CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Maya Karin Ada Sebab Tolak Tawaran Berlakon Drama – ‘Saya Jenis Cepat Bosan’

2-7-2024 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13918| Komen: 33

Description: Pelakon Maya Karin memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri jarang membintangi drama televisyen sepanjang bergelar anak seni.

Pelakon Maya Karin memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri jarang membintangi drama televisyen sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Maya, membintangi drama menuntut komitmen yang tinggi seperti perlu menjalani penggambaran dalam tempoh yang panjang dan perkara itu akan membuatnya berasa cepat bosan.

"Tak nak (berlakon drama). Kenapa orang selalu hairan dengan perkara itu. Sudah pasti tawaran berlakon drama itu ada, dulu sangat banyak. Tetapi sekarang ramai produser sudah tahu saya tak mahu buat drama, jadi kurang tawaran."

"Saya adalah sejenis orang yang cepat bosan, itulah sebabnya saya tidak mahu buat TV. Saya suka kerja yang pelbagai iaitu sebagai pelakon, penyanyi, aktivitis dan pengacara."

"Saya suka buat perkara yang berbeza-beza setiap hari, tak nak terperangkap dalam satu tempat setiap hari dan berlakon dan terus berlakon. Kalau dengar orang buat drama cerita itu sampai tiga bulan tidak berhenti kena berlakon."



Maya mendedahkan mengenai perkara itu ketika ditemu bual menerusi saluran podcast Sembang Selebriti bersama Dj Naz.

Dalam pada itu, Maya berkata dia pernah berasa bimbang sekiranya suatu hari nanti dirinya tidak lagi relevan dalam industri.

"Memang saya sudah risau tentang itu (sudah tidak relevan) sejak 28 tahun lalu lagi dan sejak bekas suami ajak berkahwin lagi. Saya cakap beri masa untuk saya kukuhkan kedudukan dalam industri."

"Tiba-tiba filem Ombak Rindu muncul ketika usia saya 30. Filem itu beri satu ‘boom’ yang buatkan satu lagi lonjakkan untuk nama saya, syukur alhamdulillah. Itu adalah rezeki."

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 2-7-2024 09:06 AM
Masih cantik
Quote Paiya 2-7-2024 09:45 AM
lengkap pakej
tapi napa cerai yer?
Quote Carcosa 2-7-2024 09:48 AM
Aku pun cepat bosan tgk kau berlakon.
5 minit in, aku dah bosan.

Aku xfaham org ckp dia ni pandai berlakon
Quote youell 2-7-2024 09:59 AM
Maaf ye kalau iolls lain pendapat, bg I, Maya Karin ni overrated.
Quote ketambangkang 2-7-2024 10:07 AM
awal2 berlakon dlu ko dpt watak perempuan koma je maya...bercakap skjp je pastu koma sampai abis cerita.. filem Seri Dewi Malam ngn jeslina, danny x-factor & hairie othman
Quote prince_marhaen 2-7-2024 10:35 AM
Dah 24++ tahun dalam industri pun lidah pelat cakap sekat-sekat... slang indon pekat lagi.. Rina Nose jawa pekat pun dah boleh adapt slang Melayu Malaysia...

btw, macam sepadan ngan DJ Nazz, sama-sama macam tak pakai deodorant. hihi.     
Quote hokeypokey 2-7-2024 12:05 PM
kalau berlakon drama pun bkn bleh jadi heroin dh, watak mak2 boleh la skrg..
Quote lucky_peace 2-7-2024 12:08 PM
Setiap kenyataan dalam podcast maya ni perlu jadi benang kah?
Quote Ytee 2-7-2024 12:16 PM
oh jenis cepat bosan rupanya
Quote Nozot 2-7-2024 12:21 PM
Sofea Jane & Deana Yusof lagi nampak fresh & wangi dari Maya nie...she nampak kusam ja..maybe mata  aii je kot
Quote tulip-rain-2 2-7-2024 12:48 PM
Kau pun membosankan.
Quote Hypothetically 2-7-2024 01:12 PM
Edited by Hypothetically at 2-7-2024 01:21 PM

Maya tak risau jadi irrelevant probably sbb  she has planned ahead kot, pernah baca dia byk buat investment in properties so dah bersedia menabung.
Quote Lulu_717 2-7-2024 01:15 PM
My aunty pun ckp dia ni bau keti kuat..sorry Maya, tp u cantek. Tgk boleh dekat jgn agitewwww..
Quote Sendawg 2-7-2024 01:52 PM
Maya Karin ni mmg sebijik mcm Alice Braga
Quote sharlenetexas 2-7-2024 01:53 PM
Asal ada duit ok je. Takyah sauk semua job offer.


Quote chinta89 2-7-2024 02:54 PM
"Memang saya sudah risau tentang itu (sudah tidak relevan) sejak 28 tahun lalu lagi dan sejak bekas suami ajak berkahwin lagi. Saya cakap beri masa untuk saya kukuhkan kedudukan dalam industri."


eh yeke ex husband dia ada ajak kawin. teringin nk tgk maya karin kawin, ada anak. genetik cantik mesti la nk tgk pewarisnya hihi

btw kite tau maya karin baca komen kat forum cari. sb dlu ade kes forumer komen psl baju kawin adik dia tu kan? terus beliau buat statement, sebijikk jawab balik kata2 forumer. alih2 ramai duk komen dlm Forum Cari ni, ngaku peminat plk hihi

semoga terus sukses! Lebiu Pontianak Lawa dan Duyung Cantik

Quote lightheaded67 2-7-2024 06:47 PM
jalan jalan cari husband
Quote bedahmenjuyah 2-7-2024 08:17 PM
Nozot replied at 2-7-2024 12:21 PM
Sofea Jane & Deana Yusof lagi nampak fresh & wangi dari Maya nie...she nampak kusam ja..maybe mata   ...

Sofea deanna jauh lebih tua. In fact sofea dah bermenantukan. Pun masih cun melecun. Maya nampak so biasa now.
Quote Nozot 2-7-2024 08:19 PM
bedahmenjuyah replied at 2-7-2024 08:17 PM
Sofea deanna jauh lebih tua. In fact sofea dah bermenantukan. Pun masih cun melecun. Maya nampak s ...

Tak pasti sofea dah ada menantu tapi she maintain jelita walau dah kertu..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046613 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top