CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Hari-hari Doa Untuk Allah Kekalkan Istiqamah, Paksa Diri Solat” - Oktovia Manrose

2-7-2024 11:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6266| Komen: 14


Hampir tiga tahun berhijab dan berhijrah ke arah lebih baik, pelakon Oktovia Manrose berkata dia tidak pernah berhenti berdoa agar dia kekal istiqamah untuk menutup aurat serta memperbaiki ke arah lebih baik.

Menerusi perkongsian di Instagram, Oktovia berkata dia pelru memaksa diri untuk menunaikan kewajipan dan dia percaya jika niat ikhlas untuk berubah, Allah akan permudahkan.


“Tahun ini genap tiga tahun dalam perjalanan hijrah untuk kekal istiqamah. Memang tidak mudah. Tapi insya-Allah dengan niat ikhlas untuk berubah itu Allah beri kekuatan dan kefahaman. Allah beri panduan.

“Alhamdulillah hari-hari doa untuk Allah kekalkan istiqamah, paksa diri solat, paksa diri dengar ceramah untuk cari kekuatan istiqamah,” tulisnya.

Sementara itu, Oktovia memberitahu asbab dia nekad untuk berhijrah selepas mendengar ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar.

“Topik ceramah ustaz semalam ialah mengenai hubungan suami isteri dan bagaimana kita nak kuatkan ikatan rumah tangga. Aura ustaz tak pernah berubah, ceramah ustaz mesti akan memberi kesan yang mendalam. Sama seperti pertama kali saya mendengar ceramah ustaz pada 2020.

“Dari situlah asbabnya kenapa diri ini boleh bertekad nak berubah dan berhijrah. Masya-Allah Alhamdulillah. Perjalanan yang indah,” tulisnya.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 3-7-2024 12:34 AM
boring la tgk ko pakai tudung, kalau freehair baru sexy.. kbai
Quote KamikuP 3-7-2024 12:32 PM
Dia dah kawen ke? Tak ajak pon.. ekekeke
Quote lasagna 4-7-2024 07:44 AM
KamikuP replied at 3-7-2024 12:32 PM
Dia dah kawen ke? Tak ajak pon.. ekekeke

rsenya ni ler asben dia yg player bola melaka tu tak silap..
lama dah nikoh tu taon 2021 aritu anak ppuan pun dah besau tu yg didukung tu. bkn sheol ada sorg anak dgn ex laki dulu kaa? ada rsenya..
dia muncul tetiba ni nape? sbb prnh trpalit kan dgn alip dolu? oppss hihihi
Quote pocongkiutss 4-7-2024 08:51 AM
lasagna replied at 4-7-2024 07:44 AM
rsenya ni ler asben dia yg player bola melaka tu tak silap..
lama dah nikoh tu taon 2021 aritu anak ...

Sbb dtg aqiqah uqaira tu wartawan tumpang interview le
Quote goldcarrot 4-7-2024 10:25 AM
Skrg muka mcm minah yindon biasa2 je eh? Ms free hair lawaaaa. Tp dia ni mmg half yindon kan?
Quote Kurex 4-7-2024 10:29 AM
alaaaa tak boleh la tgk nama dia ni, memang kalau sekali baca macam oktopus
Quote chinta89 4-7-2024 11:13 AM
membuktikan betapa sukarnya umah hari ni menunaikan kewajipan sbg seorang Islam

hinggakan nk solat pun kena paksa diri, x apalah at least tetap mencuba.
Quote lasagna 4-7-2024 02:08 PM
pocongkiutss replied at 4-7-2024 08:51 AM
Sbb dtg aqiqah uqaira tu wartawan tumpang interview le

ohhhh kannnnn...
Quote missbigrockstar 4-7-2024 02:13 PM
Dalam semua skandal alip, dia ni paling lawa.
Quote anilanil 4-7-2024 02:15 PM
missbigrockstar replied at 4-7-2024 02:13 PM
Dalam semua skandal alip, dia ni paling lawa.

I thought peah barkoba yg paling lawa...tp takdan nak skandal sgt la sbb kantoi
Quote sudirmanistas 4-7-2024 04:10 PM
Sebenarnya ibadah ni mmg perlu dipaksa, tanda kecintaan n pengabdian kpd yg maha esa. Semoga terus istiqomah.
Quote lucky_peace 4-7-2024 04:43 PM
Suka dgr suara dia, serak2 manja gituh. Berlakon pon x kayu cuma tula xde sgt drama berlakon yg org ingati, maybe skrip drama x kuat. Adik dia tu yg masih belum ada anak kan?
Quote pocongkiutss 4-7-2024 04:53 PM
anilanil replied at 4-7-2024 02:15 PM
I thought peah barkoba yg paling lawa...tp takdan nak skandal sgt la sbb kantoi

Bg iols dia ni berganda lg lawo & seksi dr peah barkoba
Quote missbigrockstar 4-7-2024 05:00 PM
anilanil replied at 4-7-2024 02:15 PM
I thought peah barkoba yg paling lawa...tp takdan nak skandal sgt la sbb kantoi


Ha lah. Camana aku boleh lupa peah.
Sebab 1,2 org ja boleh dipuji lawa dari biasa.
Tapi oktavia ni natural beauty and sexy.
Peah nampak try hard to be sexy.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.044512 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top