilang segala belenggu lelah bila dapat surat ni daripada adik. Abah masa tu baru ‘salam perkenalan’ dalam keluarga kita. 

“Dan hari ni juga… 19 tahun lepas, lagi papa takkan lupa momen papa sambut kelahiran adik dalam kereta. Tak sempat bawa Mama sampai klinik, adik dah tak sabar nak keluar.

“Papa ingat lagi perkataan pertama yang keluar daripada mulut mama bila adik dah keluar sepenuhnya. Adik menangis sekejap saja, lepas itu diam,” tulisnya.

Pada perkongsian itu juga, Norman mengatakan tiada apa yang dapat memisahkan mereka selain daripada kematian serta meluahkan rasa sayang pada menantunya Aslam serta madu anaknya iaitu Umisya.

“Hanya mati yang akan pisahkan kasih sayang kita. Tu pun takkan terpisah sebab kita akan jumpa balik kat kehidupan akhirat yang hakiki InsyaAllah. 

“Papa sayang adik, sayang Aslam dan sayang Umisya. Semua anak-anak papa juga. Ujian hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus. Allah hadirkan hujan, ribut dan taufan sebab Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis dan sujud semasa hadirnya pelangi nanti,” tulisnya.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote QueenGambit 2-7-2024 11:16 PM
Ni drama apa pulak yop !
Quote tasha 2-7-2024 11:53 PM
QueenGambit replied at 2-7-2024 11:16 PM
Ni drama apa pulak yop !

Aku baru tergelakp
Quote Rogue98 2-7-2024 11:57 PM
Sayang Misha jugak....
Quote cm_vungtau 3-7-2024 12:30 AM
Terpaksa la sayang Misya kan dah anak ko yang menyondol dia. Propa la tu nak cover malu
Quote hokeypokey 3-7-2024 12:32 AM
bagus la dia hormat umisya sbb tu dia suh memey hormat abby
Quote Duriand24 3-7-2024 01:06 AM
Ttibeee sayang umisha kekeke. Papa nak try umisha ke klau die single? Kahkahkah
Quote cikperiukkera 3-7-2024 01:09 AM
Acah2 terpaling sayang termasuk madu anak
Quote sharlenetexas 3-7-2024 01:26 AM
Content


Quote BLoOmiNg_LeaF 3-7-2024 03:18 AM
cringenyee syg madu anak sekali..ni bapak aka bapak mentua yg PERTAMA DALAM SEJARAH TANAH MELAYU mngatakan sedemekian..risauuu !
Quote ketambangkang 3-7-2024 07:56 AM
keluarga contoh katanya kan...berharap sgt la tu markisa boleh berbaik ngn madu..nanti boleh la pergi jln2 beramai2 pakai baju sedondon
Quote takutlipas 3-7-2024 08:00 AM
Ucapkan anak cukuplah, elokla berbaik tp tak payah tunjuk2
Quote 3chanceno 3-7-2024 08:01 AM
Speechless

Quote cm_vungtau 3-7-2024 08:15 AM
Mohon dik Misya jawab. Saya ada bapaklah. Jadahnya ko mengaku bapak. Ewww much. Agittew
Quote BoongaKertas 3-7-2024 08:29 AM
cringenya statement
Quote BlackpingU 3-7-2024 08:34 AM
Penuhlah bas gi family holiday nanti
Quote DeLuna85 3-7-2024 08:34 AM
Marissa je kan dorang beria. Anak dia yg gegirl lagi sorang tu dapat layanan mcmni juga ke. Yang tu senyap nampak redha je.
Quote kucingsiti 3-7-2024 08:40 AM
cm_vungtau replied at 3-7-2024 12:30 AM
Terpaksa la sayang Misya kan dah anak ko yang menyondol dia. Propa la tu nak cover malu

Normiang ni propa teramat sangat. Nyampah tengok drama dia.
Quote damian_lee 3-7-2024 08:41 AM
ketambangkang replied at 2-7-2024 11:56 PM
keluarga contoh katanya kan...berharap sgt la tu markisa boleh berbaik ngn madu..nanti boleh la perg ...

lebih ke keluarga enabler ke? agituu
Quote rxz4727 3-7-2024 08:43 AM
Belum pernah orang wish birthday kaut semua sekali

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.057606 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top