CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kak KM Kongsi Rahsia Murah Rezeki, Tak Pernah Culas Beri Duit Bulanan & Sentiasa Utamakan Ibu

2-7-2024 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8344| Komen: 25

Description: Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM berkongsi tips untuk sentiasa dimurahkan rezeki.

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM berkongsi tips untuk sentiasa dimurahkan rezeki.

Menerusi perkongsian di TikTok, Kak KM berkata, perkara yang paling penting perlu dilakukan adalah untuk mengutamakan ibu terlebih dahulu.

Menurutnya, dia tidak pernah culas berkongsi rezeki yang diterima dengan ibunya meskipun tidak banyak.

"Alhamdulillah pertama sekali kau kena baik dengan orang tua. Kalau kau dah tak ada orang tua, banyak-banyakkan berdoa tapi sebenarnya doa mak itu yang penting."

"Kita ada duit ke, tak ada duit ke, mak tak boleh kita dilupakan. Waktu saya dulu jadi suri rumah, waktu kerja di Maybank gaji seribu lebih tapi peruntukan untuk mak itu ada."

"Kalau tak cukup sampai hujung bulan nak makan tak ada duit, itu nombor dua. Aku tak fikir pasal aku. Masuk saja gaji terus bank-in mak punya duit dulu. Itu kuncinya."


Dalam pada itu, Kak KM turut berpesan untuk melakukan perkara tersebut secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan.


"Apa-apa hal kau kena baik dengan mak kau dulu tapi buat tu biar ikhlas. Waktu aku buat tu tak ada pun aku rasa ni kalau aku bagi mak ni ‘Tuhan tolong lah beri aku rezeki lagi’ tak ada."

"Kita buat kebaikan tanpa memikirkan habuan itu datang semula. Jangan macam itu nanti tak ikhlas."

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tukul 2-7-2024 03:01 PM
Apo ingat ko sorang ajo dlm dunia ni sayang mak weh.... nyampah
Quote sayurmayur88 2-7-2024 03:10 PM
bab mengutamakan kluarga, kasih sayang kpd emak dan beradik memang salute ngan kak KM. biarpun dia kaya dia tak lupa family dia, and dia rajin masak sendiri yer...
Quote hyie 2-7-2024 03:20 PM
bagus kak km ni. Walaupun berimej sundels, namun iols percaya je sheols berhati baik. Seronok ada kawan macam ni, i mean tak plastik.
Quote toteng 2-7-2024 03:22 PM
Istidraj kak km. Dgn family bgs aku puji la.
Quote ketambangkang 2-7-2024 04:09 PM
dh betul lah tu...org lain pon sama jgk utamakan mak bpk jgn pikir ko sorg
Quote esbok 2-7-2024 04:16 PM
tukul replied at 2-7-2024 03:01 PM
Apo ingat ko sorang ajo dlm dunia ni sayang mak weh.... nyampah

Ok la tu dia pesan, ada je manusia kerja besar2 gaji besar2 , tak ingat pun kat mak pak depa.
Hulur duit pun tak pandai, belanja zaman sekarang besar katanya. Kalau gaji ciput ada lah logiknya.
Elok lah dia ni memesan.


Quote naisyahmh 2-7-2024 05:55 PM
tukul replied at 2-7-2024 03:01 PM
Apo ingat ko sorang ajo dlm dunia ni sayang mak weh.... nyampah

Aah.. Lg 1 dia sorang je syg anak.. Puji anak.. Ekeke
Quote tukul 2-7-2024 06:17 PM
naisyahmh replied at 2-7-2024 05:55 PM
Aah.. Lg 1 dia sorang je syg anak.. Puji anak.. Ekeke

Sbb nak tutup perangai suka bergelek2 keluar abis buah buahan tu... impliedly nak kabo aku seksi ke gelek ke tertonggeng ke.. rezeki melimpah Allah redha sbb sayang mak sayang anak..
Quote mojarean_X 2-7-2024 08:37 PM
Betul uols. Amalan sama iols wat. Mmg mencurah2 rezeki
Quote Lulu_717 2-7-2024 08:55 PM
Bab bkongsi rezeki dgn family tu iolls puji..bkn setakat tu, netizen pun slalu jgak dia & anak2 belanja
Quote QueenGambit 2-7-2024 09:27 PM
Peel dia suka bergelek jgn ikut

Ikut peel dia suka utamakan mak dia tu
Opkos kena lah ikut.
Quote farhani87 2-7-2024 10:10 PM
Aku rasa dia ikhlas bg nasihat ni..  Aku pun setuju.
Quote ninja boy 3-7-2024 12:29 AM
Mak berlakon dari muda ke tua, lawa mak masa muda2
Quote mawardia 3-7-2024 12:46 AM
Bila tang KM dgn mak dia ni, I ol tolak tepi imej vongoks dia tu.

Memang dia anak yg baik.
Dgn adik beradik pun dia baik.
Quote BoongaKertas 3-7-2024 08:34 AM
iols nak amek pendekatan, iols tgk konten nasihat tu instead of tgk siapa yg bg nasihat tu. thanks kakKM, iols caya mcm tu gak. apa2 hal, makpak penting dulu bg depa redho dgn segala hal dlm hidup kita, insyaallah aman2 jer nanti.
Quote damian_lee 3-7-2024 08:49 AM
tapi betul tips ni
cuba dan rasakan sendiri
kalau bukan kaya raya pun banyak benda yang akan Allah pemudahkan untuk hidup ini


Quote takutlipas 3-7-2024 08:56 AM
Sape yg berkerja tu dapat gaji trus bg mak dlu, mmg isyaa allah hidup berkat, setengah mak2 dia akan simpan duit tu bg kat kita bila kita sesak, sayang makkkk
Quote wallflower 3-7-2024 11:49 AM
normah damanhuri panggil sayang dekat KakKm.
Quote KamikuP 3-7-2024 02:54 PM
Meolls dah #blockout2024 pompuan berwajah ponen ni dari lalu kat fyp meolls.. ekekekeke hark tuah,....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.237470 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top