CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerat Badan Lelaki Tepi Jalan, Pemuda Tersenyum Bila Ditahan Polis..Saksi Sangka Suspek Potong Ayam

2-7-2024 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10308| Komen: 63

Description: Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan pembunuhan ngeri yang melibatkan seorang lelaki dalam satu kejadian di Indonesia.

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan pembunuhan ngeri yang melibatkan seorang lelaki dalam satu kejadian di Indonesia.

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan dua lelaki kurang siuman sedang berjalan dimana salah seorang daripada mereka (suspek) menarik tali yang diikat pada tangan seorang lagi individu (mangsa).

Namun tidak lama selepas itu, suspek yang dikenali sebagai Erus, 23, membawa mangsa ke tepi jalan dan mula melakukan perbuatan kejamnya itu.

Menerusi video tersebut, kelihatan tubuh badan mangsa berterabur di tepi jalan setelah dikerat kepada beberapa bahagian. Suspek turut menyimpan sebahagian anggota badan mangsa termasuk kaki dan tangan ke dalam guni sebelum membawanya mengelilingi kampung.

Salah seorang penduduk kampung mendakwa melihat kejadian itu dan pada awalnya dia menyangka suspek memotong daging ayam, rupa-rupanya itu adalah daging manusia.


"Terkejut Ya Allah, daging manusia. Ada kepalanya. Lepas tu saya terus lari."

Difahamkan, suspek dilihat tersenyum setelah ditahan polis. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan mental.


Sumber: Tribunnews, Aplikasi X, OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-7-2024 03:00 PM
aje giler mutilasi manusia serupa ayam???


Quote aku_best 2-7-2024 03:29 PM
Seram pulak tgk muka suspek..
Quote QueenGambit 2-7-2024 03:34 PM
Psikopat
Diaorg mana ada belas kasihan
Quote ezacbee 2-7-2024 04:21 PM
Betul2 mental
Quote MrsJane 2-7-2024 04:22 PM
Boleh buat anxiety baca berita2 yg ada sekarang. Semoga kita semua dilindungi
Quote tompie 2-7-2024 04:46 PM
Ini memang tak siuman..
Quote kucingitam 2-7-2024 05:01 PM
berani pulak yang merakam tu berdiri dekat2, sekali dia hayun parang tak pasal2 je kau pun gol.
Quote Bungatulip1171 2-7-2024 05:14 PM
Yg pelik2 itu adalah benar kalau di belah sana
Quote Neno90 2-7-2024 05:28 PM
Apa la yg dipikir dlm kepala
Quote IzzahF 2-7-2024 05:33 PM
dua2 tu kurang siuman? boleh plak sorang lg menunggu je
Quote hokeypokey 2-7-2024 05:39 PM
tak tau nk komen apa sbb terkedu
Quote Lolalala 2-7-2024 05:43 PM
Macam baru lepas lapah daging kurban je dibuatnya. Allahu mata kosong x de perasaan. Apa lah yg dibayang masa buat tu. Ke dia rasa dia buat qurban sebab gaya bawak mangsa pun macam tarik lembu je
Quote matbad 2-7-2024 06:05 PM
Lolalala: Macam baru lepas lapah daging  ...

Tu la mcm buat experiment pulak
Quote any42 2-7-2024 06:11 PM
Ya Allah seramnya tgk pelaku dgn muka rilek je camtu tsengih. klau jumpa tepi jln nmpak tsengih gitu xkn sangka bru je lps lapah mnusia

mngsa yg xsiuman tu pun mnonong je ngikut tau2 dah kena tetak mati
Quote potpetpotpet 2-7-2024 08:08 PM
Video last skali tu, lepas kena tangkap ke?
Atau itu mangsa dan pemangsa?
Quote I.K.A888990 2-7-2024 09:06 PM
muka tersengih tak bersalah je kan
mmg mental
yg merakam tu pun mental ke
tak de rasa loya ke mual ke apa tgk darah daging kena kerat2
Quote KakRumiMenari 2-7-2024 09:27 PM
Confirmkan pemahaman i pls.. ada 2 orang kurang siuman.. 1 membunuh, 1 dibunuh?
Quote NyiRoroKidul 2-7-2024 09:29 PM
Skeri btl tgk mata dia melilau gituw..dua2 gila ke nie
Quote Jitu 2-7-2024 09:33 PM
skerinya

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.300150 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top